Pada awalnya, saya tidak dapat membuat keputusan samada mahu mengundi atau tidak. Bagi saya, ini tidak lebih daripada propaganda barat semata-mata. Barat yang memusnahkan bumi melalui penggunaan teknologi secara berlebihan. Tetapi kini, mereka memaksa seluruh penduduk dunia untuk mengundi bagi satu resolusi menyelamatkan bumi.
Saya juga kesal kerana tidak ada mana-mana organisasi antarabangsa tajaan barat yang menganjurkan sebarang undian untuk menamatkan perang nuklear. Bibit-bibit perang nuklear yang sudah tercetus ini, juga membawa mudarat kepada bumi.
Selain itu, ada pendapat mengatakan bahawa penganjurnya,
World Wildlife Fund (WWF) merupakan proksi kepada kumpulan
Iluminati. Kumpulan ini terdiri daripada beberapa kerat elit yang menguasai dunia melalui aktiviti perbankan dan peperangan.
Jika tidak, masakan WWF sebagai sebuah NGO, mampu memujuk berbilion penduduk dunia menyertai program mereka. Agar penduduk dunia berasa bersalah di atas penggunaan teknologi, sedangkan yang paling berlebih-lebihan dalam penggunaannya, adalah elit berkenaan. (Adakah ini fakta? Atau fiksyen?)
Apa pun, saya kembali rasional bila melihat reaksi Islam terhadap perubahan cuaca.
Menurut al-Quran dan hadis, apa jua kerosakan di atas muka bumi, berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Dalam satu hadis yang direkodkan oleh Abu Daud, nabi Muhammad pernah bercakap tentang manusia akhir zaman yang tidak lagi menunggang kuda.
Ulama Imran N Hosein dalam bukunya, One Jama'at One Ameer-The Organization of a Muslim Community in the Age of Fitan, mentafsirkan bahawa nabi Muhammad tidak menentang teknologi kenderaan mekanikal. Sebaliknya mahukan gabungan kenderaan semulajadi (kuda) dengan kenderaan mekanikal.
Itu kata nabi 1,400 tahun lalu. Sekarang, kita dapati kenderaan mekanikal melepaskan terlalu banyak karbon diaoksida yang memudaratkan bumi. Jadi, selepas ini, mungkin WWF menganjurkan
HARI TANPA KERETA pula.
Islam juga melarang pembaziran dalam setiap perkara, sekalipun dalam soal ibadat. Contohnya,
Nabi menggalakkan umatnya berwuduk dengan sebekas air sahaja (setengah gelen) biarpun ada sungai yang mengalir deras.
Sekarang, selepas 1,400 tahun baginda bersabda, bumi mengalami krisis air akibat aktiviti pembukaan tanah dan pencemaran alam sekitar yang berleluasa tanpa kawalan.
Pandangan Islam dengan sendirinya menyanggah para penentang “Earth Hour” yang berpendapat perubahan cuaca berlaku dengan sendirinya kerana bumi sudah tua (berusia 4.5 bilion tahun). Pada mereka, "Earth-Hour” satu ikhtiar yang bodoh, membazir masa dan sia-sia.
Pendapat penganjur “
Earth Hour” ada asasnya. Cuma, ramai yang menjadikannya sebagai saluran mendapat publisiti semata-mata.
Singapura misalnya, beriya-iya menyokong "Earth Hour" pada tahun lalu. Tetapi selepas itu, mereka membazir elektrik dengan menganjurkan F1 pada waktu malam!
Jadi, undi lah untuk bumi atas niat kerana
Allah. Kerana al-Quran membicarakan soal kerosakan alam akibat perbuatan manusia, peri pentingnya manusia menjaga bumi dan jangan membazir sumber. Lalu,
jangan undi kerana mahu iku telunjuk barat, WWF, kumpulan Iluminati atau publisiti.
Hari seterusnya, jangan pula kita membiarkan lampu, komputer, kipas angin atau TV yang tidak digunakan, terpasang sepanjang masa. Kalau tidak, undi kita untuk bumi akan sia-sia.
2 comments:
luahan yg baik... minta izin ya untuk diletakkan di blog saya...
Tks Lantera Jiwa.
Ya, boleh letak..
Post a Comment