Wednesday, May 20, 2009

DARI SRI PENTAS....KHABAR ANGIN SAJA...

Ini khabar angin dari Sri Pentas, Bandar Utama. Kononnya bos besar Media Prima Berhad (MPB) yang baru akan membawa masuk para ‘pemikir’ ke dalam organisasinya. Katanya, mahu mengurangkan rancangan realiti dan hiburan. Dan ada yang mengatakan para eksekutif atasan sedia ada, tidak ‘sekepala’ dengan bos baru ini. Apa pun, yang pasti, Buletin Utama baru-baru ini mengumumkan salah seorang eksekutif atasan tidak akan diperbaharui lagi kontraknya. Berita ini bukan lah kejutan. Sudah diramalkan sejak Perdana Menteri baru belum naik lagi. Juga khabarnya, TV9 yang sekarang berkonsepkan ceria, muda mudi dan pop akan dikembalikan ke konsep asal iaitu serius, matang dan berilmu.
Saya setuju jika TV9 kembali ke asal. Namun, untuk menjadikan TV3 sebagai stesyen bual-bicara seperti ASTRO AWANI, agak tidak wajar. Seminar media di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dua tahun lepas, ada menyentuh tentang perlunya rancangan hiburan bermaklumat (Info-taintment). Ya, setuju! Golongan muda -termasuk yang tua juga - mungkin kurang menggemari bual-bicara. Tetapi sangat gilakan hiburan. Di sini lah perlunya hiburan bermaklumat sebagai pengganti hiburan terlampau.
Bagi drama pula, pandang lah kepada yang lebih berinspirasi, bukan cerita kosong. Apa yang berlaku sekarang, stesyen seolah-olah ‘fobia’ hendak meluluskan konsep yang berat, sarat dengan mesej, nilai-nilai atau idealisme tertentu. Pun begitu, jangan pula drama dijadikan teater yang biasanya tinggi pemikiran dan falsafah serta bersifat 'elit'. Apa yang perlu adalah jalan tengah (sederhana) dalam mendidik masyarakat umum (mass audience) yang pelbagai ragam.
Selain itu, kita bimbang program bual-bicara akan disalahgunakan untuk meningkatkan pengaruh parti politik tertentu. Terlalu ‘politiking’ dan pro kepada satu parti sahaja, juga menjadi faktor kenapa penonton kita kurang menggemari bual-bicara.
Akhir kata, kepada pengerusi baru, jika mahu menukar konsep dan hala tuju, slogan yang sesuai mesti berbunyi begini : Hiburan Bermaklumat, Drama Berinspirasi. (P.S. - Ribuan kemaafan sekiranya khabar angin ini datang dari sumber yang salah)

1 comment:

naim kkkk said...

wah bagus..perkembangan yang baik..Nur KAsih tarikan tersendiri dalam menarik penonton..kte kena wujudkan budaya malaysia dalam filem maupun drama contoh kampung,flat,rumah setinggan dan lain-lain....sye tetarik dgn sinematografi khabir yang indah dan penuh elemen yg setanding dgn film..cth elemen sinematografi yg banyak dipaparkan adalah Rule of third( tertumpu pada karakter) , horizintal dan vertical(gambaran pencawang elektrik dan pesekitaran kampung)...ini adalah antara daya tarikan utamag bagi menarik penonton..pendapat saye x salah kalo kita menghasilkan cerita yang sedikit berat..tetapi pelakon yang lawa...sinematografi dan pengarah yang terkenal..org psti akan tengoklah....:)