Thursday, March 19, 2009

PITCHING RTM....’and the winner is...’

Minggu lalu keputusan pitching RTM sudah pun diumumkan. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua proposal saya gagal. Dan seperti yang dijangkakan juga, saya mendapat ‘rezeki’ daripada proposal penulis lain yang berjaya. Seorang penulis baru, meminta bantuan saya untuk menulis bersama-sama dengannya. Alasannya, tidak yakin dengan kebolehan, mahu belajar dari saya.
Saya dapati ideanya sangat ringan dan jalan ceritanya mudah. Berbeza dengan idea saya yang kononnya berat, jalan cerita sukar dan mempunyai idealisme (kononnya...ha..ha...).
Minggu ini, idea itu dipanggil untuk pembentangan. Dan penulis itu yang masih belajar di IPT, perlu pulang ke kampung untuk menguruskan pinjamannya. Lalu saya menjadi ‘bidang terjun'. Apa jadi?
Saya telah ‘dibantai’ oleh panel dengan teruk sekali.
Aduh!!! Ini lah akibatnya jika membentangkan idea orang lain! Sebenarnya, kumpulan kami yang terakhir, sekitar jam 5 petang. Sebaik masuk ke bilik pembentangan, ketua panel terus berkata,
Setengah jam cukup lah ye, kami dah nak balik”.
Balas penerbit secara bergurau,
Sepuluh minit pun tak apa, puan.”
Tidak sangka pulak dalam setengah jam itu, saya boleh mendapat 'habuan'nya...
Sila klik alamat di bawah untuk mengetahui keputusannya :
http://www.moi.gov.my/images/files/tender2009/pembekal_pitching.pdf

5 comments:

Ajami Hashim said...

pitching ni mcm nyanyi sumbang budak2 Akademi fantasia tu ekk?

larrikkk!

Maizura Mohd Ederis said...

Ha..ha..kalau pitching AF nyanyi sumbang.. tp yg ni idea sumbang. Tp kdg2 bkn sbb idea sumbang, blh jadi jugak sbb tersalah cakap lalu tersentuh ego panel..

Anonymous said...

ego panel???. saya sokong. Kalau x betul-betul defend idea dan konsep masa present, idea tu akan bertukar secara otomatik mengikut cakap panel. Kena bantai memang dah semestinya kecuali kalau dah kamceng. Tahan jer telinga. paling sakit hati kalau dia merendahkan idea dan kelayakan penulis. Kalau x tahan, jadi perang besar ngan panel. Tp hati penerbit nak juga kena jaga. Semoga maizura membawa penutup telinga di masa depan.

Kazsat

Maizura Mohd Ederis said...

Merendahkan idea dan kelayakan penulis tu mmg la rukun dan syarat sah utk menjadi ahli panel. Tp tabik juga pd penerbit yg pandai 'main wayang' dgn panel. Mrk tu bisnesman kan... Kalau tak main wayang, tak boleh lah survive dlm bisnes. Sdgkan golongan penulis lbh kpd nak mempertahankan prinsip.. Kdg2 tak dapat job pun tak pe, janji puas hati blh berdebat. Tu lah beza antara penulis dan penerbit.

MAZELAN MANAN said...

Salam. Saya serik buat skrip proposal orang. Dah panggil present? Pengalaman saya, pertahankan kebenaran dan tahu apa yang kita nak buat, Insya-Allah. Kadangkala panel sengaja nak uji kita sama ada kita!