Thursday, August 7, 2008

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH SKRIN 2008

Tirai Anugerah Skrin 2008 sudah dibuka. Dan Tangisan Bulan Madu (TBM) tersenarai sebagai calon kategori Drama Rantaian. Semalam, jam 3 petang saya hadir ke Sidang Akhbar anugerah berkenaan di New World Hotel, Petaling Jaya. Sayang sekali, tidak ramai pelakon dan krew TBM yang hadir. Mungkin masing-masing sibuk dengan pengambaran drama lain. Antara muka yang saya nampak hanya Suriyati Sidek (Penerbit Eksekutif), Jamal Khan (Pengarah), Arifah Damanhuri (Mak Bedah/Mak Amira) dan Zarin Min (Idayu). Kalau ada yang lain yang saya tidak perasan, harap maaf ya! Tetamu jemputan memang ramai, sehingga melebihi jumlah kerusi yang disediakan. Mujur juga makanannya cukup! Semasa pengacara majlis, Ally Iskandar memperkenalkan showreel untuk kategori drama rantaian, saya tidak ingat berapa banyak yang disebutkannya. Tetapi berdasarkan showreel itu, jumlah yang akan berentap nanti agak banyak juga. Semuanya hebat-bebat belaka. Jadi, saya katakan saingan untuk TBM memang sengit. Seingat saya, Ally ada menyebut tentang 22 hadiah untuk diraih oleh penerbit, pengarah, pelakon dan penulis skrip. Apa pun, kata Ally, anugerah ini untuk semua yang terlibat dalam pembikinan sesebuah filem atau drama, daripada penerbit sehingga kepada tukang pegang "boom". Apa-apa pun, lihat akhbar-akhbar utama hari ini untuk maklumat lebih tepat dan menyeluruh tentang majlis semalam. Bagaimanapun, saya difahamkan menjelang Anugerah Skrin, TV3 hanya akan menayangkan semula drama-drama yang pernah tersiar di TV3 sahaja (itu pun tidak semua). Jadi, kemungkinan tidak ada harapan untuk kita menonton semula TBM di TV3 walaupun drama ini bertanding di anugerah itu. Sidang akhbar semalam dimulakan dengan gimik oleh pemenang Anugerah Skrin 2007, Sofea Jane dan Vanida Imran. Sofea memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik TV melalui slot cerekarama, "Sebuah Ijtihad". Vanidah pula dalam kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik melalui "The Red Kebaya". Tetamu khas terdiri daripada CEO Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan dan wakil-wakil dari stesyen televisyen lain seperti RTM, Astro, TV9, NTV7 dan 8TV.

14 comments:

exora82 said...

puan, saya happy sgt2 bila dapat tahu yg drama ni terpilih sbg calon utk drama rantaian dlm anugerah skrin. Pendapat saya, drama ni adalah antara drama terbaik yg pernah saya tonton. Semuanya best - jalan cerita, skrip, pelakon, arahan drama.
Betul2 memberi kesan pada saya. Saya dh mula terpikir di mana lagi saya nak tonton kalau terlepas episod di tv2 tu..cth, malam selasa lepas, tak berkesempatan nk tonton, alih2 tgk amira dah kawin dgn dr bada. Macamana dia boleh kawin? Siapa yg culik amira dlm episod sblm tu ? Apa jadi dengan Razlan? itu sebab saya kena dptkn jugak novel2 nya!!!

Maizura Mohd Ederis said...

Acik Ah, penculikan Amira tak ada dalam novel. Plot ini ditambah oleh sy dan Samsiah utk menyesuaikan dengan medium TV yang perlukan lebih banyak aksi dan suspens.

