Ini lah tajuk diskusi di UITM, Shah Alam, esok, Sabtu,
14 March 2009. Diskusi anjuran
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ini bermula pada jam
8.30 pagi hingga
1.30 tengahari. Ahli panel terdiri daripada saya sendiri sebagai penulis skrip Tangisan Bulan Madu, Jamal Khan, pengarahnya dan Samsiah Mohd Nor, novelisnya.
Turut diundang sebagai ahli panel, Pengurus Besar Alaf 21 Sdn Bhd,
Encik Norden Mohamad. Sesi ini akan dipengerusikan oleh pengacara tidak asing lagi di RTM,
Syed Munawwar.
Menurut penganjurnya, diskusi ini akan menumpukan kepada pengalaman Tangisan Bulan Madu khususnya. Sementara kerja-kerja adaptasi yang lain - samada tempatan atau luar negara - akan disentuh secara sepintas lalu.
Ia terbuka kepada semua orang yang berminat tentang topik ini. Jadi, sesiapa yang berkelapangan, sudi-sudikan lah hadir, ya.
P.S. - Maaf, kerana jemputan ini agak lewat...
1 comment:
memang lewat yaa amat! huaaa1
ps. sayed munawar tu schoolmate/same batch semesti 1989 ;-)
Post a Comment