Tuesday, April 30, 2013

"DAHLIA"...EKSLUSIF DI ASTRO MUSTIKA HD - 134

Mulai minggu ini, [episod 4 ke atas], drama bersiri  "DAHLIA" tidak lagi tersiar di laman Youtube Astro Gempak. Tiga episod terawal pada minggu lepas merupakan "complimentary' daripada pihak Astro.  Bagi mereka yang ingin mengikuti kesudahan kisah wanita bernama Dahlia ini, teruskan setia bersama Astro Mustika HD - saluran 134 setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam.  Siapa yang belum ada pakej Astro Mustika HD ini, jangan lupa melanggannya, ya.

"DAHLIA"..SINOPSIS MINGGU KE-2 [EPISOD 4-6]


Pada malam ulangtahun perkahwinan Dahlia dan Razman yang ke-10, Dahlia telah mendapat kejutan. Razman melepaskan satu "bom jangka" yang selama ini disimpannya. Razman  ada hubungan dengan perempuan lain!

Dahlia menerima hakikat pahit ini, tetapi enggan ambil tahu siapa perempuan itu. 

Tertekan dengan situasi ini, Dahlia menyerahkan semua urusan pejabat kepada sahabat baiknya sejak di kolej yang juga Pengarah Pemasaran di syarikatnya, Haliza 35.

Dahlia percaya kepada Haliza, sehingga lah pada suatu hari, dia mendapati rumah yang dibeli atas nama syarikat akan dilelong oleh pihak bank kerana syarikat tidak membayar ansuran bulanan.

Friday, April 26, 2013

"DAHLIA"....SINOPSIS MINGGU PERTAMA..



Pada usia 35 tahun, Dahlia telah memiliki segalanya - suami yang baik, sepasang anak lelaki dan perempuan yang comel serta syarikat yang menguntungkan. Ini semua hasil penat lelahnya sejak 10 tahun lalu bersama suami tercinta, Razman, 35.

Bagaimanapun, Dahlia sering menganggap dirinya tidak cukup sempurna sebagai ibu dan isteri. Dek kerana terlalu fokus kepada syarikat.

Menjelang ulangtahun perkahwinannya yang ke-10, Dahlia  berazam mahu  meluangkan lebih masa bersama suami dan anak-anak. Dan menghargai mereka yang selama ini menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

Dahlia pun merancang satu kejutan. Senyap-senyap dia membeli sebuah rumah rehat di tepi pantai. Rumah ini bakal menjadi lambang cinta kasihnya kepada suami dan anak-anak ...untuk selamanya...

Selamat menonton episod 4 hingga 6 pada minggu hadapan....

"DAHLIA"...tontonan percuma tiga episod pertama

Telenovela opera sabun, "DAHLIA" boleh ditonton secara percuma sebanyak tiga episod sahaja di laman Youtube Astro Gempak. Untuk episod seterusnya, sila ke saluran 134 - Mustika HD, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam.

Drama sepanjang 30 minit setiap episod ini akan bersiaran sebanyak 40 episod.

Semoga ada yang dapat mengikuti kisah ini sehingga ke akhirnya.




Monday, April 22, 2013

Drama 'DAHLIA' Episod 1-3 di Astro Gempak

Bagi yang tidak melanggan pakej Astro Mustika HD [Saluran 134], boleh  menonton  drama bersiri DAHLIA di laman Youtube milik syarikat penyiaran ini, ASTRO GEMPAK.  Bagaimanapun, hanya tiga episod terawal [minggu pertama] sahaja yang disiarkan di laman percuma ini.

Mulai minggu kedua [episod 4 ke atas], drama ini bersiaran secara ekslusif di Astro Mustika HD - saluran 134 .

Sila klik pada link di bawah  :

Astro Gempak Dahlia




Drama Bersiri "MASKARA" di Singapura

Selain tayangan di Malaysia melalui TV1, web portal tonton.com.my dan telefon pintar menggunakan talian Maxis dan Digi, drama bersiri MASKARA turut bersiaran di negara jiran melalui saluran kabel berbayar  Singtel Mio TV Channel [Saluran 851]

Sama seperti di Malaysia, episod baharu menemui penonton pada setiap hari Khamis.  Bagaimanapun, saya tidak mendapat maklum balas tentang harga setiap episod.

Pembabitan saya dalam drama ini sebagai pereka konsep, penulis jalan cerita [treatment] dan pembinaan watak. Skrip penuh dibantu oleh dua penulis lagi iaitu Ain Fazrin Abd Rahman dan Louise Manjaji. 

Drama arahan  Nizam Zakaria ini diterbitkan oleh KRU Studios.






DRAMA BERSIRI "DAHLIA", MULAI MALAM INI DI SALURAN ASTRO 134, ISNIN-RABU

Drama bersiri "DAHLIA" akan bersiaran mulai malam ini, 22 April 2013, jam 10 malam, setiap Isnin hingga Rabu, di saluran Astro Mustika HD [134].  Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, ia membariskan pelakon lama dan baharu seperti Hans Isaac, Dira Abu Zahar, Faizal Hussein dan Raja Ilya. 

Skrip ditulis bersama oleh saya, Zuli Ismail dan Sharifah Faniza Sayid Yeop. Drama yang agak berat ini diarahkan oleh Pali, sebanyak 40 episod.

Selamat menonton.





Thursday, April 4, 2013

SIRI "MASKARA"..TV1, MULAI 11 APRIL, 10 MLM


Selepas tamatnya drama bersiri HANYA PADA MU di slot Zehra dua minggu lepas, karya saya yang seterusnya akan menemui penonton di slot Mega Drama RTM iaitu di TV1. MASKARA diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh KRU STUDIOS.

Drama ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna dan Adrea Abdullah. Pelakon lelaki terdiri daripada Izzue Islam, Shahrolnizam dan ramai lagi.

MASKARA dipersembahkan dalam genre Dra-medi dan Moku-mentari. Ia bertemakan persahabatan empat wanita moden di bandar yang tinggal berjiran.

Selain TV1, drama ini sudah bersiaran di web portal tonton.com.my dengan bayaran RM2 setiap episod. Ia juga boleh ditonton oleh pelanggan MAXIS dan DIGI menggunakan telefon pintar, I-Phone.

Selamat menonton!