Monday, May 4, 2009
TAKDIR DI BULAN MEI
Perjalanan Tangisan Bulan Madu dari novel ke televisyen nemakan masa enam tahun. Segalanya bermula pada Mei 2002, sewaktu idea ini tercetus di kepala. Tetapi saya hanya bertemu pengarangnya pada Mei 2003.Setelah itu, saya pun sibuk menjaja kertas konsepnya. Saya bertemu banyak syarikat penerbitan dan ramai pengarah tersohor. Namun hasilnya mengecewakan. Akhirnya, saya meletakkan kertas itu ke tepi untuk memberi laluan kepada kerja lain. Apa pun, pada Mei 2006, saya bertemu Asia Media Content Sdn Bhd. Tetapi tidak mengharap apa-apa kerana bimbang akan kecewa lagi. Tidak sangka perkara sebaliknya yang berlaku. Pada Mei 2007, RTM meluluskannya. Dan pada Mei 2008, episod pertama menemui penonton di TV2. Begitu lah cerita TBM dengan bulan Mei.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment