Saturday, June 6, 2009

Cinta Sempurna…Sebuah Drama Dakwah

Cinta Sempurna (CS), drama bersiri 20 episod akan tersiar di Astro Oasis, bulan puasa nanti. Ini baru drama dakwah. Lantaran idea asal datang dari pendakwah tersohor, Ustaz Hasrizal Abd Jamil (Saifulislam.com) Jika ia datang dari pendakwah, tujuannya pasti, untuk dakwah. Skripnya pula oleh Zabidi Mohamed, peguam yang juga aktif dalam dakwah dan penulisan.
CS membariskan pelakon seperti Ashraf Muslim, Intan Tiara, Fizo Omar, Mahmud Ali Basha, Maria Farida dan ramai lagi. Penyanyi remaja bertudung, Yuna menyumbangkan lagu tema dan turut muncul sebagai watak cameo. CS membawa tagline, “Cinta Sempurna Hanya Milik Allah” manakala pakar rujuk syariahnya, Ustaz Mohd al-Adib Samuri (UKM). Ia diterbitkan oleh Datuk Abul Hassan, penerbit baru pertama kali memasuki industri ini.
Saya tidak arif tentang hukum hakam terbabit dalam bidang ini. Tetapi mengalu-alukan kemasukan pendakwah termasuk orang berilmu dari bidang lain juga, bagi menyaingi puluhan produk TV yang kurang bermanafaat, kurang mempunyai tanggungjawab sosial, agak merosakkan dan terlalu berorientasikan pasaran (RM). Sekalipun belum pernah menulis drama dakwah, saya tetap menyokong drama seumpama ini.

13 comments:

mfrstudio said...

puan kata drama nurkasih dan filem syurga cinta bukan produksi dakwah, tapi produksi cinta sempurna, puan sebut dengan jelas ia produksi dakwah.

apa kriteria yang puan letakkan untuk meletakkan sebuah drama itu drama dakwah atau tidak?

bolehkah drama dakwah dilakukan beserta maksiat dalam pembikinannya? maksiat yang jelas adalah tidak menutup aurat muslimatnya.

MFR

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Mfrstudio,

terima kasih krn memberi komen. Sy cuba jawab setakat yg termampu oleh saya. Maaf kalau saya silap menjawab, harap ada yg memperbetulkannya.

Kriteria dakwah hanya dilihat dr segi "niat" pengkarya untuk menyampaikan sesuatu "mesej tentang Islam". Mungkin juga atas dasar saluran iaitu Astro Oasis yg memfokus kepada menyampai maklumat tentang Islam atau hiburan yang ada unsur Islam.

Tentang "maksiat dalam pembikinan", memang betul. Saya tak menafikannya. Tapi di Malaysia, kita belum ada lagi satu produksi yang benar-benar bebas dari maksiat dalam pembikinan. Soalnya di sini, adakah pendakwah kita tidak boleh berdakwah melalui medium ini (filem dan drama) atas alasan hendak menjauhi maksiat? Tidak mahu "bersubahat"?

Jika pendakwah menjauhi, siapakah yg akan masuk menyebarkan "dakwah" mereka melalui medium ini?

Yang masuk dan berleluasa sekarang ialah :

1. dakwah Islam liberal. (Malaysia dan Indon)

2. Dakwah sekular. (Malaysia dan seluruh dunia)

3. Dakwah untuk mengangkat ikon buruk dalam masyarakat sbg hero dan mewar-warkannya sbg satu cara hidup. (malaysia dan seluruh dunia)

4. Dakwah kristianiti (melalui filem pop dan indipendent Hollywoood)

5. Dakwah Yahudi & Zionis (Melalui filem studio berbajet besar spt Fox, Warner Bross, Disney, etc)

Jadi, ini lah yg dihidangkan di kaca TV sekarang. Siapa yg menontonnya? Masyarakat Islam terutama anak2 kecil.

Di Iran lain, kerana sudah ada syarat dan peraturan daripada pemerintah untuk memaksa pengkarya filem dan drama mematuhi syariat dalam pembikinan. Tetapi di luar Iran, pengkarya yang sama dilihat tidak pula mematuhi syariat. Bermakna, mrk melakukannya atas arahan pemerintah.

