Skrip telemovie
Panggilan Arwah sepanjang 104 minit atau 95 mukasurat itu saya tulis dengan minat yang membara. Hanya untuk dikecewakan akhirnya. Setelah pengarah, pelakon dan krew pengambaran berusaha bersungguh-sungguh menrealisasikannya ke dalam bentuk visual, juga dengan minat. Dan dengan restu pihak stesyen yang ’melepaskan’ naskah ini walaupun ragu-ragu pada mulanya. Keraguan dek adegan siksa kubur dan malaikat munkar nakir terlalu mendominasi.
Kecewa. Perasaan ini dikongsi dengan semua pihak – pelakon, krew, penerbit, stesyen - setelah JAKIM enggan membenarkan siksa kubur dan malaikatnya dipaparkan secara terperinci dan mendalam.
Siksa kubur itu benar. Namun, pada pendapat JAKIM, gambarannya tidak diperlihatkan secara visual – samada watak melihat dengan nyata atau melalui mimpi.
Kita akur pada kehendak JAKIM. Pelakon utamanya,
Zizan Nin dan
Mahmood Ali Basha mengakui naskah ini mempunyai pengisian yang bermanafaat berbanding drama seram lain sebelum ini. Namun, impaknya hilang setelah adegan penting itu dipotong.
Telemovie ini ditulis untuk menyedarkan penonton tentang dosa berzina dan hukuman ke atasnya - jika tidak sempat bertaubat - akan bermula daripada alam barzakh lagi. Idea asalnya datang daripada Puan Norma Hashim.
Panggilan Arwah diterbitkan oleh
Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh
Faisal Ishak. Ia akan disiarkan di
Astro Citra, pada Ahad ini, 29 Mei, jam 10 malam. Pelakon lain yang terlibat seperti
Tasha Shila, Kuna, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.
Selamat menonton kepada mereka yang melanggan pakej Mustika.
Untuk makluman, Mustika merupakan pakej tambahan dengan harga RM12 sebulan - menawarkan tiga saluran iaitu
Citra [filem dan telemovie],
Warna [komedi] dan
B4U [Bollywood].
Hubungi
1300-82-3838 jika berminat dengan pakej ini.
No comments:
Post a Comment