Perbincangan sihat di kalangan sekelumpuk penulis skrip di satu
thread tertutup
facebook, rupanya membuahkan sesuatu.
Eizlan Yusof menawarkan diri untuk mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh para penulis kepada pihak berwajib yakni Screen Writers Association of Malaysia (SWAM). Eizlan meminta tempoh seminggu untuk tugas itu atas dasar Presiden SWAM, Ismail Ahmad, seorang yang boleh dibawa berbincang.
Sementara itu, Nor Faznita Md Nor mencadangkan perjumpaan di kalangan penulis skrip dibuat dalam masa terdekat ini.
Saya perhatikan kebanyakan nama di
thread itu kurang 'otai'. Bagaimana dengan ‘otai’ seperti
Mazelan Manan, Ustaz Zabidi, Cik Li, Martias Ali, Mufid Suhaimi dan lain-lain lagi? Apa pandangan mereka tentang nasib penulis skrip yang kurang mendapat pembelaan di dalam industri? Harapnya, para penulis skrip di luar sana, tidak kira baru atau lama, dapat memberi pandangan samada setuju atau tidak dengan cadangan Eizlan dan Nor Faznita ini.
Banyak lagi yang dibincangkan di thread itu. Antaranya :
Adakah perlu penulis skrip mengikut jejak ahli persatuan sutradra Malaysia (FDAM) dan SENIMAN?
Sekadar makluman, baru-baru ini, pengarah tersohor,
Mamat Khalid nekad mahu membawa perubahan di dalam FDAM dengan bertanding merebut jawatan presiden. Beliau kalah. Dan berjanji akan bertanding semula dua tahun lagi dengan manifesto yang sama.
Pada masa yang sama, usaha sekelumpuk pengarah menubuhkan persatuan baru tetap diteruskan. Manakala SENIMAN mendapat presiden baru, Harun Salim Bachik yang berjanji akan membawa perubahan pada persatuan itu.Pun begitu, pengambilalihan teraju kepimpinan itu tidak begitu disenangi orang-orang lama.
Akhir kata, sama-sama lah kita nantikan perkembangan terbaru ini samada di SWAM, FDAM atau SENIMAN.