Pada hari Deepavali semalam, saya membawa anak yang berusia
tujuh tahun ke kelas renang di Sealantis Dive Centre. Pusat menyelam itu terletak dalam kompleks
membeli belah One Utama, Bandar Utama, Selangor. Malangnya tersalah masa. Kelas sepatutnya jam
empat petang, tetapi jam satu tengahari kami sudah tiba di sana.
Bagi mengisi masa menunggu yang agak lama, kakaknya bersama
dua rakan sebaya mahu menonton wayang. Saya berikan wang dan sarankan Istanbul
Aku Datang. Namun, tidak beriya menyuruhnya kerana faham mereka adalah golongan
remaja perempuan yang tidak gemar filem
tempatan a.k.a. filem Melayu.
Kami berpisah....
Tiga jam kemudian, kami bertemu semula di Sealantis Dive
Centre. Rupanya mereka menonton juga Istanbul Aku Datang. Komen mereka,
"Best. Filem Melayu yang lain dari lain."
Pengalaman menonton Istanbul Aku Datang mungkin menjadi
pengalaman baharu buat kumpulan remaja berkenaan yang selama ini tidak menonton
filem berbahasa Melayu di panggung. Mungkin tontonan hanya berdasarkan
filem-filem yang tersiar di televisyen pada Hari Raya Puasa. [Ya,
kebanyakan golongan dewasa yang saya kenal juga menonton filem Melayu sepintas
lalu pada hari raya di televisyen dan mereka memberi komen berdasarkan tontonan berkenaan semata-mata]
Bagi saya, untuk mempromosi filem tempatan yang baik sama
sukarnya dengan mempromosi kereta tempatan kepada lelaki yang ada duit lebih
atau kosmetik tempatan kepada wanita. Bukan mereka tidak patriotik, bukan tidak
cintakan barang buatan Malaysia. Bagaimana hendak membeli Barangan Buatan
Malaysia, kalau mereka tidak boleh
bertolak ansur dalam soal kualiti?
Saya belum lagi menonton Istanbul Aku Datang... tetapi saya ada membeli
kosmetik SimpliSiti.... [haha... ini
bukan nak bodek sebab saya tidak pernah ada job dengan Siti Nurhaliza atau dengan syarikat
kakak iparnya, Zaiton Md Jiwa]
No comments:
Post a Comment