Kepada semua peminat novel tempatan khususnya peminat Samsiah Mohd Nor, ada berita gembira sekitar Feb/Mac ini. Buah tangan terbaru beliau berjudul "BIDADARI CINTA" akan terbit di pasaran. Novel ini dijangka akan mengembalikan semangat TBM. Pastinya ia menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan selepas "BULAN BERBISIK" yang terbit pada 2007. Kedua-dua novel ini diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd. Dapatkan maklumat lanjut dalam blognya, http:samsiahmohdnor.blogspot.com
Showing posts with label SAMSIAH MOHD NOR. Show all posts
Showing posts with label SAMSIAH MOHD NOR. Show all posts
Sunday, January 25, 2009
SAMSIAH MOHD NOR - BIDADARI CINTA
Kepada semua peminat novel tempatan khususnya peminat Samsiah Mohd Nor, ada berita gembira sekitar Feb/Mac ini. Buah tangan terbaru beliau berjudul "BIDADARI CINTA" akan terbit di pasaran. Novel ini dijangka akan mengembalikan semangat TBM. Pastinya ia menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan selepas "BULAN BERBISIK" yang terbit pada 2007. Kedua-dua novel ini diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd. Dapatkan maklumat lanjut dalam blognya, http:samsiahmohdnor.blogspot.com
Wednesday, January 2, 2008
TENTANG PENGARANG
Sejak muncul dengan novel Sindora pada 1990, Samsiah tidak pernah lagi menoleh ke belakang. Bebunga Lalang, Kemboja Berguguran dan Tangisan Bulan Madu menyusul pada tahun berikutnya. Ledakan Tangisan Bulan Madu kemudiannya membuka lebih banyak ruang untuknya terus melangkah ke hadapan.
Perjuangan wanita kelahiran negeri Pahang ini berterusan dengan belasan novel yang kebanyakannya mendapat sambutan pembaca. Antaranya seperti Anom Suraya, Selimut Malam, Anggerik Kota, Sangkar, Maya Pusara, Sebening Langit Senja, Cinta Jati Klasik dan Sejernih Lazuardi. Karya terbaru, Bulan Berbisik terbitan Alaf 21 Sdn Bhd pada akhir tahun lalu, kini berada di tempat kedua dalam senarai novel terlaris.
Biarpun lebih dikenali dalam genre sastera pop, Samsiah turut mendapat tempat dalam genre sastera serius. Beliau berjaya memenangi anugerah sastera tempatan yang berprestij iaitu Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) melalui cerpen bertajuk ‘Kembali Ke Perut’ dan ‘Jangan Menangis Perempuan’. Selain itu pernah mendapat Anugerah Karyawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang pada 2004. Pada tahun 2003, Samsiah diberi penghargaan untuk menyumbangkan puisi khas untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam antologi “Peterana Kasih” anjuran Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sehingga hari ini, puisi dan cerpennya tersiar dalam majalah Dewan Sastera, satu-satunya majalah yang menjadi rujukan utama dunia sastera tempatan. Beliau turut membentangkan kertas kerja di seminar, bengkel termasuk menjadi juri pertandingan penulisan.
Samsiah kini melangkah setapak lagi dengan menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah dalam bidang sastera. Sesuai dengan pengalamannya dalam genre novel pop, kajiannya tertumpu kepada aspek dakwah dalam novel popular tempatan. Kajian doktor persuratan itu ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
