Thursday, May 19, 2011

NUR KASIH THE MOVIE.....

Malam Gala Premier Nur Kasih The Movie [NKTM] pada 9 Mei lalu penuh sesak dengan tetamu jemputan. Menjadikan ruang legar Cineleisure Mutiara Damansara itu kepanasan. Sehingga ada yang mengipas diri dengan tiket di tangan.
Muka-muka terkenal seperti selebriti, wartawan, blogger, karyawan seni belakang tabir, VIP dan VVIP bergaul mesra bertemankan makanan, minuman, celoteh pengacara Ally Iskandar dan nyanyian Mila Jirin. [Turut diumumkan nombor cabutan bertuah yang saya sendiri tidak dapat dengar, kalau lah nombor tiket saya yang naik malam itu!]
Sebaik teserempak Fizz Fairuz , terus saya ucap tahniah kepadanya. Namun, Fizz enggan menerima ucapan tahniah itu apabila saya memberitahunya belum lagi menonton NKTM.
Sis tengok dulu, baru ucap tahniah...tengok dulu..." katanya sungguh-sungguh sebelum beredar mengekori krew TV3 yang mahu mewawancaranya.
Seterusnya saya bertegur sapa dengan orang-orang penting dalam industri, terutama orang kuat Filmscape Sdn Bhd - pasangan Kabir Bhatia dan Mira Mustaffa [lihat gambar].
[Dua tahun lalu, saya dan Mariana Hashim pernah membantu Mira Mustaffa menulis siri televisyen Nur Kasih]
Kemudian, saya dan Mariana ke tandas. Lantas mendapat idea untuk ’mencilok’ ke Hall 9 lebih awal, secara senyap-senyap! [dengan bantuan kakitangan Filmscape, Siti Marzuliana yang menyuruh kami cepat-cepat menyorok dari dilihat petugas Cineleisure!]
Dalam kegelapan itu, Mariana berusaha gigih mencari nombor kerusinya dengan berpandukan cahaya lampu dari telefon bimbit. Ya, lebih baik duduk dalam kegelapan, asalkan hawanya dingin. Biar lah yang lain terus ’mingle’ di luar - yang sesak dan panas. [Esoknya, saya meminta maaf kepada Penerbit Eksekutif Filmscape, Mohd Frank Lewis kerana tidak sempat menegur beliau di celah-celah tetamu yang terlalu ramai. Diakuinya itu kerana dia langsung tidak nampak kelibat saya dek kerana 'crowd' yang sebegitu]
Melebihi jam sembilan, baharu lah 'crowd' dibenarkan beratur memasuki hall dengan kawalan petugas Cineleisure. [ha..ha..ha....kami sudah ada di dalam!] .
Sebaik tertera logo syarikat produksi Grand Brilliance Sdn Bhd, diikuti logo penerbit bersama, Filmscape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd, suasana dalam pawagam tiba-tiba senyap sunyi. Semua terpaku mengadap skrin besar di hadapan. Duduk tegak, tidak bergerak. Keheningan pun menjalar ke segenap ruang pawagam. Lalu berterusan sehingga sepuluh minit...setengah jam...satu jam... sehingga akhirnya muncul kredit penutup NKTM, tanda filem sudah tamat.
Kenapa agaknya tercipta keheningan yang berpadu selama satu jam setengah itu?
Saya enggan mengulas. Hanya satu pesanan...pergi lah menonton Nur Kasih The Movie di pawagam berdekatan [atau jauh pun boleh!], mulai hari ini,19 Mei 2011.

10 comments:

Faznita said...

selalunya kalau hening tu maknanya makhluk-mahkluk semua terkesuma. Ni mesti best habis ni!

Maizura Mohd Ederis said...

Amboi Faz, cepatnya komen!

Best ke tidak, kena tengok dan nilai sendiri.

Apa pun, saya tetap bergerak-gerak, disebabkan baru beli Blackberry. Masih tebal lah 'jakun'nya... lalu 'kejakunan' pada BB tu, menyebabkan saya asyik nak bukak tengok BB saja bila ia "vibrate"...he..he...

syamsiyati said...

mesti pegi...sy bertuah blh dtg blog org seni mcm akak ni...

Rollo De Pedicula said...

memang menarik filem nih
dari pagi sampai ke malam seat semua penuh
dari kanak2 sampai ke makcik2
hebatnya penangan drama nur kasih hingga memberi impak yg cukup besar terhadap filem Nur Kasih The Movie

Review Filem Nur Kasih The Movie

fadz said...

yang pasti:
pokok tengah sawah tu tentu akan jadi tempat pencarian peminat untuk bergambar dan "tanda saksi cinta Adam dan Nur selepas tersesat selama beberapa ketika".. kan?

hehe:)

apa2pun, tahniah :)

Maizura Mohd Ederis said...

Fadz,

Ya, apa pun, tahniah kepada Mira Mustaffa sebagai creator/writer/producer. Termasuk lah semua ahli pasukannya.

Safuan said...

Assalamualaikum Kak.. Sya nak komen sikit ttg NKTM:

1. Penggunaan muzik latar asal dlm telemovie Nur Kasih (Penggunaan muzik latar baru cukup2 membuatkan NKTM seperti hilang sengatnya... seolah2 bukan memnonton Nur Kasih..) Penggunaan muzik latar dlm Telemovie Nur Kasih sgt2 Islamik....
2. Lagu Nur Kasih nyanyian asal Yassin hanya dimainkan sekali sahaja dlm NKTM... Sedangkan lagu itu merupakan elemen kekuatan Nur Kasih sebelum ini... Dan Lagu Nur Kasih terpaksa lak bersaing dgn lagu2 lain yg baru....
3. Watak Adam & Aidil yg sblm ni mmg nmpk seorang yg bkerjaya gagal untuk ditonjolkn dlm filem ini.... Kedua2 watak tersebut tidak meninggalkan kesan kepada kami para penonton..
4. Elemen kekeluargaan yang sgt hebat dlm telemovie Nur Kasih juga tidak ditonojolkan dlm NKTM.. [Watak Mak Ani & Pak Imam (parents Nur Amina)] tiada....
5. Elemen kemasyrakatn dlm suasna kampg jg tak diterapkan dlm filem ni sebagaimana dlm telemovinya..
6. Mmg obvious sgt filem nie kekurangan pelakon.... Pengarah seperti membuatkan para peminat Drama NurKasih tertanya2 ke mana menghilangnya watak2 yang lain? Tunjang kekuatan watak seprti Mak Ani & Pak Imam (satu watak yg jelas menujukkan elemn kekeluargaan yg sgt kuat) tapi tidak ditonjolkan dalam Filem Nur kasih...
7. Wujudnya watak baru (remaja2 bermasalah) kurang berjaya diterap masukkan dalam NKTM. & Pasti akan membuatkan peminat222 Nur KAsih sblm ini tertanya22222 kenapa mesti wujud watak ini????
8. Susunan plot yg tak teratur... belum habis feel.. Dah alih plot lain... Melompat2 plot tue...
9. Penulis skrip Mira Mustaffa seperti ketandusan idea utk mencipta kelainan dlm NKTM... Adakah sebab TEKANAN utk mncipta hasil yg sama mcm Drama Nur Kasih...
10. Sepatutnya penulis2 skrip, pengarah muzik, DIKEKALKAN sebagaimana drama Nur Kasih bertujuan utk mengekalkan KEASLIAN Nur Kasih.... Bila sesutu bnde byk diubah... Trademark sesutu sudah pasti akan hilang sengatnya....

Pujian dalam filem NKTM 2 je.... Sinematografi bagi 5 bintang.... Skrip ade certain2 part boleh mencuit/mengusik hati kita... Sbb mmg ade kaitan dgn perjalanan kehidupan kita sbg hamba ALLAH SWT...

Maizura Mohd Ederis said...

Wah panjang komen Safuan. Terima kasih ya.

Anonymous said...

cinematogrphy (picture) yang memerlukan penambahan demi penambahan di studio editing memang cantik. Thanks to Samad@KLPost. Tapi adakah ia memberi makna dan rasa buat sesebuah jengahan imej dan berupaya mentaraf dan membuahkan visual. Tapi 19juta itu hanyalah khalayak awam. Cantik saja sudah mengcukupikan.

Alam islam dan melayunya bagai tersasar dan aku berani untuk mendakwa bahawa mereka adalah dari aliran cultus yang dipisahkan untuk memenuhi arkitype sebuah masyarakat melayu islam. Dan maka itu, demi Tuhan telah menurunkan ujian demi ujian demi ujian dan bala kepada peran-peran yang bermain-main ini. lihat saja bagaimana bila peran ini bertanya kepada tuhan. barangkali tuhannya hanya ada diatas.

Ujian demi ujian ini akhirnya mendobrak dan menjeruk hati si pembayar tiket.

Alangkah indahnya permainan airmata ini tetapi apakah kewajarannya. Seolah-olah hidup ini begitu monotonous tanpa tawa, suka dan gembira. Apa yang ada segalanya dirancang dan tidak mendasar kepada tuntutan ruang pada cerita. Kenapa tidak siperan menganut aliran surealisma dan mengambarkan sawah itu berwarna biru dan langitnya merah lazuardi.

ikhlas

Penchinta Ruang Gelap.

PS-tiba-tiba setelah ruang menjadi terang aku teringat akan NOTEBOOK, dir NICK CASSAVETES - 2004.

Maizura Mohd Ederis said...

Fazdli al-kiti,

Pokok tengah sawah, tepi tali air tu, Mira Mustaffa namakan sebagai "ADAM SPOT" dalam skrip Nur Kasih.

Saya baru search Kuala Selangor Tourist Spot, pokok itu nampaknya belum diwartakan sebagai tempat pelancongan...he...he..he...

Bila lah agaknya drama Melayu boleh jadi macam Winter Sonata...tak pasal-pasal lokasi di Nami Island tu....jadi pusat pelancongan wajib untuk couple dari Asia... kannn...??


Penchinta Ruang Gelap,

Terima kasih atas komen anda.