Tuesday, May 27, 2008

REAKSI AWAL PENONTON

Dua episod sudah tertayang minggu lalu. Ia menerima bermacam-macam reaksi. Ada yang positif. Ada yang negatif. Sebagai pengkarya, kami menerima semua pujian dengan Alhamdulillah dan kritikan dengan Alhamdulillah juga. Kebanyakan penonton yang memberi pandangan dalam forum-forum di internet terdiri daripada peminat setia novel. Mereka menonton kerana pengaruh novel. Agak mengejutkan apabila sebahagian mereka masih mengingati watak, plot dan latar dengan terperinci walaupun sudah 17 tahun berlalu. Sebahagian yang lain ‘ingat-ingat lupa’ tetapi jiwa atau semangat novel itu masih memberi kesan di hati sampai sekarang. Ada yang masih menyimpan novelnya walaupun sudah ‘lunyai’ kerana berulang kali membacanya atau memberi pinjam pada kawan. Ada yang sudah kehilangan dan terfikir untuk mendapatkannya semula. Di kalangan mereka, ada yang berasakan karya di TV kurang meruntun emosi berbanding novel. Ada juga yang mengatakan ia ‘not bad’. Selain itu, ada yang positif bahawa siri akan lebih menarik dalam episod-episod yang akan datang. Dari segi pendukung watak, ramai yang menganggap pemilihan Rita Rudaini sebagai Amira sangat tepat. Mutu lakonan Rita sebagai Amira juga baik, kata mereka. Sementara itu, Ezany Nizariff mendapat reaksi agak kurang berbanding Rita. Bagi saya ini perkara biasa buat watak yang digambarkan sebagai sangat sempurna seperti Bogatt itu. Bagi gadis-gadis di luar sana, siapa pun yang melakonkan watak Bogatt, pasti mengundang rasa tidak puas hati. Tidak ada seorang pelakon pun yang berjaya menepati keseluruhan gambaran Bogatt di dalam novel. Bogatt sangat ‘over-the-top’. Namun, berbanding Aron Aziz, Fahrin dan Ady Putra, Ezany lebih layak atas dasar air muka dan raut wajahnya. Latar cerita di kampung dan pekan kecil memang sesuai untuk Ezany. Apatah lagi, siri ini adalah tentang kehidupan orang Melayu tipikal di luar bandar. Aron Aziz, Fahrin dan Ady Putra terlalu ‘urban’ untuk watak Bogatt. Jadi, peminat setia novel harus belajar untuk menerima Ezany sebagai Bogatt. Terus lah setia menontonnya sehingga akhir untuk menilai sejauh mana kemampuan dan karisma Ezany dalam membawakan watak Bogatt yang disayangi ramai. Suka diingatkan bahawa Ezany turut membawakan watak adik kandung Bogatt, Razlan. Di kalangan penonton yang tidak membaca novel, rata-rata memberi komen yang positif. Mereka menyukainya dan mula tercari-cari novel ini di pasaran. Di kalangan pengkritik pula, setakat ini, penulis sastera Nisah Haron memberi reaksi tidak senang atas persembahannya yang ‘tipical Malay drama’. Saya awal-awal lagi memang menjangkakan reaksi seperti ini di kalangan pengkritik. Atas dasar itu lah, dalam entri sebelum ini, lama sebelum ia ditayangkan, sudah diterangkan tentang sasaran penonton siri ini. Baca dalam : http://annyss.blogspot.com/2008/05/drama-melayu-mencari-kematangan.html#links

15 comments:

exora82 said...

puan, terus terang saya nk cerita sebelum ni memangla saya takla berapa berminat sgt dgn lakonan ezany..tp bila tgk dia berlakon sbg bogatt dlm TBM ni, saya jd tertarik pulak. rs dia memang sesuai utk watak bogatt tu. hati saya rs meruntun & 'cair' jugak tgk dia dlm 2 episod lepas. agaknya lps2 ni bila dia dh sakit, mau saya meraung tgk drama ni..tp ini cuma pandangan saya sbg seorg penonton yg masih tak berkesempatan nk baca novel2 TBM lagi sblm ni.. dan sy bukan la pandai sgt bab2 sastera ni..cuma yg saya tahu, saya akan menyokong drama2 melayu yg berkualiti , mcm TBM ni...

nikshasha said...

puan,
it is really great watching such a wonderful novel in tv series.i've been a great fan of ur novel and was extremely excited when it turned into tv series. syabass...

unfortunately i missed the 2nd epis.but alhamdulillah hari nih sempat tgk.

sekali lagi, syabasss...

Anonymous said...

is there any online catch-up for previous episode in TBM? like how tv3 did, they have a catch-up episodes for their tv series, for those who missed the drama on tv. like me, its such a pity me because i keep return to home from office quite late, and i will missed about 30-45 minutes of the screening. it is good if rtm can provide that, pleasseeeee....

Maizura Mohd Ederis said...

TKS Ayrisha, kerana berminat dengan TBM. Sorry...dalam website rtm memang tak ada on-line catch-up. Sesiapa yang terlepas, akan ada siaran ulangannya, InsyaAllah tapi tidak lah dalam waktu yang terdekat ni.

Anonymous said...

Puan...
Pemilihan Rita Rudaini sebagai Amira dalam drama TBM ini mmg memenuhi keinginan sy..semasa membaca novel ini sy selalu membayangkan amira adalah seperti Rita Rudaini...cuma pemilihan ezany adalah kurang tepat....sy tidak dapat melihat bogatt dalam diri ezany..rasanya yg sesuai Rosyam Nor kot...walaupun dia sedikit berumur

Anonymous said...

Puan...
saya suka ler ezany jadi bogatt..rasanya watak tuh sesuai untuk dia... dulu dalam citer natasha saya x layan sangat w'pun dia jadi hero..bukan apa...heroinenya saya x minat...tapi dalam TBM nih...amatler sesuai gandingannya di samping jalan ceritanya best walaupun saya x baca pun novel2 tuh..rasa macam nak p cari jer..tapi ada ke lagi kat pasaran??..nasib baik terjumpa site nih..skurang2nya paham ler skit jalan ceritanya n watak2 yang wujud...apa-apa pun tahniah di atas menghasilan TBM the series..saya mula jatuh cinta pada drama ini n yang pasti malam Selasa n Rabu saya diisi dengan drama yang menarik....

Anonymous said...

thanks pn maizura for your feedback. i do love to sit in front of TV sharp at 9, but i know i can't. since there will be a re-screening soon, hopefully you can alert all TBM lovers here. i had 4 series of TBM in my collection, but i know there is a bit different between novel and drama. anyway, i really enjoy it and i will do try 2 days per week to back home early!

Unknown said...

salam Pn.Maizura....:-)

Pn. Maizura,syabas dan tahniah saya ucapkan diatas penghasilan drama tangisan bulan madu ni..saya mmg tahu akan kewujudan novel tangisan bulan madu ni,tapi saya masih tak berkesempatan membacanya lagi...selepas saya melihat drama ini di kaca tv,saya begitu tertarik sekali dgn drama ini..plot2 nya mmg menarik...saya juga ingin dapatkan novel2 TBM ni secepat mungkin...saya ada baca komen puan,yg mengatakan akan ada siaran ulangan utk drama ini,saya harap pn dapat maklumkan apabila siaran ulangan itu ke udara nanti ye...kerana saya tidak berkesempatan melihat drama ini dr awal...tapi kini,saya akan berada di depan kaca tv tepat jam 9 mlm setiap selasa dan rabu...:-)

tahniah serta syabas sekali lagi saya ucapkan kpd Puan Maizura dan juga Puan Samsiah Mohd Nor di atas penghasilan drama tangisan bulan madu yg bermutu ini...

salam....:-)

Anonymous said...

Hi again Pn Maizura, last night i did manage to see the last scene of unexpected meeting between Amira & Razlan. How touched it is!! I really insist want to know what happen next tuesday, but i know i keep returning home late. I believe some TBM viewers outside also having same problem like me. I beg you, please ask TV2 to screen TBM start by 10pm? pls.. pls.. please pity me and others :-(

Maizura Mohd Ederis said...

Sorry Arisya, waktu tayangan dah muktamad. Dulu, sy yakin drama ini akan diulangtayang. Tp setelah jumlah penonton drama ini agak rendah, sy tak pasti pulak adakah RTM mahu tayangkan semula. Masalahnya, tak ada pula peminat yg up load ke Youtube. Sy memang mengharapkan ada org upload spy yg tak dpt tengok boleh tengok. Mcm drama tulisan sy, Renjis di Astro Ria, memang tiap2 minggu ada peminat upload.

Maizura Mohd Ederis said...

Sorry Arisya, waktu tayangan dah muktamad. Dulu, sy yakin drama ini akan diulangtayang. Tp setelah jumlah penonton drama ini agak rendah, sy tak pasti pulak adakah RTM mahu tayangkan semula. Masalahnya, tak ada pula peminat yg up load ke Youtube. Sy memang mengharapkan ada org upload spy yg tak dpt tengok boleh tengok. Mcm drama tulisan sy, Renjis di Astro Ria, memang tiap2 minggu ada peminat upload.

Anonymous said...

puan, nak tanya brapa episode tangisan bulan madu ...lama lagi ke nak abis..bukan aper..teruja sangat. boleh tak cadangkan keluarkan TBM dalam bentuk dvd...besh sangat cerita nih. i yang tak pernah tengok cerita melayu sekarang nih tertunggu cerita TBM nih.
tahniah untuk crew TBM

Maizura Mohd Ederis said...

Tks byk2 anonymous. Semuanya 30 episod. Pengeluaran dalam bentuk dvd bergantung kpd kptsn penerbit berdasarkan byk mana sambutan penonton.

Maizura Mohd Ederis said...

Oh, ya....sesiapa yang rasa cerita ini bagus, harap boleh beritahu apa yang bagusnya. Yang rasa tak bagus dan tak suka, jangan teragak-agak untuk memberi komen dan kritikan. Sy bercadang utk tulis satu lagi entri tentang reaksi penonton.

Anonymous said...

pada pendapat saya ezany mmg sangat sesuai dgn watak bogatt/razlan. saya sukakan karektor yg dibawa olehnya, mmg menjadi. manakala rita sbg amira mmg sangat tepat. saya mmg sukakan kedua2 mereka dalam drama bersiri TBM ini. harap saya dapat menontonnya lagi di siaran akan datang.