Monday, May 15, 2017

KEMBALIKAN SYAWAL KU - MALAM RAYA JAM 9 MALAM (24 JUN 2017)

Nantikan skrip terbaharu saya, sebuah telemovie khas sempena hari raya di Astro Citra (131). Dijangka bersiaran pada malam raya ini, 24 Jun 2017 pada jam 9 malam.

Kembalikan Syawal Ku membariskan bintang-bintang ternama seperti Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus, Syafie Naswip, Sharifah Amani, Nisdawati dan ramai lagi. Ia sebuah kisah keluarga. Ia tentang perancangan dan harapan dalam kehidupan.

Maklumat lanjut dan gambar-gambar pengambaran di sekitar Batu Gajah, Perak, akan dikemaskinikan di blog ini dari masa ke semasa, ya.


Tungguuuu....


Thursday, May 4, 2017

BENGKEL TULIS PROPOSAL LAH PULAK.... JOM! JOM! 13-14 MEI INI (SABTU - AHAD)


Ya, tarikh bengkel sudah dianjak ke minggu hadapan berikutan pada 6 hingga 7 Mei (hujung minggu ini) masih berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Sila abaikan tarikh di poster, ya.

Proposal merupakan 'tool of the trade' bagi penulis skrip. Malahan, satu-satunya rahsia untuk mendapatkan 'job skrip' yang banyak ialah dengan menulis proposal banyak-banyak. Namun, menulis proposal bukan lah semudah menulis karangan SPM. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk bergelumang dalam dunia penulisan skrip filem dan televisyen,  jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk mendaftar melalui nombor yang tertera di poster. 

Bengkel ini sangat bermanafaat kepada mereka yang baharu hendak bertapak di arena penulisan skrip atau yang sudah lama bertapak tetapi susah mendapat job (proposal tidak diluluskan).  Mereka yang sudah lama bertapak termasuk golongan penerbit drama dan penerbit novel juga dialu-alukan datang untuk sesi perkongsian pengalaman ini. Sebarkan juga maklumat ini kepada kawan-kawan, ya.

Hubungi saya melalui Whatsapp (012 314 2227),  Facebook/Fan Page  (Maizura Mohd Ederis),  Twitter ( @Maizura_Ederis) atau Instagram ( maizura_ederis ).

Jumpa di sana!