Hakim menculik Amira utk membalas dendam ats penolakan Amira. Razlan yg bimbangkan keselamatan Amira mengekori kereta Amira dari belakang tanpa diketahui oleh Amira. Tujuannya utk pastikan Amira selamat sampai di rumah. Sebelumnya
ada dialog Razlan offer nak temankan dari belakang tapi Amira menolak kerana tak mahu susahkan Razlan. Sementara itu, ayah Amira risau Amira belum balik. Dia menyuruh adik Amira menelefon Dr Bada kalau-kalau Dr Bada tahu di mana Amira. Di tempat kejadian, Hakim ingin mencabul kehormatan Amira tetapi Amira melawan. Hakim melempang Amira sehingga pengsan. Kemudian, muncul Razlan memukul Hakim dari belakang, Hakim pun rebah. Razlan memangku Amira yang pengsan ke kereta Amira. Tetapi Hakim bangun lalu terjadi pergelutan antara mereka. Waktu itu lah Dr Bada sampai setelah mendapat panggilan ayah Amira yang bimbang Amira tidak balik-balik. Dr Bada memangku Amira ke kereta lalu pergi ke balai polis. Di balai polis, Amira yang sudah sedar membuat laporannya. Kemudian, Razlan tiba bersama Inspektor Aziz dan Hakim yang bergari. tetapi Amira dan Dr Bada berselisih di perkarangan balai tanpa Amira menyedari Razlan bersama Hakim dan Insp Aziz. Rupa-rupanya Ins Aziz adalah kawan lama Razlan yang baru bertukar semula ke daerah itu. Hakim ditahan di lokap dan disoalsiasat. Kemudian, dibicarakan di mahkamah atas dua tuduhan secara berasingan. Pertama, cuba mencabul Amira. Kedua, menyeludup rokok. Amira terhutang budi pada Dr Bada. Dr Bada pula tidak memberitahu Amira tentang bantuan Razlan. Razlan kecewa krn Dr bada tidak memberitahu hal sebenar. Dia malas hendak mengaku yang dia lebih dahulu menyelematkan Amira dna lebih susah lagi bertarung dengan si Hakim itu. Jadi, apabila bapa Amira bertanya kenapa wajahnya lebam, Razlan memberi alasan terlanggar pintu. Sejak malam itu, hubungan Dr Bada dengan Amira semakin rapat manakala Razlan menjauhkan diri. Kemudian, Amira menerima lamaran Dr Bada atas alasan mahu menunaikan amanat arwah emaknya supaya dia berkahwi. Selain itu, kerana hendak memberi kasih sayang kepada Aliya yang kehilangan ibu. Amira simpati kepada Aliya yang mengidap autisme dan ditinggalkan oleh ibu kandungnya (bekas isteri Dr Bada). Dr Bada tahu Amira memilihnya kerana amanat arwah emak dan Aliya, tetapi dia tidak kisah. Dia lebih memerlukan seorang ibu untuk Aliya berbanding seorang isteri untuk dirinya. Jadi, Dr Bada faham perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta. Setelah Amira bertunang dengan Dr Bada, Amira dipanggil ke mahkamah untuk perbicaraan kes cabul Hakim terhadapnya. Dia pergi bersama Dr Bada yang turut menjadi saksi kes itu. Alangkah terkejutnya Amira bila melihat Razlan turut ada di mahkamah. Rupa-rupanya Razlan turut dipanggil menjadi saksi. Baru lah Amira tahu tentang pertolongan razlan malam itu. Namun, perkahwinan Amira-Dr Bada tetap diteruskan. Razlan kecewa lalu membawa diri ke luar negara. DAlam perjalanan ke airport, Amira bertemu Razlan untuk berterima kasih di atas pertolongannya. Kemudian, Razlan memberi cincin kepada Amira sebagai kenangan. Dia ada menyebut tentang rahsia Bogatt tetapi berkata rahsia itu akan terus menjadi rahsia kerana Amira sudah hendak berkahwin. Amira tertanya-tanya apa kena mengena rahsia itu dengan perkahwinannya. Amira merayu Razlan supaya memberitahu rahsia Bogatt itu. Razlan tetap enggan dan terus masuk dalam limosin menuju ke airport. Amira pulang ke rumah dan mendapati Dr Bada ada di rumahnya. Dr Bada tahu Amira pergi berjumpa Razlan tetapi Dr Bada sporting dan tidak marah. Tidak lama kemudian, mereka pun melangsungkan akad nikah dalam majlis yang kecil-kecilan.

Unknown said...

salam puan maizura....:-) terharu saya membaca cerita panjang lebar puan menerangkan episode selasa lepas pada acik ah :-)...puan maizura sangat2 sporting melayan penonton drama TBM yg best ni!!!...:-)terima kasih puan maizura....puan,ada tak kemungkinan drama TBM ni akan diterbitkan dalam bentuk cd dan dvd???....saya percaya,ramai penonton setia drama TBM di luar sana yg akan mendapatkan nya sebagai koleksi peribadi...sebab saya sendiri tak berkesempatan utk melihat episode drama TBM ni masa awal2 dulu,kerana agak sibuk dgn kuliah pada masa tu....saya start tengok masa episode majlis akad nikah arwah bogatt dengan amira...episode before tu memang saya tak dapat tengok...rasa rugi sangat2....harap akan ada usaha utk menjadikan drama TBM ni dalam bentuk cd dan dvd....salam kejayaan puan maizura....:-)

Maizura Mohd Ederis said...

Faiza, sy dah cadangkan pada penerbit. Selebihnya terpulang penerbit.

exora82 said...

terima kasih byk2 puan!!! seronoknya saya baca rentetan episod yg dah sy miss tu. terasa rugi sgt tak tengok sbb byk benda pulak yg berlaku...tp sy rs kalau sy tengok episod tu, bertambah jatuh cinta la saya pd si alan.. :) TBM ni dh nak habis kan. Macamana la kesudahannya..hrp2 happy ending!!

ummi said...

Assalamau'alaikum Cik Maizura,

Saya gembira sangat bila saya google "Tangisan Bulan Madu" dan terus sampai ke site ini.

Saya sekeluarga minat sangat dengan siri drama "Tangisan Bulan Madu". Without fail, kita akan menonton drama ini setiap malam Selasa dan Rabu sehingga anak saya (umur 5 tahun) dah hafal lagu cerita itu.

Selepas tengok episod semalam (Dr Bada dah ceraikan Amirah), saya agak watak Amirah will take a great turn. (Saya agak ajer). Looks like, Amirah akan lebih berani dan tegas dan takkan dirinya dibuli lagi oleh orang2 yang sengaja nak cari kesempatan di sebalik dirinya yg "lurus".. Tak sabar nak tengok episod malam ni plak...

Saya teringin sangat nak baca novel nya tapi tak tahu nak dapatkan di mana. Di S'pore ni novel Melayu susah nak dapat dan kalau ada pun limited. Is there anyway I can get it online?

Anyway, syabas!!

Alin
Singapore

Maizura Mohd Ederis said...

Tks Alin. Boleh e-mel pada pengarangnya sam1965@yahoo.com

exora82 said...

puan, malam td episod last ke? ala, tolongla sambung cerita ni!!! ms tengok mlm td, air mata saya mencurah2 time alan dtg jumpa si amira bgtau yg sbnrnya si cindy yg punya angkara. lepas tu pulak, ms dia baca email bogatt tu, bertambah 'banjir' saya mlm td. huhu. Tapi, bila tengok ending yg mcm sedih aje, so sy agak akan ada sambungan sbb si cindy tu hanya ke luar negara..jd dia still boleh balik & buat onar lagi. Alan&amira masih boleh dijodohkan dlm musim kedua nanti kan??!! Anyway, well done kpd semua. Nanti kalau ada keluar vcd inform ya...

Anonymous said...

puan...ala..tak besh nyer ending. saya tak pernah tinggal langsung cerita nih dan menjangka kan ending yang happy tapi sedihnyer..tak puas hati lah..nih nak merayu sesangat nih buat lah sambungan cerita nih. please please...tapi ending nya semestinya si alan ngan amira bersatu. dari semalam dok pk camna nak contact direct ngan puan nih..sebab nak luah rasa tak puas hati ngan ending cerita nih....kesian kan si alan tu..lagi satu ..tak kan ler si cindy tu lepas cam tu aje...

puan buat ler sambungan cerita nih ok..
keep up the good work.

Anonymous said...

puan, kenapa endingnya camtu...ingatkan happy ending..
lan dan mira bersama...harap2 ada sekuel..tp nak mira dan lan kawen..walau apa2 pun cite ni memang touching...lakonan para pelakon memang best..tahniah puan

Maizura Mohd Ederis said...

Tks pd semua yang memberi reaksi. Ending mmg beza dr novel. Dlm novel TBM 4, Amira terima Alan. Waktu itu, pengarangnya berhasrat tak mahu sambung lagi dengan TBM 5. Tp di TV, sengaja dibuatkan begitu utk sekuel kedua, InsyaAllah kalau ada rezeki. Apa-apa pun, kptsnnya bergantung kpd permintaan stesyen. Sama-sama lah kita berdoa ada sekuelnya nanti.

Maizura Mohd Ederis said...

Sorry Alin, e-mel Samsiah sam0965@yahoo.com

ummi said...

Assalamu'alaikum Cik Maizurah,

Semalam saya tonton episod terakhir, sedih sangat tapi sedih lagi sebab endingnya begitu dan terlalu abrupt.

Mungkinkah sebab ada musim kedua??? Saya harap begitulah..

Hmmm.. tak sabar sangat2 nak baca novelnya...

Alin
Singapura

Anonymous said...

kan...ramai yang tak puas hati nih ..kalu ada sambungan TBM nanti buat ler shoutbox..boleh chat sesama peminat TBM nih..