Monday, January 13, 2014

SEMPENA MAULIDUR RASUL @TV3, 10 MALAM

Telemovie khas ini ditulis  daripada idea seorang pensyarah kolej perubatan swasta yang juga seorang sukarelawan di pusat sokongan pemulihan dadah.  Ceritanya tentang seorang kaunselor yang mendapati dirinya telah jatuh cinta pada bekas penagih dadah (klien) yang sedang dibimbingnya. Hampir 80 peratus daripada jalan cerita telemovie ini, adalah berdasarkan kisah benar.

Bagaimanapun, naskah ini tidak terlepas daripada 'in put' oleh pihak stesyen televisyen, termasuk  olahan semula oleh pengarah, berdasarkan pandangan kreatifnya.

Justeru, lahir lah gandingan idea pelbagai pihak dalam pasukan produksi - yang bermula dari penulis idea asal, penulis skrip, pembantu penulis skrip, pihak TV3, penerbit dan pengarah.

Tentang pelakon, Johan Asari merupakan pilihan pertama untuk watak Kamil - pemuda yang sudah dua tahun berhenti menagih dadah, tetapi masih perlukan bimbingan.  Disebabkan pertindihan jadual Johan dengan satu projek teater, pendukung watak Kamil digantikan dengan Azlee Khairi (yang masih hangat diperkatakan dengan watak Mr Arogant dalam slot Akasia TV3 beberapa bulan yang lalu)

Azlee a.k.a. Mr Arogant bergandingan dengan Amyra Rosli yang sekarang kelihatan di slot Lestary TV3, di samping Remy Ishak (Ku Cinta Kau Seorang).

Tenaga kreatif belakang tabir terdiri daripada Miss Noi (Idea Asal), saya dan penulis bersama, Eenaz Mokhtar, Murali Abdullah sebagai pengarah dan penerbit eksekutif, Mohd Yusri Mohd Yusuf. Karya ini diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd.

Saksikan kisah ini yang bersiaran sempena hari ulangtahun kelahiran insan teragung, Nabi Muhammad S.A.W.  pada malam esok, 14 Januari 2014, jam 10 malam di TV3.




No comments: