Wednesday, January 2, 2008

TENTANG PENGARANG

Sejak muncul dengan novel Sindora pada 1990, Samsiah tidak pernah lagi menoleh ke belakang. Bebunga Lalang, Kemboja Berguguran dan Tangisan Bulan Madu menyusul pada tahun berikutnya. Ledakan Tangisan Bulan Madu kemudiannya membuka lebih banyak ruang untuknya terus melangkah ke hadapan.
Perjuangan wanita kelahiran negeri Pahang ini berterusan dengan belasan novel yang kebanyakannya mendapat sambutan pembaca. Antaranya seperti Anom Suraya, Selimut Malam, Anggerik Kota, Sangkar, Maya Pusara, Sebening Langit Senja, Cinta Jati Klasik dan Sejernih Lazuardi. Karya terbaru, Bulan Berbisik terbitan Alaf 21 Sdn Bhd pada akhir tahun lalu, kini berada di tempat kedua dalam senarai novel terlaris.
Biarpun lebih dikenali dalam genre sastera pop, Samsiah turut mendapat tempat dalam genre sastera serius. Beliau berjaya memenangi anugerah sastera tempatan yang berprestij iaitu Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) melalui cerpen bertajuk ‘Kembali Ke Perut’ dan ‘Jangan Menangis Perempuan’. Selain itu pernah mendapat Anugerah Karyawan Sastera oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang pada 2004. Pada tahun 2003, Samsiah diberi penghargaan untuk menyumbangkan puisi khas untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam antologi “Peterana Kasih” anjuran Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sehingga hari ini, puisi dan cerpennya tersiar dalam majalah Dewan Sastera, satu-satunya majalah yang menjadi rujukan utama dunia sastera tempatan. Beliau turut membentangkan kertas kerja di seminar, bengkel termasuk menjadi juri pertandingan penulisan.
Samsiah kini melangkah setapak lagi dengan menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah dalam bidang sastera. Sesuai dengan pengalamannya dalam genre novel pop, kajiannya tertumpu kepada aspek dakwah dalam novel popular tempatan. Kajian doktor persuratan itu ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

9 comments:

koncil said...

Great job converting it to drama series... finally.
Good luck. Hopefully it receives good rating. Looking at the synopsis pun i rasa quite well written

Mrs. Sheikh said...

kak samsiah tu suka banget dengan bulan kan...
hehehehe...

Maizura Mohd Ederis said...

Ya, mungkin sebab dia adalah matahari. Dalam bahasa Arab, Syamsiah bermakna matahari.

RQ said...

apa perkembangan diorang shoot skrg
dah berapa peratus?
naper ezani terpilih sebagai bogat n razlan?
apa yang ada pada rita yang membuat kan dia terpilih memegang watak amira?

Maizura Mohd Ederis said...

Shooting bermula pada awal Oktober dan dijangka akan tamat pada hujung Januari InsyaAllah.

Ezany terpilih atas faktor bakat, kebolehan dan rupa yang ada padanya. Sementara, wajah Rita mempunyai aura gadis Melayu/Timur.

RQ said...

setakat ni lokasi ada masalah?
dengar khabar ramai artis baru ,semua artis dapat menjiwai watak masing2 ngan baik?
apakah matlamat penulis dalam cerita ni?

Maizura Mohd Ederis said...

Alhamdulillah tidak ada masalah dengan lokasi kerana drama ini berkonsepkan kekeluargaan - banyak di dalam rumah.

Memang ada muka baru tetapi mereka bukan lah tidak pernah berlakon sebelum ini. Harao-harap mereka dapat memberikan yang terbaik untuk penonton khususnya peminat setia novel ini.

Cerita ini selain daripada memberi hiburan tetapi menyelitkannya juga unsur-unsur didikan secara tidak langsung melalui beberapa isu. Selain isu keagamaan, ada juga isu seperti pencemaran alam sekitar, isu sosial seperti pengambilalihan tanah dan keselamatan pekerja di tapak bina, puisi, etc. Semua ini tidak ada di dalam novel tetapi ditambah di dalam TV bagi memberi lebih "substance".

aTiE said...

kat mana nak cari novel2 nih
TBM dr no 1 hingga 4??

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Atie,

Tks krn mengunjungi blog Tangisan Bulan Madu.

Untuk mendapatkan novel TBM 1, 2,3,4, sila hubungi pengarangnya Samsiah Mohd Nor melalui e-mel :

sam0965@yahoo.com

Bagaimanapun, TBM 1 boleh dibeli di kedai Creative Enterprise, Bangsar Utama.

Jangan lupa tarikh 20 Mei, 9 mlm, TV2, Selamat menonton.