Thursday, September 18, 2008

SEKUEL TBM....???

Nampaknya ramai yang rindukan TBM. Sayang sekali, drama ini tidak boleh ditonton melalui Youtube. Tentang Youtube, saya tidak berani berjanji kerana buat masa ini memang sibuk dengan macam-macam tugasan. Perkembangan terbaru tentang TBM, pihak RTM sudah menyatakan hasrat untuk mendengar pembentangan sekuel TBM, berkemungkinan selepas Aidilfitri nanti. Sama-sama lah kita berdoa hasrat ini jadi kenyataan. Pengarangnya, Samsiah Mohd Nor bersama kawan-kawan kreatifnya sekarang sedang berusaha memikirkan plot-plot yang lebih menarik untuk TBM 2. Tadi, selepas Maghrib, Samsiah sempat menceritakan secara ringkas tentangnya. Apa-apa pun, keputusan akhir tetap di tangan RTM. Kita tunggu dan lihat saja nanti, ya! Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa dan seterusnya berhari raya tidak lama lagi.

2 comments:

Anonymous said...

a'kum..puan,
wow...bestnye kalu tbm dibuat sekuel...
harap2 pihak rtm setuju...insyaAllah..mudah-mudahan
kalu puan berkesempatan tlg upload cite ni dlm youtube...masa episod yg awal2 byk yg tertinggal...
tq..

Unknown said...

salam puan maizura....:-)

apa khabar puan??...harap berada dlm keadaan sihat sejahtera menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan yg mulia ini...

bestnyerrrr...harap2 TBM 2 ni akan jadi kenyataan...tentang cadangan TBM 1 di youtube tu,mmglah sangat2 kami harapkan dan hargai...harap dapat muncul di youtube selepas hari raya nanti ke...:-) ramai peminat TBM yg akan tersenyum lebar nanti...nampaknya kalau TBM 2 keluar bersiaran nanti,terpaksalah saya tonton secara online saja...sebab mase tu nanti,saya dah takde di bumi malaysia ni...akan menontonnya dari bumi England pulak...apapun,saya tetap menyokong drama TBM ni sampai bila2...walaupon berada di perantauan nanti...

akhir kata,selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg bakal menjelma tak lama lagi,buat puan maizura,tenaga kerja drama TBM dan seluruh peminat drama TBM ni...

teruskan sokongan padu anda pada drama TBM yg best ni ok!!!...:-)

salam...