Ini lah karya terbaru saya. Ia akan disiarkan di TV3 mulai esok,
Selasa 19 Mei, jam 10 malam. Datin Wan Abe @
Wanna Be (DWB) menggantikan
Mr Mama 2 yang tamat siarannya pada minggu lalu. Mr Mama 2 merupakan antara program yang mencatat
rating (jumlah penonton) tertinggi . Manakala sekuel pertamanya, menang Komedi Terbaik di Anugerah Skrin 2008.
DWB akan dilakonkan oleh Jasmin Hamid, Samsol Ghau-Ghau, Wan Elyas dan ramai lagi.
Bagaimanapun, ada beberapa perkara telah ditapis oleh stesyen. Antaranya :
1. Bakar yang dipaksa oleh bosnya untuk hadir ke mesyuarat bahagian sebuah parti politik kerana tidak cukup korum.
2. Kerabat Sultan Melaka yang menuntut takhta.
3. Nama Ku Li (Tengku Ali) digantikan dengan nama Ku Yop (Tengku Ayob).
4. Nama Datin Seri Rosmah juga diminta tukar kepada nama lain.
5. Watak Perdana Menteri digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
6. Unsur-unsur berkaitan lelaki lembut dan gay 'wajib' ditiadakan.
7. Adegan penyajak menghunus keris lalu menciumnya juga dipotong.
"Wanna Be" atau
"wannabe" yang bermaksud
"want to be" adalah pasar yang digunakan di Amerikat Syarikat. Justeru, kita menggunakan tajuk "
Datin Wan Abe". Wan Abe adalah nama ayah watak utamanya. Dan sebutannya mirip
"wanna be". Mungkin cara paling baik untuk meMelayukan perkataan ini. Bagaimanapun, di kaca TV, perkataan Wan dan Abe dirapatkan untuk membolehkan maksud
"wannabe" itu sampai kepada penonton.
Selamat menonton...
2 comments:
saye ade mnonton promo SENARIO musim baru sbentar tadi, yg disiarkan setiap Selasa, 10 mlm. jadi, apekah nasib Datin Wan Abe? apekah di 'cut' gara rating rendah atau ditukar waktu siaran?
Anonymous,
DAtin Wan Abe tukar ke Rabu, 10mlm. Rating tak rendah. Setakat ni masuk ranking top 10 dgn jumlah penonton sekitar 2 juta.
Post a Comment