Di Malaysia, pemerintah 'belum' lagi meletakkan peraturan. Mungkin juga suatu masa nanti akan ada peraturan spt di Iran...kalau lah sistem pemerintahan bertukar tangan...kita tak tahu. Tapi sementara peraturan itu belum ada, wajarkah pendakwah terus menerus menjauhi medium ini dan akan melenting/marah setiap kali keluar filem yg mempromosi lima jenis 'dakwah' yg saya sebutkan di atas? Ini lah yg selama ini berlaku. Kita asyik "defend" bila ada filem atau drama yang menghina Islam atau merosakkan imej Islam samada oleh bukan Islam atau orang Islam sendiri yang tiada kesedaran Islam. Akan tetapi kita tak pernah "attack" balik dengan filem..maksudnya serang atau lawan balik dengan filem atau drama juga. kerana anggap "pembikinannya bersubahat dengan maksiat". Yg kita lakukan sekarang ialah serang balik dengan "kata-kata" dan kritikan sahaja.

kalau hendak lawan balik, beberapa orang pendakwah kena masuk dalam bidang ini untuk "membuang maksiat" ini? Kalau pemerintah tak buat, maknanya tanggungjawab ini terletak pada pendakwah yang kaya-kaya yg ada banyak duit... sanggup belanja RM300,000 utk buat drama bersiri atau sekurang-kurangnya RM70,00 untuk buat satu telemovie khas untuk tujuan dakwah tetapi pembikinannya mesti ikut syariat. Tetapi di manakah mereka? Setakat ini, belum ada penerbit a.k.a. pendakwah a.k.a. orang kaya seperti ini di Malaysia. Sementara kita nak tunggu golongan ini muncul di masa akan datang atau pemerintahan bertukar tangan, sanggupkah kita biarkan industri dikuasai oleh golongan yg lima di atas?

Sudah saya sebutkan dalam entri di atas....melihat kepada "tujuan" drama itu dan idealisme yang hendak dibawanya. Matlamat memang tidak boleh menghalalkan cara. Tetapi realiti di Malaysia, setakat ini, belum ada produksi yg benar-benar berladaskan syariat semasa pembikinannya. Jadi, "dakwah" yg disebutkan dalam entri di atas adalah dlm konteks "idealisme" dan "tujuan"nya, bukan pembikinannya. Cinta Sempurna mungkin berbeza dengan beberapa drama lain yg menonjolkan syariat sebagai latar atau kosmetik di dalam persembahannya sahaja, tetapi masih membawa misi dan fantasi hiburan.

ekramhakim~ said...

Saya melihat 3 telemovie dan drama (Cinta Syurga,Cinta Sempurna dan Nur Kasih) terbaru adalah mempunyai nilai2 moral dan suntikan Islamisasi.Ikutlah apa sekalipun titlenya dakwah atau tidak.

Sebelum ini, karya2 seni di Malaysia susah utk melihat nilai2 sebegini timbul,mungkin ada tapi hanya sebagai selingan.Yang diutamakan oleh krew2 adalah soal cinta,keluarga n others.

Namun sekarang saya lihat, yg diutamakan adalah berkenaan tujuan Islam itu sendiri sebagai latar utama.memang tidak dinafikan di permulaan perkembangan ini, masih banyak kelemahan dan kelompongan dari segi Islam.Namun dari aspek dakwah dan islamisasi seni, sebenarnya perkara ini sedang berkembang.Alhamdulillah.

Jika nak harapkan ustaz2 membikin filem, susah.Jika nak impikan penerbit2 membikin filem yg betul2 islamik, semacam jauh mengecewakan.Kenapa kita tidak bergabung.Bersatu.

Walaupun mungkin ada yg membikin drama islamik utk komersial, namun nilai2 dan moral2nya insyaALLAH dapat disalurkan selepas itu.Hidayah ALLAH ada dimana2.Yang penting kita usaha.

Apa yg dikatakan oleh Puan Maizura itu betul.Islam liberal,sekular,kristianisasi dan macam2 lagi berleluasa.Adakah kita nak tunggu filem yg betul2 Islamik dengan pelakon yg betul2 Islamik muncul baru mahu bertindak.Step by step dan dia akan berkembang dari semasa ke semasa.

Kenapa tidak disalurkan kekayaan kepada jalan dakwah dan kebajikan berbanding melaksanakan haji ke berapa kali.Ini adalah fatwa ulama.Cuma sekarang kita masih memandang serong dengan industri seni ini sendiri.

Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut..

Unknown said...

tahniah kepada produksi...

