Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
PRESIDEN SWAM DIGANTUNG..!!
Sebelum Ramadan lepas, tercetus konflik di dalam Persatuan Penulis Skrin Malaysia yang dikenali sebagai SWAM [Screen Writers Guild of Malaysia]. Berpunca daripada tuduhan pecah amanah ke atas Presidennya, Ismail Ahmad dan Timbalannya, Wazata Zain. Bagaimanapun, krisis itu berakhir dengan Mesyuarat Agung Khas pada Sabtu lepas, 24 September 2011. Mesyuarat yang dihadiri 46 ahli itu memutuskan bahawa Presiden dan Timbalannya telah bersalah. Dan hukumannya adalah menggantung keahlian mereka sehingga ke Mesyuarat Agung yang akan datang - dijadualkan pada awal tahun 2013.Berikutan itu, kedua tokoh ini tidak layak lagi memegang jawatan tertinggi, lalu digantikan oleh saudara Jamil Mutalib dan Martias Mohd Ali. Selain itu, Setiausaha Kehormat, Dato' Seri Zaienal Abidin Omar dan Penolongnya, Mokhzan Ali, turut meletak jawatan secara sukarela. Kekosongan ini diisi oleh Shaari Wahab dan Asiah Mion.
Justeru, kepada barisan kepimpinan SWAM, sila perhatikan perkataan GUILD pada nama SWAM dan kembalikan peranannya sebagaimana namanya itu.Semoga SWAM pada hari ini, tidak lagi menjadi 'SUAM-SUAM KUKU' seperti sebelum ini.
Labels:
NASIB PENULIS SKRIP,
PENULIS SKRIP,
SWAM
Sunday, August 7, 2011
Adaptasi Novel Sastera ke Layar Perak
ADAPTASI novel tempatan ke filem masih kurang rancak berbanding novel ke drama televisyen. Biarpun begitu, sejak akhir-akhir ini penerbit filem mula terbuka kepada adaptasi novel, tetapi lebih kepada novel pop. Faktor pasaran tersedia untuknya [ready-made market] di kalangan pembaca tegar dan nilai komersil novel genre itu telah membuka hati penerbit. Contohnya Lagenda Budak Setan [Ahadiat Aksyah], Ombak Rindu [Fauziah Shaari] dan beberapa tajuk lagi yang sedang dalam perancangan.
Bagi novel sastera, kebanyakan penerbit filem masih keberatan untuk melabur lantaran kurangnya nilai komersil yang mungkin mengurangkan jualan tiket di pawagam. Namun, atas dasar tanggungjawab sosial, seseorang atau sekumpulan karyawan atau mana-mana organisasi PERLU menggalas tugas ini, tanpa memikirkan sangat pulangannya dari segi kewangan.Menyedari amanah dalam mengangkat pemikiran bangsa melalui filem, baru-baru ini, tiga pihak bekerjasama menganjurkan Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel ke Filem. Novel-novel yang terpilih itu merupakan novel sastera terbitan Dewan Bahasa & Pustaka [DBP] :
Sandera, karya Arenawati, Interlok (Abdullah Hussein), Empangan (Zakaria Ali), Pemberontakan (Chian Jong Lai) dan Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani).
Skrip yang menang akan difilemkan dengan dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS].Pertandingan ini anjuran bersama Finas, DBP dan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Malaysia [FDAM]. Tarikh tutup pada 31 Disember 2011 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada :Urus Setia, Pertandingan Menulis Skrip Adaptasi Novel Ke Filem, Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460Kuala Lumpur - A. Wahab Hamzah (03-21482348), Roslinda Mustapha (03-21482924) atau Nurul Aina Borhan (03-21482914).
Semoga Berhasil!
Thursday, August 4, 2011
FILEM ISLAM : REALITI ATAU FANTASI...?
Program Bual Bicara TV al-Hijrah Rabu lalu bertukar topik kepada aspirasi filem Islami di Malaysia. Sedangkan asalnya untuk berbicara tentang pemikiran dalam filem. Sejauh manakah filem bertemakan Islam mampu bertapak di negara kita? Baca komentar tentangnya di blog berikut :
http://www.zabidiskrip.blogspot.com/
http://ummuaisyah-ummuaisyah.blogspot.com/
Sunday, July 24, 2011
RABU INI DI SALURAN AL-HIJRAH...
Televisyen al-Hijrah, sebagai saluran yang baharu, turut menyajikan rancangan bual bicara bertajuk BICARA setiap Rabu, 9.30 malam. Sejak ia bersiaran, pelbagai topik yang penting untuk ummah telah dikupas seperti ISLAMOPHOBIA, DAKWAH SAUDARA BARU, PEMIMPIN GLOBAL, MEDIA ISLAM, INDUSTRI FILEM ISLAM dan sebagainya.
Rabu ini, 27 Julai, penerbitnya sekali lagi memilih topik berkaitan filem bertajuk "PEMIKIRAN DALAM FILEM".Saya telah dijemput sebagai ahli panel bersama pengarah dan penulis skrip Syamsul Yusuf, Farid Kamil dan Zabidi Mohamad. Program ini dikendalikan oleh pengantara Nizal Mohamad dan akan bersiaran selama satu jam.
al-Hijrah juga boleh ditonton melalui saluran 114 sekiranya menggunakan platform Astro.
Friday, July 8, 2011
5 Julai…5 minit…50 ahli panel…
Pada 5 Julai lalu, idea yang layak ke saringan kedua ‘pitching TV3’ diberi masa lima minit sahaja untuk dilontarkan di hadapan kira-kira 50 orang panel yang terdiri daripada bos-bos besar Media Prima Berhad, bos-bos kecil dan para penaja dari luar. Sesi itu berlangsung di hotel KL Hilton Sentral.Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, saya sentiasa gagal membuatkan TV3 menerima idea yang dibawa oleh saya. Akur.Apa pun, saya berpegang kepada rezeki di tangan Tuhan. Sebagai contoh, cadangan drama yang diambil inspirasi daripada kisah dalam al-Quran, tentang nabi Yunus Alaihis Salam, telah tidak dipanggil ke saringan kedua di Hotel Carcosa Seri Negara, tahun lepas. Namun, pada tahun ini, tiba-tiba sahaja saya mendapat panggilan daripada penerbit, mengatakan cadangan itu lulus, tetapi hanya untuk telefilem sepanjang 90 minit. [Cadangan asal untuk drama bersiri 26 episod x 1 jam siaran = 26 jam] Alhamdulillaaaaahhh…biarpun durasinya pendek, asalkan diterima, syukur....
Semoga berjaya kepada rakan penulis yang terpilih pada 5 Julai lalu…
Subscribe to:
Posts (Atom)
