Friday, June 10, 2011

NORA ELENA…. MINGGU TERAKHIR

Drama bersiri Nora Elena bakal bersiaran untuk minggu terakhir mulai Isnin hadapan, 13 Jun. Menurut laman web gua.com, episod 1 hingga episod 16 drama ini telah berjaya menarik 800,000 penonton melalui tonton.com.my. Manakala episode 16 sahaja – babak berbulan madu di Cameron Highland – dapat menarik 80,000 penonton.
Sementara itu, jumlah yang menyukainya melalui halaman peminat [FAN PAGE ], mencecah 56,000 ketika entri ini ditulis.
Namun, masih tiada makkumat tentang rating di televisyen. Apa pun, dari segi kedudukan, khabarnya Nora Elena mungkin berada di tangga kedua selepas Juvana atau ketiga selepas Juvana dan Asmara. Perlu ditekankan bahawa Nora Elena bersiaran pada waktu Magrib – waktu orang Melayu jarang menonton televisyen. Sedangkan Juvana dan Asmara bersiaran ketika PRIME TIME, di TV3.
Jangan ketinggalan menontonnya minggu hadapan…

15 comments:

Faznita said...

Dalam pada you kurang cenderung (ikut kata you la kan) menulis drama-drama yg sebegini, drama ni meletup juga.

See, you memang pandai tulis skrip.

Maizura Mohd Ederis said...

Faz,


Terima kasih lah....

Banyak faktor yang membuatkan 'meletup'nya Nora Elena, mungkin juga atas faktor :

1. Popularity Aaron Aziz

2. Popularity Novel Kasih Yang Suci.

3. Arahan, lakonan, kerja kamera yang baik.

4. Lagu-lagu jiwang yang membantu.


5. Wajah-wajah lelaki kacak mungkin, yang membuatkan gadis-gadis angau.... pelakon watak tambahan seperti Zul Atffin, Shah Iskandar dan Erry Putra memang ada peminat mereka tersendiri.

6. HYPE yang dicetuskan oleh penonton yang tidak selesa dengannya - fitnah sebagai agenda freemason lah, bantahan kaum ibu menyusu Putra Jaya lah, dan sebagainya.

Azril Hamzah said...

Setuju!

Anonymous said...

bukan aaron aziz aje tau ! siti saleha punye penghayatan pun bagus ! I like her very much in the drama (walaupun i ni perempuan !) Her looks & acting very much suits the drama !

they both have great chemistry together, thats what makes it magic !

and bukan saja pelakon lelaki, pelakon perempuan yg bawak watak adilla, yvonne (seriously best bitch acting ever rasa nak cekik aje dia !!!) and even azira played their part well !

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih Anon,

Memang betul pelakon perempuan NE agak menyerlah persembahan mereka, tetapi memandangkan majoriti penonton AKASIA adalah perempuan, reaksi internet menunjukkan penonton lebih teruja kepada pelakon lelaki. Atas dasar rupa!!

Saya kasihan melihat pelakon perempuan, kurang diperkatakan di internet. Padahal mereka berbakat juga...

Maizura Mohd Ederis said...

Oh...oh... lupa nak bagi kredit kepada penyunting juga, Ruzman dari Asia Media Content [syarikat sekutu iluminati??..jeng..jeng..jeng...], yang bersungguh-sungguh meng'edit' Nora Elena.


Terima kasih, Man!!

Maizura Mohd Ederis said...

Ini nota tambahan kepada Nor Faznita :

Ya, betul...saya memang tiada kecenderungan masa menulis drama ini sampaikan nak lariiiiiiikkkk.. [jika tidak kerana sudah berjanji dengan TV3!]

Sekarang, setelah siap ditayangkan, dan membaca komen-komen penonton di internet satu per satu...dengan detail sekali, lagi-lagi lah malas nak teruskan genre sebegini..

Mereka hanya "angau" pada wajah yang kacak. Aspek lain mereka tak peduli...

Satu lagi, mereka nak perbanyakkan adegan hero dan heroin berpeluk.

Untuk episod klimaks yakni episod 21 semalam,tak pasal-pasal penulis skrip dan pengarah kena marah... SEBAB TAK ADA ADEGAN PELUK...!!

Dan tak pasal-pasal Aaron Aziz dicop sebagai takut kontroversi lah, isteri tunggu di lokasi pengambaran lah, ...macam-macam andaian..

Kesian Aaron Aziz dan isteri jadi mangsa.

Hakikatnya, Aaron Aziz dan pengarahnya, Jet Li sekadar menghormati skrip - akur pada kehendak skrip yang sengaja "mencantas" adegan peluk dari awal lagi atas alasan kekangan budaya. [rujuk laporan media yang mengatakan adaptasi longgar terpaksa dibuat untuk novel KASIH YANG SUCI ini atas dasar menjaga sensitiviti masyarakat]

Malangnya, kumpulan sasaran slot Akasia ini, tidak boleh terima "kekangan budaya" sebagai alasan untuk mencantas bab peluk-peluk yang romantik dari novelnya.

Justeru, mereka mahu adegan peluk-peluk yang "over" macam drama Korea!

Pengaruh K-Pop, babe!

Kalau "Ucop Wilcha" membebel pasal 'Englih Education kat Malaysia..something wrong...",
kini rasa rasa macam nak membebel pasal "Islamic Education" lah pulak!

SOMETHING VERY WRONG..!!

Maizura Mohd Ederis said...

Ini tentang fitnah yang datang daripada teori konspirasi Freemason...dan yang sewaktu dengannya...


Terus terang, saya tidak risau sangat pasal fitnah ini ..biar saja lah dia dengan pemikiran yang sebegitu. Agar penulisnya tidak perlu menanggung apa-apa di akhirat nanti...


Akan tetapi, lebih perhatian dipusatkan untuk mentafsir hala tuju pemikiran gadis-gadis yang "angau" kepada perwatakan Seth Tan [termasuk Aaron Aziz sebagai pendokong watak].

Soalan cepu emas yang bermain di fikiran penulis skrip :

Siapa mereka, bagaimana tahap pelajaran dan pekerjaan mereka, didikan mereka, "upbriging dan pembawaan dalam keluarga", siapa teman lelaki mereka?

SIAPA TEMAN LELAKI MEREKA, MENJADI PERSOALAN YANG LEBIH BESAR..

Sebab saya lihat ada potensi yang besar untuk "segmen pasaran" ini. Potensi yang mungkin menguntungan syarikat network, Media Prima Berhad khususnya.

Maizura Mohd Ederis said...

Sedikit tentang pasaran..[yang rezeki saya datang dari pasaran ini]

Mengikut kata CEO Prime Works Studio yang baharu, Ahmad Izham Omar, kita perlu jaga market yang sedia ada, tetapi pada masa yang sama mesti cipta atau teroka market lain yang lebih "niche".

Dengan harapan, sekelumpuk penonton dari mass market yang agak progresif pemikirannya, akan mula bergerak ke "niche market".

Setuju dengan Mr CEO...

Islamic education/Islamic content/Islamic genre nampaknya kontradik dengan pasaran sedia ada ini. Mungkin "Islamic" berada dalam "niche" market.

Akan tetapi Islamic genre yang betul bermakna tiada adegan peluk-peluk, visual arak dan adegan menghampiri zina yang keterlaluan. Justeru, sebagai penulis Nur Kasih The Series, saya mati-mati tidak mengaku NKTS sebagai Islamic genre.

[Hairan pulaakk....ramai yang mendakwa NKTS itu sebagai Islamic Genre – mereka golongan yang keliru!]


Alamak...panjang pulak membebel...

Baik lah, berhenti di sini dahulu...buat sementara waktu...


P.S. Kepada sesiapa yang terganggu dengan tulisan ini, sila jangan layan. Kerana penulis skrip sekadar melepaskan 'tension' yang melanda di sepanjang proses penulisan dan penayangan Nora Elena...

