Saturday, February 16, 2013

Aishiteru minggu ini, Sabtu & Ahad 10.30 pagi.

SIARAN ULANGAN "AISHITERU", TV9


Drama bersiri untuk remaja, "Aishiteru" bersiaran lagi di TV9, pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 10.30 pagi. Sekarang sudah masuk ke pertengahan siri dan akan tamat dalam beberapa minggu lagi. Pertama kali ia bersiaran pada penghujung 2011 dan awal 2012 menerusi Slot Aurora - Khamis malam.

Aishiteru bermaksud "I Love You" dalam bahasa Jepun. Ia mengisahkan kehidupan Azira [ Erin Malik] dan Izrael [Afiq Muiz] yang terpaksa berkahwin awal ketika berusia 18 dan 20 tahun. Keduanya mengambil STPM dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Skripnya hasil tulisan saya bersama Haida Mazni Mohamad dan Keyrool Kiasan. Drama arahan Aidil Fitri Mohamed Yunos ini, diterbitkan  oleh Asia Media Content Sdn Bhd.

Selamat menonton  buat mereka yang berkelapangan pada hujung minggu.

Friday, February 8, 2013

Friday, February 1, 2013

SYURGA SEORANG ISTERI....CEREKARAMA, TV3, 2 FEBRUARI [ESOK], JAM 10 MALAM

Syurga Seorang Isteri sepatutnya bersiaran pada minggu lepas, 26 Januari, sempena sambutan Maulidur Rasul. Bagaimanapun, disebabkan kesuntukan masa untuk menghasilkannya, telemovie ini ditayangkan esok, 2 Februari di Slot Cerekarama, jam 10 malam.

Syurga Seorang Isteri adalah idea asal, Nurull Halawati Haron, manakala skrip ditulis oleh saya. Penerbitnya Layar Consult Sdn Bhd  dan pengarahnya, Heykal Hanifah.  Pendokong watak terdiri daripada Diana Rafar, Awal Ashaari, Abu Bakar Omar, Norlia Ghani dan lain-lain lagi.

Telemovie ini mengangkat isu kasih sayang ibu bapa, ketaatan isteri kepada suami dan mudarat berhutang.

Saya mengucapkan terima kasih kepada penerbit/pengarang,  Cikgu Abu Hassan Morad yang banyak memberi pandangan dan komen bernas dalam menghasilkan naskah ini. Juga kepada Yusri Mohd Yusuf dari Layar Consult dan Jie, Penolong Pengarah.  Ini adalah kerjasama kali pertama dengan pihak Layar Consult Sdn Bhd dan kali kedua dengan Heykal.

Semoga penonton mendapat manafaat dan pengajaran daripada telemovie ini.