Mungkin kita boleh mencedok pengalaman dari negara jiran Indonesia.Mereka sudah menghasilkan Laskar Pelangi,AAC,dan dalam jangka masa terdekat Ketika Cinta Bertasbih...

Semoga terus sukses ;-)

naim kkk said...

sya berpendapat sedemikian, kita banyak d sogokkan dengan filem dari luar yang banyak menyampaikan ideologi mereka sendiri...dsebabkan industri mereka besar dan memberi pengaruh kuat pada dunia...siapa x kenal hollywood..dengan penerbit2 yg antaranya merupakan org yahudi sendiri...pelakon juga ...

jadi dengan mudah dpat bekerjasama dlm menyampaikan pemikiran mrk dng dunia..yg plg ketara kita nmpk pemasalah sosial kini...film2 yg x bmoral mnjd ikutn cara berpakaiaan..psl lumba keta...kdg2 ble tgk film melayu yg mcni rse mcm tgk cte hollywood..

lagi....

cth r...ada bbrp film hollywood memaparkan keburukkan menghina org islam sendiri...
cth film Zohan yg pelako utama dr org yahudi dgn bbrp watak2 arab brpakaiaan islam ...dlm transfomers kte dpt saksikan bgmana geng robot jahat tur keluar menyerang di qatar(negara arab)dan mereka melindungi masyrkt d situ

lagi...

Cte supehero menunjukkan kekuatan yg besar pd diri mereka...
mcm superman, spiderman...pakaian mereka dr segi warna melambangkan negara mereka...dlm cte spiderman selalunya adiwira akan memanjat tiang bendera A.S...

same2 kte fikirkan...

mfrstudio said...

salam puan maizura.

terima kasih kerana reply soalan saya.

saya melihat puan punya justifikasi untuk mengajak pendakwah berhadapan atau mempengaruhi peserta industri pembikinan filem/drama ini.

namun, saya tak melihat ada justifikasi jelas, menunjukkan pendakwah boleh bersekongkol menjayakan produksi bercampur maksiat.

pendek kata begini ya, satu kampung penuh maksiat menjemput seorang pendakwah menyertai majlis keramaian dengan ada tari menari. orang kampung sudi pendakwah memberi sedikit kata dua ucapan sebagai merasmikan majlis.

adakah wajar pendakwah itu mengutarakan kata-kata dakwahnya dan kemudian menyebut, "sekarang dengan nama Allah saya merasmikan majlis tari menari kampung"..?

tentunya sebagai orang yang telah ditarbiyah dengan kewajipan dakwah, kita tak mungkin setuju sifat pendakwah begitu. Apa yang tak betulnya sifat itu? Tak betulnya adalah:

1. Dia merelakan maksiat dan mungkar terus berjalan dengan merasakan cukup sekadar menyelitkan sedikit nasihat atau dakwah.

2. Padahal dakwah ini terbahagi pada dua: menyeru makruf dan mencegah mungkar.

Baik, mungkin saja dia tak mampu mencegah mungkar dengan tangannya, tetapi bukankah dia telah diberi peluang mengutarakan dengan kalamnya. Bukankah kita tahu 3 peringkat iman ketika melihat kemungkaran? Tidak mampu dengan kuasa, dengan kalam. tidak berkuasa dengan kalam, dengan hati. itu selemah-lemah iman.

Sudahlah dia tak menyeru dihentikan tari menari atau ajarkan alternatif yang dibolehkan syarak, malah dia tak menunjukkan hatinya membenci apabila merasmikan dengan rasa sukacita.

Jadi apa kaitannya dengan drama Cinta Sempurna?

Pertama kita kena faham, drama bergantung kepada skrip dan idea cerita.

Kita lihat filem star wars meletakkan skrip makhluk asing berperang, maka pengarah dan para pelakon mahu atau tidak, akan cuba menonjolkan makhluk asing berperang.

sekarang, siapa penulis skrip drama Cinta Sempurna? siapa pemberi idea cerita? Kedua-dua mereka adalah pendakwah yang boleh meletakkan syarat yang Puan gambarkan mungkin saja berlaku di malaysia jika pemerintah bertukar tangan.

siapakah pemerintah dalam proses drama ini? ceritanya berasal dari seorang pendakwah, skripnya ditulis oleh seorang pendakwah, maka mengapa isinya terkandung aksi mungkar (membuka aurat sebagai contoh yang paling saya jelas kerana melihat foto shootingnya di blog penulis skripnya).mereka boleh memerintah drama itu 100% dilakonkan dan diaksikan dengan hukum syarak.

Tapi mengapa tak berlaku? di mana seruan mereka ini, padahal sebelum mula penggambaran sudah ada beberapa pertemuan diadakan, sudah ada perbincangan. Jika, benar mereka telah bersungguh-sungguh menyeru agar drama ini dijalankan dengan 100% syarie, kemudiannya tak berlaku, nampaknya seperti mereka telah tunduk pada satu kuasa tertentu. Mungkin salah satu pihak yang membawa elemen yang puan sebutkan.

Senang cerita, dakwah telah gagal mengajak drama ikut syarie, tapi masih suka untuk memanggil hasil yang mereka gagal dakwahkan sebagai bahan dakwah pula? Sepatutnya drama ini juga patut diakui sebagai kosmetik islamik, atau kosmetik dakwah saja. dakwah bukan tujuan, tapi kosmetik untuk hiburan seisi keluarga semata-mata, serupa saja dengan nur kasih, atau syurga cinta, atau mungkin lebih teruk lagi. kita belum tahu tentunya. Tapi, yang lebih menggerunkan jika produksinya sudah diakui akan bercampur maksiat, masih rela dijadikan bahan dakwah di bulan Ramadhan?

mfrstudio said...

Suka saya letakkan peringatan Yusuf alQardhawi tentang rancangan TV di bulan ramadhan:
Pihak yang terlibat dengan penyiaran rancangan televisyen hendaklah takut kepada
Allah terhadap sebarang program yang akan disiarkan kepada orang ramai,
terutamanya pada bulan Ramadan.

la bertujuan untuk menghormati bulan yang diberkati ini, menggalakkan manusia taat kepada Allah, di samping menambahkan amalan kebaikan. Sedangkan mereka sendiri tidak berdaya menanggung dosa mereka sendiri, bagaimana pula dengan dosa orang yang menonton televisyen itu?



Dan saya teringat apa kata Ustaz Zaharudin ketika berbicara soal hukum dakwah nasyid wanita,

" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.

Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.

Sebagaimana di sebut oleh dalil :-

إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ

Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )

Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.

Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.

Nabi SAW bersabda :

إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم

Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )


apakah boleh kita panggil drama yang diakui bercampur maksiat sebagai produksi dakwah? Sedangkan tiada metod haram sebagai jalan dakwah ditetapkan agama.


suka saya dengan produksi drama Cinta Madinah apabila meletakkan kebanyakan pelakon muslimatnya menutup aurat.


Oleh itu, zaman ini bukan zaman darurat buat pembikin drama atau filem ikut syarak 100%.

Maizura said...

Mfr Studio,

Terima kasih atas komen dan peringatan. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Filem ketika cinta bertasbih adalah filem dakwah yang paling sukses.. kerana banyak memberikan pengajaran.. dan juga membuka hati untuk bertaubat..

sekarang soalan saya, mengapa Malaysia tidak ada membikin filem dakwah yang memberikan kesan kepada penonton? Walaupun ada filem yang "mungkin" berunsur dakwah, tetapi tidak memberikan nilai moral yang baik.. terlalu banyak mempertonton aksi2 yang tidak baik dan heroin nya tidak menutup aurat...
message yang ingin disampaikan itu tidak sampai kepada penonton.

*Rei

Maizura Mohd Ederis said...

Rei,

Tks ats pertanyaan.

Ketika Cinta bertasbih [KCB] dihasilkan dengan kerjasama penulis cerita asalnya yang juga seorang ustaz, sbg penerbitnya. Sebagai penerbit, agak mudah bagi penulis karya asalnya yakni ustaz itu membuat keputusan tentang keseluruhan 'eksekuisi' KCB terutama yang berkaitan dengan hukum dan konsep Islam.

Akan tetapi di Malaysia kita tidak ada golongan agama yang benar-benar terjun ke dalam industri filem sebagai penerbit dan buat filem dengan niat dakwah.

