Wednesday, June 27, 2012
Monday, June 25, 2012
ANDAI KU TAHU....TV9, SETIAP ISNIN & SELASA, 8.30 MALAM
"...Hanya kesabaran
dan kasih sayang seorang wanita, dapat lembutkan hati keras seorang
lelaki..."
Ini hasil terbaharu untuk Slot Ratu TV9 yang
bertemakan kewanitaan. Tahun lalu, saya menulis Nora Elena untuk
Slot Akasia TV3 yang juga bertemakan
kewanitaan.
Andai Ku Tahu merupakan genre ‘melodarama’. Sesuai untuk kakak-kakak, makcik-makcik
dan anak-anak gadis mereka. Tetapi, rasanya abang-abang juga boleh
‘melayan’ drama ini, kalau mereka sanggup ketepikan sedikit ‘ego’ itu.
Berdasarkan maklumbalas Nora Elena pada tahun lalu, kaum suami menontonnya setelah melihat si isteri gigih mengadap televisyen pada waktu Magrib [tentunya dengan rasa berdosa
kerana melewatkan solat!] ketika ia bersiaran untuk pertama kali. Ada kaum ibu singgah membeli lauk ‘ready made’ dalam perjalanan pulang dari pejabat. Ada
kaum ibu berulang-alik dari dapur ke ruang tamu dengan senduk di tangan kerana tidak mahu
ketinggalan babak penting. Manakala lelaki bujang mengetahuinya melalui perbualan gadis-gadis di
sekeliling mereka. Ketika kaum bapa tertarik untuk mengikuti konflik rumahtangga
dalam Nora Elena, lelaki bujang memberitahu, mereka menontonnya
semata-mata kerana wajah ayu heroinnya Siti Saleha Baharom dan gelagat ‘gedik
manja’ pelakon pembantu, Wan Sharmila.
Lalu ketika mesyuarat Andai Ku Tahu dengan eksekutif TV9, mereka mengharapkan drama ini juga menjadi seperti Nora Elena. Pertama,
“talk of the town [bualan ramai]”. Kedua, “menangkap di
hati”, kata salah seorang dari mereka sambil mengenggam jari jemarinya dan
meletakkan ke dadanya sendiri. Harapan mereka membuatkan saya ‘cuak’ tiba-tiba. Bilik mesyuarat itu pun ditinggalkan dengan
perasaan takut hendak menulis.
Andai Ku Tahu sudah bermula minggu lepas. Malam ini, Isnin,
25 Jun, jam 8.30, akan bersambung episod kedua. Kesemuanya 14 episod. Ia diarahkan oleh Heykal
Hanifah dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Idea asal ditulis oleh bos
besar Radius One sendiri yang juga seorang penulis dan pengarah muda berbakat besar,
Shahrulezad Mohameddin. Pendukung watak terdiri daripada Natasya Hudson, Faezah
Elai, Ezany Nizariff dan Tengku Ismail.
Jangan lupa, episod kedua malam ini. Semoga ia memberi manafaat.
Labels:
ANDAI KU TAHU,
MELODRAMA,
NATASYA HUDSON,
NORA ELENA,
TV9
Tuesday, June 19, 2012
Friday, May 25, 2012
TENTANG INTEGRITI
Petang ini, Jumaat, 25 Mei, InsyaAllah saya ke Institut
Integriti Malaysia [IIM] untuk Sesi Dialog
Bersama Bloggers. Niat IIM semoga para blogger turut menyampaikan mesej tentang
integriti. Seramai 20 blogger dijangka
hadir, kebanyakannya dari bidang
politik, isu semasa, sosial dan keagamaan. Harap usaha ini ada manafaatnya dan mampu
menyumbang sesuatu walaupun sedikit.
Integriti berasal dari perkataan Latin. Ia bermaksud satu tindakan menyeluruh yang berkaitan dengan kejujuran seseorang. Tindak tanduk orang yang berintegriti adalah selaras dengan prinsip moral , etika dan undang-undang.
Tentang integriti
dalam industri penyiaran televisyen, memang
banyak yang boleh dikongsi berdasarkan pengalaman aktif dalam bidang ini.
Namun, untuk kali ini cukup lah dengan merujuk tulisan blogger Syed
Azidi [Blog Kickdefella] tentang ‘orang nombor dua’ kepada pemilik Astro. Ini pautannya :
Terima kasih kepada sahabat saya, Nor Faznita Mohd Nor yang mula-mula meletakkan pautan kepada entri blog berkenaan di laman FB, Gabungan Bebas Penulis Skrin Malaysia.
Akhir kata, terus menulis walau apa pun rintangannya....
Wednesday, April 25, 2012
SIBUK BERCERAMAH & TWITTER
Masa untuk menulis di blog ini semakin berkurangan nampaknya. Lantaran sibuk dengan pelbagai tugas. Sejak awal tahun ini, saya semakin aktif sebagai penceramah dalam bidang penulisan skrin. Februari lalu mengendalikan bengkel Adapasti Novel ke Filem dan Televisyen anjuran Grup Buku Karangkraf; menjadi penceramah undangan untuk Bengkel Pemurnian Skrip Adaptasi Karya Sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka; serta ceramah pendek tentang Penyediaan Proposal Untuk Pogram Televisyen kepada penulis-penulis baru yang dikumpulkan melalui Facebook.
Esok, InsyaAllah akan ke Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun, Pulau Pinang, sebagai ahli panel forum bertajuk “Filem dan Drama Televisyen : Idealisme melawan Komersialisme”. Saya sedang membuat persediaan untuk ini, berkemungkinan akan berkongsi tentangnya dalam entri akan datang.
Menyedari medium blog semakin menurun popularitinya, saya kini berjinak-jinak dengan Twitter. Sesiapa yang sudi, “follow” lah, mudah-mudahan laman yang baharu dapat memberikan sesuatu yang bermanafaat.
Wednesday, March 21, 2012
PITCHING DI RTM & MEDIA PRIMA....
Bulan Mac dan April mungkin bulan paling sibuk buat para penulis skrin. Lantaran ini lah masanya stesyen televisyen seperti RTM dan Kumpulan Media Prima Berhad [MPB] membuka tawaran Pitching untuk program-program yang bakal mengisi pelbagai slot pada tahun hadapan [2013].
Justeru, hari ini saya mengulangi ucapan klise seperti tahun-tahun yang lepas iaitu, "Selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang menyertainya".Perkataan 'klise' mengingatkan saya kepada surat tawaran Pitching dari TV9. Antara syaratnya, idea mesti lah yang segar, asli dan tidak klise. Saya sekadar tersenyum membaca syarat ini....
Sekian, jumpa lagi di lain kali.
Monday, February 6, 2012
CINTA SEMPURNA
Ada dua manusia yang memiliki cinta paling sempurna – samada cinta terhadap Allah atau cinta sesama manusia. Itu lah nabi Ibrahim dan nabi Muhammad. Cinta mereka dapat meringankan tugas yang berat, mengubah si kedekut jadi pemurah, si penakut jadi berani, si lembab jadi cerdas. Ia juga membersihkan jiwa yang kotor, meluruskan kehidupan, menghalang perbuatan terlarang.....
[Ini adalah ucapan kitar semula dari entri tahun 2009 - yang dipetik dari buku psikologi, Terapi Penyakit Hati karya ulama Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang hidup pada abad ke-14]
Subscribe to:
Posts (Atom)

