Mulai hari ini berlangsung Media & Entertaintment Week di Mid Valley, Kuala Lumpur. Acara selama seminggu ini menampilkan bengkel penulisan televisyen, pembikinan filem, forum, pameran, tayangan filem dan banyak lagi. Ramai tokoh-tokoh industri dari Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa (Hollywood) akan menyuarakan pendapat di forum, esok. Pelbagai filem juga ditayangkan untuk orang awam sepanjang minggu ini. Acara ini akan berakhir pada Sabtu ini, 26 April 2014. Ia dianjurkan oleh JFPS Group, sebuah syarikat pengurusan acara dan mendapat pengesahan Kementerian Komunikasi dan Multi Media. Turut menyokong adalah agensi dan persatuan di dalam industri seperti FINAS, PENULIS, FDAM, PROFIMA, CCIG dan MyDOC.
Tuesday, April 22, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)