Anonymous said...

penulis skrip...jangan tension-tension ! tak mudah nak puaskan hati semua orang !

to me, its easily one of the good malay drama this year !! good acting and chemistry among the actors (not just the hero and heroin but supporting mcm malik and azira pun ada chemistry together !), the songs, jalan cerita and the script written by you and azril :)

keep up the good work ! looking forward to more good malay drama :)

Anonymous said...

saya terbaca novel adam dan hawa juga akan didramakan. saya suka skrip kak maizura dalam nora elena. hopefully utk novel adam dan hawa, kak mai adalah penulis skrip yang sesuai :D. pada saya, tanpa adegan panas+peluk² pun dah seronok menonton nora elena. romantis tak perlu digambarkan secara zahir. romantis boleh ditonjolkan melalui kata-kata. that's why i really love your script :D

masa baca novel adam dan hawa saha saya dah terbayangkan pelakon yang sesuai menjiwai watak berkenaan. character adam mukhriz untuk aaron aziz, manakala ain hawani pula oleh fazura.

just my 2 cents!

Maizura Mohd Ederis said...

Anon,

Novel Adam & Hawa sepatutnya mengisi slot Akasia ini yang sekarang 'meletup' dengan Nora Elena. Untuk makluman Anon dan lain-lain peminat Adam & Hawa, pada mulanya memang saya lah yang dilantik secara rasmi oleh TV3 untuk kerja adaptasi Adam & Hawa.

Malangnya setelah tamat membacanya, novel itu rupa-rupanya sudah dibeli hakcipta adaptasinya oleh syarikat produksi lain untuk siaran di Astro. Dan TV3 telah terlepas pandang dalam soal ini.

Jadi, TV3 yang agak 'menggelabah' ketika itu, disebabkan tarikh tayangan kian hampir, terus mencari pangganti novel Adam & Hawa untuk slot Akasia ini.

Justeru, mereka menemui novel KASIH YANG SUCI yang dikatakan mirip Adam & Hawa. Saya dipanggil kembali untuk kerja adaptasi ini.

Pada mulanya, saya tidak berminat kerana mempunyai banyak kerja lain untuk diselesaikan. Namun, demi menjaga nama dan reputasi dengan TV3, saya setuju sahaja dengan tugas yang diberi ini.

Tentang Adam & Hawa, saya yakin adaptasi novel itu juga akan berjaya kerana penulis skripnya merupakan seorang yang lebih berpengalaman dan lebih baik dari saya. Karya beliau lebih banyak dan lebih menonjol dari karya saya. Akan tetapi saya enggan mendedahkan siapa namanya. Tunggu sahaja di depan Astro nanti, ok.

Terima kasih daun keladi..

Anonymous said...

ala kak, kalau la novel adam hawa tu diadaptasi ke drama yg ditayangkn di tv3, alangkah bagusnya. maaf la, just nak share opinion, mungkin watak yg sesuai utk bw watak adam hawa tu mungkin, zul ariffin dan Tiz Zaqyah. adakah pemilihan pelakon suda dilakukan? cuma, kalau la d astro ditayangkan, mungkin adapatasi novel adam hawa tidak akan segah adapatasi novel kasih yg suci memandangkan ianya disiarkan di astro kan.

saya pun ada membaca di internet komen psl nora elena ini,komen sy seperti akak. maaf kak sy meluat dgn komen2 mereka, cenderung kepada hensem la, cantik la apa la. tapi itu la daya tarikan utk menarik orang menonton sesuatu drama, dr apa yg saya perhatikan la. maaf kak.

Rashidah Ibrahim said...

Lontaran pendapat dan luahan perasaan, adakah itu rungutan?? Bagi akak, tidak salah memperkatakan sesuatu yang berlegar di benak..apa pun syabas untuk Maizura.

Anonymous said...

hye..salam akak..saya budak bru belajar tlis skrip...camner ek nk berhbung dgan akak??sy perlukan sifu..saya series n tol2 minat nak cebur bidang ni..n ttg nora elena..terbaek!!tahniah..