Al kisah, seorang rakan penulis skrip, telah mendapat
’job’ sebanyak 13 episod dengan sebuah saluran. Dia pun gembira lah menulis skripnya. Tentunya drama berunsur Islam kerana orangnya memang kerap menulis drama-drama sebegini. Malah penerbitnya juga terkenal dengan pengkhususan kepada drama Islami. Malang sekali, setelah kerja menulis bermula, saluran berkenaan menarik balik tawaran ’
job’ itu. Terpinga-pinga lah si penulis dan penerbitnya.
Alamak! Macamana boleh jadi begini?
Dan khabarnya, saluran berkenaan mahu membeli pula kertas konsep (cerita) si penulis tadi. Maksudnya, hanya membeli konsep manakala kerja-kerja penerbitannya (termasuk menulis skrip), akan dikendalikan oleh penerbit lain.
Wah, boleh pulak begitu, ya!!
Rakan saya tidak sanggup menjualnya. Lain lah kalau mereka mampu membelinya dengan harga RM10,000! Tapi mana mungkin mereka mampu. Sedangkan ia saluran baru yang belum menjana pendapatan besar. Sekarang, rakan saya sedang bersedih kerana ketiadaan ’
job’. Ada konsep, tetapi tiada '
job'. Sedangkan syarikat penerbitan yang mahu memintas itu, mungkin ketiadaan konsep . Jika tidak, masakan saluran itu menyuarakan hasrat hendak membelinya dari penulis. Bermakna, kalau ada
’cable’, tak ada konsep pun, boleh pintas ’
job’ orang! Al kisahnya...
No comments:
Post a Comment