Saturday, November 8, 2008

'BICARA AUR DENGAN TEBING' MENANG

Majlis semalam berpihak kepada 'Bicara Aur Dengan Tebing' (BADT). Sekalung tahniah buat penerbit, pelakon dan warga kerjanya. Drama terbitan Tenview (M) Sdn Bhd itu disiarkan di RTM1, slot Sutera, jam 11.05, bermula September tahun lalu, setiap Isnin hingga Jumaat. Ia tidak popular seperti 'Bella' atau 'Manjalara' kerana waktu tayangannya pada sebelah pagi. Tidak ramai yang dapat mengikutinya. Pun begitu, pada tahap pemilihan calon 'top 5', populariti atau 'rating' (catatan jumlah penonton) bukan lagi menjadi ukuran. Sudah saya jelaskan dalam entri sebelum ini, Anugerah Skrin memilih 'yang terbaik di kalangan yang popular'. Kelayakan untuk pencalonan awal atau 'top 13' memang berdasarkan populariti (rating) tetapi untuk calon 'top 5' adalah berdasarkan pendapat juri. BADT berjaya mengalahkan Bella (TV3), Manjalara (TV3), Takdir Yang Terindah (RTM) dan Ghost (8TV). Ternyata ramalan Harian Metro semalam hampir tepat, hanya tersasar satu calon sahaja. BADT kini memasuki musim kedua dengan pengambarannya bermula Oktober lepas. Musim pertama menampilkan Rita Rudaini, Jasmin Hamid, Aqasha, Arash Mohamad, Wan Hanafi Su dan banyak lagi. Ia mengisahkan kepincangan sebuah keluarga. Kepada yang terlepas BADT musim pertama, saksikan musim kedua yang tentu sekali akan bersiaran pada tahun depan.

4 comments:

nlyana said...

suka sangat BADT menang...sy mmg ikut cerita tu...walaupun bella ngan manjalara pon sy follow...tapi sy ttp rasa BADT best...sbb jalan cerita tak meleret n sampai maksud...syabas jugak kat pelakon2 cerita tu terutama kat Jasmin Hamid, Rita, Arash n Aqasha...congrates

naem said...

saya sokong nlyana...sye mengikuti siri ini dan begitu gembira kerana mempunyai kesinambungannya...ape yg nak dperkatakn kelainan siri ini brbandig crite len yg kebnykknya streotaip mcm dlm slot akasia bole diktakn kbnyknya sama betullah kata siti jarum dalam mingguan malaysia 14dis2005..karya sasterA tempatan mnmg hebat..bbndg dengan karya drama atau telemovie yang disiarkan..tetapi drama dr cheli mempunyai nilai yg berbeza..saya juga telah membaca sinopsis badt2 memg menarik dan saya harap ade lg kesinambungan untuk mse depan..contohilah drama-drama dr filipine yg mendapat tempat d seluruh dunia sbg cnth pangako sayo yg lebih 100 episod

naem tau.. said...

dan ditygkn hampir seluruh asia termasuk juga amereka selatan..dan yg tebaru kahit isang saglit yg akan dtygkn d rtm yang mana mengambungkan jerichorosales dan artis dr m'sia carmenn soo dan awal ashaari..sbg wtk utma dan siri ini agk panjg sbnyk 65episode..selain itu saya juga ingin mengetahui bgaimana pula dengan satu siri yg mnjd fenomena ketika dulu iaitu RAFLESSIA bagaimana dgn kesinambunganya..crite ini penah memenangi drama rantaiaan terbaik di augerah skrin yg lepas..saya harap penulis blog..dapat mencari ape2 info tebaru tentg drama ini

Maizura Mohd Ederis said...

Tks Naem. Raflesia diterbitkan oleh sykt yg sama dengan TBM iaitu AMC. Sekuel pertama mencatat 3 juta penonton dan menang anugerah. Bagaimanapun, sekuel kedua hanya mencatat 1.5 juta penonton dan gagal menang anugerah. Memandangkan jumlah penonton berkurangan, RTM tidak lagi meminta sekuel 3. Sambutan yg menggalakkan juga menyebabkan Astro membeli hak tayangannya untuk saluran Prima
(105) Malang sekali penulis skripnya sudah berhenti dari bidang ini utk menumpukan kpd bidang motivasi/dakwah.

Pendapat Siti Jarum (Ku Seman?) memang benar. Tp beliau tidak wajar menyalahkan penulis skrip semata-mata kerana industri ini dikuasai oleh stesyen. Stesyen lah yang menentukan cerita bagaimana yang akan ditayangkan. Banyak concept paper hasil idea penulis skrip yang ada jiwa, pemikiran, kerohanian dan permasalahan yang berat lazimnya tidak diluluskan dengan alasan tiada penonton. Begitu juga dengan jalan cerita yang rumit dan mengajak penonton berfikir, biasanya mendapat rating rendah. Sy pernah menangis bila CEO sebuah stesyen swasta menolak proposal sy atas alasan "terlalu berat." Sudahnya concept itu terbiar begitu saja atas meja eksekutif stesyen. Saya setuju karya sastera kita memang hebat. Tp tak semuanya boleh diadaptasi kerana industri di Malaysia tak sama dengan industri di luar sana. Kalau nak jelas di sini memang tak cukup ruang lah. Apa pun, Siti Jarum perlu ingat bahawa ramai juga penulis sastera termasuk yg menang anugerah sastera dan mantan2 MPR-DBP telah cuba menulis skrip. Namun, skrip mrk tidak lah sehebat mana. Malah ada yg hancur. Ini sangat mengejutkan saya yg bukan penulis sastera. Tidak perlu disebutkan nama mereka di sini. Skrip dan novel/cerpen adalah dua medium yg sangat berbeza. Kita mudah menuang pemikiran dan meyentuh jiwa pembaca melalui novel/cerpen tetapi tidak mudah melakukannya melalui skrip. Sy bercakap berdasarkan pengalaman sbg novelis juga. Sementara tidak ramai penulis sastera yg mampu menulis skrip, penulis skrip yg bagus2 pula, ramai yang bertindak keluar dari industri krn banyak kekecewaan yg mereka hadapi dlm bekerja. Perlu ingat bahawa penulis skrip tidak bekerja sendirian spt penulis sastera. Penulis skrip bekerja dengan byk pihak iaitu stesyen, pengiklan, penonton, penerbit, pengarah, pelakon dan krew yang masing-masing mempunyai latarbelakang pendidikan, pemikiran, cara/budaya kerja, disiplin, matlamat dan mindset yang berbeza2. Bygkan begitu ramai yang terlibat dalam menentukan end product sesebuah drama. Pendapat Siti Jarum tentang drama Melayu itu betul. Kami di pihak industri menganggap komen itu sbg positif. Cuma kami tidak bersetuju dengan saranan adaptasi karya sastera krn karya itu sendiri ditulis dgn pendekatan berbeza. Ia perlu rombakan sekiranya mahu diadaptasi kepada medium komersial spt TV. Maksud di sini TV swasta, bkn TV kerajaan spt RTM yang ada peruntukan dgn wang rakyat untuk membikin adaptasi karya sastera demi tanggungjawab sosial sbg agensi kerajaan. Namun, RTM pun satu hal. Mrk jalankan tanggungjawab ini hanya utk beberapa drama shj, kalau tak silap enam shj judul adaptasi dgn kerjasama DBP. Sdgkan utk drama yg lain, sekadar tangkap muat dan kualitinya lebih buruk dr drama di TV swasta yg mementingkan keuntungan maksima melalui pendapatan iklan. Perlu juga diingatkan bahawa pendapatan iklan bergantung kepada jumlah penonton. Memang ada stesyen swasta mengaut pendapatan iklan berjumlah RM500,000 seminggu melalui satu tajuk drama yg mencatat lebih 3 juta penonton. Dapat setengah juta seminggu? Bayangkan....