Monday, February 16, 2009

Pesanan untuk blogger...penting...!!!

Saya suka baca blog. Tidak kira lah siapa yang menulis. Pada saya,
"bukan siapa yang menulis, tetapi apa yang ditulis."
Ada yang tidak bernama, tapi punyai buah fikiran. Cuma yang saya kesal, tulisan mereka panjang. Hambatan masa tidak memungkinkan saya menelaah isi tulisan itu. Terpaksa abaikan biarpun tahu ada ‘mutiara’ di dalamnya. Lantas teringat Yvone Ridley, wartawan akhbar Sunday Telegraph yang ditahan Taliban pada 2001. Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke laman web al-Jazeera.net. Tentang perubahan dari media cetak ke internet, dia berkata :
"cabaran utama ialah untuk menulis artikel yang pendek bagi menyesuaikan dengan medium internet"
Sejak memblog, baru saya faham kenapa ‘otai’ sepertinya menganggap kerja menulis artikel pendek sebagai sesuatu yang mencabar. Saya juga melalui pengalaman itu. Saya bermula dengan media cetak (novel dan artikel majalah) yang panjang sifatnya. Kemudian, melencong ke media elektronik (TV dan internet) yang pendek sifatnya. Pernah bekerja di bawah arahan Kabir Bathia, menghasilkan video tentang pusat peranginan. Pesan agensi iklan yang menerbitkan video itu:
"tulis sampai boleh buat orang menangis berguling-guling dan meronta-ronta hendak datang sini.”
Dan durasinya cuma seminit! Saya kemudiannya mengikuti kursus penulisan PTS. Kata sifu Ainon Mohd :
"Ramai orang berilmu tapi mereka tidak ada ilmu untuk menyampaikan ilmu".
Maksudnya, kemahiran menulis perlu dipelajari, ia tidak datang dengan sendiri.
(Caption gambar : Saya sempat mewawancara Yvonne Ridley sewaktu kedatangannya ke KL pada 2006)