Jangan lupa, ya.... awal Februari 2017, katanya......
Showing posts with label MELODRAMA. Show all posts
Showing posts with label MELODRAMA. Show all posts
Friday, December 23, 2016
Thursday, September 15, 2016
Wednesday, August 31, 2016
Wednesday, August 17, 2016
Monday, June 25, 2012
ANDAI KU TAHU....TV9, SETIAP ISNIN & SELASA, 8.30 MALAM
"...Hanya kesabaran
dan kasih sayang seorang wanita, dapat lembutkan hati keras seorang
lelaki..."
Ini hasil terbaharu untuk Slot Ratu TV9 yang
bertemakan kewanitaan. Tahun lalu, saya menulis Nora Elena untuk
Slot Akasia TV3 yang juga bertemakan
kewanitaan.
Andai Ku Tahu merupakan genre ‘melodarama’. Sesuai untuk kakak-kakak, makcik-makcik
dan anak-anak gadis mereka. Tetapi, rasanya abang-abang juga boleh
‘melayan’ drama ini, kalau mereka sanggup ketepikan sedikit ‘ego’ itu.
Berdasarkan maklumbalas Nora Elena pada tahun lalu, kaum suami menontonnya setelah melihat si isteri gigih mengadap televisyen pada waktu Magrib [tentunya dengan rasa berdosa
kerana melewatkan solat!] ketika ia bersiaran untuk pertama kali. Ada kaum ibu singgah membeli lauk ‘ready made’ dalam perjalanan pulang dari pejabat. Ada
kaum ibu berulang-alik dari dapur ke ruang tamu dengan senduk di tangan kerana tidak mahu
ketinggalan babak penting. Manakala lelaki bujang mengetahuinya melalui perbualan gadis-gadis di
sekeliling mereka. Ketika kaum bapa tertarik untuk mengikuti konflik rumahtangga
dalam Nora Elena, lelaki bujang memberitahu, mereka menontonnya
semata-mata kerana wajah ayu heroinnya Siti Saleha Baharom dan gelagat ‘gedik
manja’ pelakon pembantu, Wan Sharmila.
Lalu ketika mesyuarat Andai Ku Tahu dengan eksekutif TV9, mereka mengharapkan drama ini juga menjadi seperti Nora Elena. Pertama,
“talk of the town [bualan ramai]”. Kedua, “menangkap di
hati”, kata salah seorang dari mereka sambil mengenggam jari jemarinya dan
meletakkan ke dadanya sendiri. Harapan mereka membuatkan saya ‘cuak’ tiba-tiba. Bilik mesyuarat itu pun ditinggalkan dengan
perasaan takut hendak menulis.
Andai Ku Tahu sudah bermula minggu lepas. Malam ini, Isnin,
25 Jun, jam 8.30, akan bersambung episod kedua. Kesemuanya 14 episod. Ia diarahkan oleh Heykal
Hanifah dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Idea asal ditulis oleh bos
besar Radius One sendiri yang juga seorang penulis dan pengarah muda berbakat besar,
Shahrulezad Mohameddin. Pendukung watak terdiri daripada Natasya Hudson, Faezah
Elai, Ezany Nizariff dan Tengku Ismail.
Jangan lupa, episod kedua malam ini. Semoga ia memberi manafaat.
Labels:
ANDAI KU TAHU,
MELODRAMA,
NATASYA HUDSON,
NORA ELENA,
TV9
Subscribe to:
Posts (Atom)






