Thursday, November 8, 2012

ANUGERAH SKRIN KEMBALI DENGAN "PARI-PARI"


Anugerah Skrin datang lagi. Tahun ini bertemakan "Alam Fantasi" [Ferry Tale] Semoga berjaya diucapkan kepada rakan-rakan yang karyanya atau diri mereka sendiri  terpilih ke pusingan pertama. Harap ada yang melangkah ke lima yang terbaik [TOP 5], malam esok, 9 November 2012  dan seterusnya ada yang menang.  Seperti kebiasaannya acara gilang gemilang itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra [PWTC], Kuala Lumpur.

Di sini, saya suka untuk mengulangi ayat klise seperti "Kalah menang  adat bertanding." Seperti kebiasaan sifat orang Melayu yang merendah diri, ramai yang tidak berani mengatakan dirinya atau karyanya akan menang nanti.  Ramai yang lebih suka berkata, "tengok lah..kalau ada rezeki." Biarpun dalam hati mengharapkan kemenangan, namun mulut kita tidak akan berani menyuarakannya kerana takut dianggap  "perasan" atau "berlagak" atau "riyak".  Atau malu  kalau tidak menang nanti. [Saya pernah menulis tentang sifat Melayu ini dalam Kolum Maizura Menulis, majalah Era Muslimah, keluaran Mei 2012 bertajuk Minda Positif vs Kejayaan]

Saya terpandang beberapa hasil kerja rakan penulis seperti  Bedah Tong Gas [Mf Kencana a.k.a. Mohd Fairuz Padoli]; Projek Pop [Alfie Palermo]; Parit Jawa [Jamil Mutalib]; Hilangnya Doa Ibu [Wan Mahani Wan Hassan]; Gincu Ayah & Tahajjud Cinta  [Mazelan Manan].; Makbul [Zabidi Mohamed]; Tentang Dhiya & Maharku Untuku [Azlina Pa'wan]; Paan & Paiz [Sham Hashim]; Mahabbah [Zarihah Hassan] dan lain-lain. Maaf kiranya ada lain-lain nama yang saya terlepas pandang sehingga tidak tertulis di sini. Berbanyak maaf, ya.


Bergembira lah walau apa pun keputusannya....

No comments: