Wednesday, February 11, 2009

IDEA PITCH 2....MASALAH PENULIS

Ramai penulis berat hati hendak menghadiri idea pitch. Lantaran tiada jaminan bahawa konsep yang dibawa itu akan lulus. Sedangkan banyak masa terbuang untuk menyediakannya. Termasuk duit minyak dan tol ke stesyen. Sudahnya, kecewa. Lebih kecewa apabila melihat karya-karya di TV selepas itu, kebanyakannya cliche dan ringan sifatnya. Sedangkan konsep kita yang segar dan berisi, sering kali tergolong dalam kategori, “tidak lulus”. Boleh dikatakan sebahagian besar kerja penulis skrip ialah menulis konsep yang akhirnya “senyap sahaja”. Dan tiada jaminan bahawa konsep itu tidak akan diciplak (dengan diubah sedikit mana-mana bahagian yang patut) oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, jangkamasa penyediaan konsep juga sangat suntuk. Contoh, hari ini penerbit telefon, esok sudah kena siap. Bayangkan kita ada satu malam sahaja untuk berfikir dan menulis. Jadi, bagaimana dengan kualitinya? Apabila lulus, kita diberi masa suntuk juga untuk menyiapkannya. Contoh : seminggu untuk telemovie atau 1-2 bulan untuk drama bersiri 13 atau 26 episod. Ini memberi kesan kepada kualiti skrip terutama dalam aspek penyelidikan. Hal ini sering menjadi rungutan di kalangan penulis skrip.

No comments: