Wednesday, February 11, 2009
IDEA PITCH 3...SIKAP PENULIS
Apa pun, penulis jarang mengalah. Mereka terus membangunkan konsep baru. Bentang lagi. Ditolak lagi. Kecewa. ... Biasanya, saya akan tulis semula (re-write) konsep yang sama dalam ayat-ayat yang berlainan untuk dihantar ke stesyen lain pula. Kalau ada rezeki, stesyen lain akan menerimanya. Mungkin juga hari ini konsep kita tidak lulus. Tetapi kita tetap mendapat job esoknya. Ini terjadi apabila penulis sesuatu konsep yang lulus telah mendapat 2-3 job serentak atau mempunyai komitmen lain. Dalam hal ini, samada penerbitnya atau penulis itu sendiri menyerahkannya kepada kita. Jadi, jangan serik untuk panjat bukit pergi ‘pitching’. Sementara menunggu nama dipanggil, beramah mesra lah dengan seberapa ramai yang ditemui. Dan jangan lupa, bawa lah business card sebanyak-banyaknya. InsyaAllah, akan dapat job. Mungkin job yang kita dapat itu lebih menarik dari konsep yang kita cadangkan tetapi gagal. Keadaan ini tentu dapat mengubat kekecewaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aiii...proposal sy hantar diam je...takder pun pitch2 ni...ingatkan pitch ni dah nyata dapat....tak jugak....
Salam Mohd Ali Atan,
tks krn melawat blog TBM. Proposal yg dihantar, kalau masuk dalam kategori "senyap sahaja", kita sbg penulis boleh minta balik untuk di hantar kpd penerbit lain. Beri masa kepada sesuatu penerbit utk jaja proposal kita (2-3 bulan misalnya...) ke mana-mana stesyen yg dia suka. Kalau dia gagal, kita ambil balik dan hantar ke penerbit lain. Kadang2 proposal diberi pada penerbit A utk dihantar ke Stesyen B misalnya, tapi sampai ke sudah statusnya "senyap sahaja". Kemudian, proposal yg sama diberi kepada penerbit C tetapi utk stesyen yang sama juga (stesyen B), dlm masa sekejap saja boleh "lulus". Mungkin "cable" penerbit C lebih besar dari penerbit A. Mungin C ada cable bawah tanah atau hanya perlu tekan suis di sini lalu menyala di sana. Atau penerbit C lebih wibawa dari segi menghasilkan drama2 berkualiti, tepat pada tarikh yg diminta. Memang ada penerbit yg dapat slot di stesyen bkn hanya kerana cable tp juga krn kualiti produk dan kebolehan mereka menghantar produk "on time". Bagi penerbit berkenaan, kita tidak lah menafikan kewibawaan mrk.
Yep.Banyaknya red tape. Kalau macam tu sampai bila drama kita nak maju.Sudah sampai masanya kena ada suatu ketetapan yang jelas spt sistem meritokrasi dalam memilih proposal. Apa yg dikatakan pitching itu juga sekadar tempelan semata. Mana mungkin 10 minit utk buat penilaian. Apapun kak, selamat berkarya dan semoga murah rezeki.
Post a Comment