Monday, December 20, 2010

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH....HIBURAN BERSULAM KRITIKAN

Karya terbaru pengarah Mamat Khalid , Hantu Kak Limah Balik Rumah, khabarnya mencecah kutipan RM3 juta. Diramalkan RM4 juta pada hujung minggu ini,berdasarkan status di akaun facebooknya.
Filem ini merupakan kesinambungan [sekuel] kepada filem Zombie Kampung Pisang [Zombi] yang juga karya Mamat Khalid. Seperti mana Zombi, Hantu Kak Limah juga mengandungi dua lapisan. Lapisan atasnya yang sarat dengan hiburan. Manakala lapisan bawahnya terselit kritikan sosial. Semoga ia mengulangi kejayaan Zombi meraih Anugerah Khas Juri-Kritikan Sosial di Festival Filem Malaysia ke-20. Zombi turut mencatat kutipan tiket yang ketiga tertinggi di panggung untuk tahun 2007.
Semasa memenuhi undangan pra-tonton untuk media bulan lepas, suasana dalam panggung gamat sekali. Kami ketawa tanpa henti. Riuh betul. Tanpa disedari, kami seolah mentertawakan masyarakat Melayu umumnya. Rata-rata orang Melayu memang takutkan hantu [walaupun tak pernah nampak hantu!]. Jadi, wajar lah Mamat Khalid membikin filem yang menyindir sifat ini.
Sebelum ini, seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee mengkritik sikap ini melalui filem-filem arahannya.” Manakala Tun Dr Mahathir menghentam sikap ini semasa negara dikejutkan oleh Hantu Kum-Kum pada tahun 1983. Kata Tun yang belum bergelar Tun waktu itu, masyarakat terpengaruh dengan komik dan majalah seram sehingga mereka berkhayal tentangnya.
Di sebalik nada sinis terhadap masyarakat Melayu, penonton Melayu tetap menyukai filem ini. Forum Malaycari.com mendapati 55 peratus mengundi filem ini sebagai 'berbaloi' ditonton manakala 25 peratus berpendapat ia 'wajib ditonton'.
Catatan peribadi Mamat Khalid boleh dibaca melalui blognya, http://tempurungpecah.blogspot.com

3 comments:

Bukan Sepet said...

Kak long,

2 hari ketawa sendirian bila teringat scene scene citer ni.

X boleh tahan bila ingat tok bomoh pun boleh tersilap panggil hantu, dan tok bomoh sofi jikan kena lempang.. haha!

Orang melayu memang hebat! cer citer cer citer! he eh.

Anonymous said...

Puan,
Benar sekali..., dalam gelak ketawa dan ria ada selitan kritikan dan sinikal yang harus diambil iktibar oleh penonton, banyak juga terkandung pemikiran tersiratnya.
Terima kasih.

rarws.blogspot.com

Anonymous said...

antara yang terbaik dari film melayu yang pernah berputar buat tahun ini.

Tapi gambarnya masih lagi seperti film-filmnya yang terdahulu.

Subtext bukan dari kata bual sahaja kan.

ikhlas
Penchinta Ruang Gelap.