Yang ada sekarang adalah golongan bukan-agamawan, yakni orang filem yang TIDAK ADA PENGETAHUAN AGAMA, cuba buat filem dakwah atas dasar "ada permintaan dari pasaran". Apabila flem dakwah di Indonesia mendapat sambutan, pembikin filem di Malaysia cuba membuat filem yang sama dengan tujuan memenuhi permintaan penonton yang mahukan filem sebegitu.Oleh kerana ada pasaran, pembikin pun cuba menghasilkannya dengan niat untuk "menjual tiket" yakni RM, bukan untuk mengumpul saham akhirat seperti PAHALA, KEREDHAAN ALLAH dan sebagainya. Sedangkan pembikin ini bukan lah orang agama, malah ada yang bukan Islam pun. Jadi, mereka tidak faham bagaimana hendak menghasilkan sebuah filem yang benar-benar berkesan dalam konteks dakwah. Dan mematuhi kehendak Islam dari segi pembikinannya. [syariah-compliant]

Maizura Mohd Ederis said...

Sambungan….

Perkara nombor dua, ada kelemahan dari segi perfileman Malaysia secara keseluruhan untuk menghasilkan filem yg benar-benar menusuk kalbu, menyentuh hati dan mesejnya sampai. Sekalipun bukan filem dakwah, ia tetap menjadi sebuah filem yang tidak sampai mesejnya. Sbg contoh, ada seorang penerbit telah membelanjakan wang yg begitu banyak utk hasilkan filem tentang sebuah kisah cinta yang agung. Malangnya ramai yang berkata mesej tentang cinta itu tidak sampai pada mereka. Penonton tidak merasai cinta itu sebagaimana kita merasainya semasa menonton TITANIC misalnya. Sama juga dengan filem bertemakan keluarga, remaja atau penjahat. Ramai yang kata paparan visual tentang kekeluargaan, keremajaan atau kejahatan itu tidak dapat dirasai oleh penonton. Manakala filem komedi pula bukan membuatkan kita ketawa dari hati, sebaliknya rasa macam nak hantuk kepala ke dinding kerana kebodohannya. [tapi bukan semua sebab ada juga beberapa filem Malaysia yang berjaya menyampaikan mesejnya dengan berkesan, atau komedinya bijak, matang dan betul-betul kelakar]

Maizura Mohd Ederis said...

Sambungan...

Ketiga, berkemungkinan Malaysia bukan lah tempat yang baik untuk bikin filem kerana pelbagai masalah yang dihadapi sejak dahulu seperti kelemahan dari segi bajet, peralatan teknikal, krew yang kurang bagus dan sebagainya. Sebagai contoh, P Ramlee boleh menghasilkan filem yang "baik/menyentuh hati/mesejnya sampai" semasa di SIngapura. Tapi bila dia balik ke Malaysia selepas studio Singapura tutup, semua filemnya gagal kerana kekurangan bajet, peralatan, krew tidak berpengalaman dan sebagainya. Keadaan ini berterusan sampai sekarang.



Malah lebih serius lagi apabila tidak ramai pelabur [yakni mereka yang banyak duit] mahu terjun ke bidang filem atas alasan buat filem tidak untung. Sbb org Melayu sendiri tak tengok filem Melayu. [ini fakta yang sah ditemui oleh penyelidik UKM]. Golongan yang berilmu dan berkesedaran agama pula menjauhi filem atas dasar buat apa melabur dalam perkara-perkara yang cenderung kepada maksiat, subahat dan haram. [tapi bukan semua agamawan berfikiran seperti ini]

Maizura Mohd Ederis said...

Kesimpulannya, golongan pelabur yakni usahawan yang kaya raya lebih suka buat bisnes bidang lain atas dasar lebih untung, daripada buat filem. Manakala agamawan terus menyampaikan dakwah secara langsung melalui ceramah di masjid,universiti,rencana majalah, radio, tv, etc. Tiada usaha mereka utk melangkah ke dunia filem utk tujuan dakwah atas alasan yg sudah disebutkan sblm ini.

Jadi, golongan filem di Malaysia didominiasi oleh pelabur/pembiaya/penerbit filem yang bermatlamat seperti di bawah :

1. Mahukan RM dengan membuat filem bajet rendah dengan kos tidak sampai sejuta, tanpa melibatkan "script development" yang mantap.

2. Mahukan glamor. Sanggup habiskan banyak wang utk promosi, padahal filem tidak lah bagus sangat. Lebih pentingkan publisiti utk diri sendiri.

3. Buat filem sebab ada "connection" dengan orang2 tertentu spt mudah dapat geran, pinjaman, dan segala bentuk bantuan/khidmat sokongan dari kerajaan.

Begitu lah serba sedikit tentang perfileman Malaysia pada pandangan saya.