Saya jarang menulis telemovie 90 minit. Tumpuan saya lebih kepada drama bersiri. Kini, setelah lima tahun tidak menulis telemovie, saya kembali dengan “SAMPAI SYURGA”. Namun, ia bukan lah idea asal saya. Sebaliknya, idea penerbit. Saya hanya diminta menulis skripnya setelah idea ini diluluskan oleh stesyen.
Plot utamanya (main-plot) berkisar kepada seorang anak tunggal yang dimanjakan sangat oleh bapa tunggal. Tidak lulus SPM tetapi menjadi penyanyi dan kemudian menderhaka pada bapanya.
Saya kemudiannya memasukkan plot sampingan
(sub-plot) yang berkisar kepada dunia hiburan tanahair. Ini lah sahaja yang boleh dikatakan idea saya sepenuhnya. Plot ini tentang industri muzik tempatan yang mementingkan hiburan murahan, sensasi, glamor, wang ringgit dan publisiti. Ia bukan untuk meningkatkan kualiti muzik, mengembangkan bakat, kreativiti dan ekspresi seni secara maksimum. Memandangkan ia adalah
sub-plot dan durasinya amat terhad, isu ini hanya disentuh sepintas lalu melalui dialog.
Pelakon yang menjayakan drama ini terdiri daripada Elly Mazlien, Harun Hashim, Aqasha dan ramai lagi.
Tajuk ini dipilih berdasarkan lagu popular "
Sampai Syurga" nyanyian
Faizal Tahir. Bagaimanapun, saat akhir, lagu ini digugurkan lalu digantikan dengan sebuah lagu baru ciptaan
Azmeer yang khusus untuk drama ini. Selamat Menonton
No comments:
Post a Comment