Saturday, January 21, 2012

BFF..SETIAP AHAD, 9 MALAM, DI TV3

BFF, Teman Tapi Mesra merupakan drama bersiri mini yang disiarkan bagi mengisi kekosongan slot di TV3 pada hari Ahad, jam 9 malam. Kebiasaannya slot berkenaan adalah untuk program berbentuk hiburan dan muzika seperti Mentor, Vokal Bukan Sekadar Rupa, Anugerah Juara Lagu, Konsert Sure Heboh dan yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun, sementara menunggu Mentor musim ke-6 yang belum bermula, disajikan dahulu sebuah drama.
Mereka yang terlibat dalam produksi ini terdiri daripada Jalena Rejab sebagai Penerbit Eksekutif; saya sebagai Penulis Skrip; Farah Bani Ali [Idea Asal & Penulis Bersama]; dan Amy Maziah [Pengarah]. Pelakonnya pula terdiri daripada Sari Yanti, Muniff Isa dan Irfan Roslan.
Drama terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini mengisahkan tentang persahabatan, pelajaran, kerjaya dan percintaan. Siarannya bermula pada 15 Januari 2012 untuk lapan minggu [8 Episod] sahaja.
Jangan lupa, Ahad, 9 malam....

BFF, Teman Tapi Mesra - Episod 1