Friday, July 26, 2013
Friday, July 19, 2013
Sunday, July 14, 2013
DAHLIA.. BAHAGIA KAH AKHIRNYA?
Minggu ini minggu terakhir drama Dahlia bersiaran di Astro. Tentunya soalan yang sering ditanya pengikut-pengikut drama ini adalah samada Dahlia akan bahagia atau terus menderita?
Mungkin ada yang membuat pelbagai ramalan setelah dikejutkan oleh hubungan Zara dengan Fuad pada minggu lepas dan siapa sebenarnya Fuad suatu ketika dahulu.
Ini membawa kepada kemungkinan kisah ini tidak berakhir dengan kebahagiaan [Happy Ending] dan hidup perlu diteruskan oleh Dahlia walau apa pun yang berlaku... [Life goes on]
Persoalan ini akan terjawab pada minggu ini melalui Astro Mustika HD Saluran 134.
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Tuesday, July 9, 2013
DAHLIA TERUS BANGKIT PADA MINGGU KE-12
Kematian Razman tidak mematahkan semangat Dahlia. Wanita ini terus bangkit. Dia kuatkan hati membuat semakan di syarikat insurans tentang pampasan insurans nyawa Razman. Dia juga menyiasat melalui Hairi tentang samada Razman ada meninggalkan wasiat atau tidak. Jika ada, berapa kah bahagian untuk anak-anaknya? Jika tiada, dia akan menuntutnya berdasarkan Hukum Faraid. Semua ini dilakukan demi anak-anaknya, bukan untuk diri sendiri.
Bagaimana pula dengan Fuad? Selain rahsianya sebagai ahli korporat yang terbongkar beberapa minggu sebelum ini, tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadi beliau. Adakah dia pernah beristeri dan mempunyai anak? Atau...confirm bachelor?
Apa pun, yang pasti, Haliza akan terus berdendam dengan Dahlia setelah Razman meninggalkannya seorang diri di majlis resepsi mereka.
Teruskan mengikut Dahlia yang kini sudah menghampiri penghujungnya. Astro Mustika HD, 134, ya!
Labels:
ASTRO,
DAHLIA,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Tuesday, July 2, 2013
"PASPORT DUNIAWI".... 5 JULAI, 10 MALAM
Setiap Jumaat, jam 10 malam, stesyen TV al-Hijrah [TVAH] akan menyiarkan telemovie tempatan selama 2 jam.
Pada 5 Julai ini [Jumaat], buat pertama kali telemovie hasil tulisan saya akan bersiaran di slot berkenaan. Pasport Duniawi merupakan idea dan skrip bersama saya dengan Nurull Halawati Haron. Ia mengisahkan dua jiran yang mempunyai pendapat ekstrim tentang cara berbelanja. Seorang sangat boros sehingga banyak berhutang. Seorang lagi sangat kedekut sehingga enggan menderma dan bersedekah.
Telemovie ini diterbitkan oleh H&J Pictures Sdn Bhd dan diarahan oleh Zul Arshad. Pelakonnya terdiri daripada Radhi Khalid, Dira Abu Zahar, Fizza Elite dan Wan Raja.
Semoga terhibur dengan paparan dari genre komedi ringan dan santai ini tetapi mengandungi mesej tentang bagaimana hendak berbelanja dan untuk hidup berjiran.

Subscribe to:
Posts (Atom)