Sunday, March 8, 2009

ADUHAI TV9...TOLONG LAH KEMBALI PADA ASALMU...

Saya cukup setuju dengan tulisan Siti Jarum hari ini - "TV9 Mahu ke Mana?". TV9 ditegur kerana mengalih sasaran penonton dari Melayu, dewasa, luar bandar kepada Melayu muda bandar. Ini bermakna daripada program bercorak Islam dan ilmu kepada pop, komersil dan kosumerisme - yakni sama seperti TV3 dan Astro Ria. Yang peliknya, bagaimana Media Prima boleh membenarkan TV3 dan TV9 bersaing merebut penonton yang sama? Sedangkan kedua-dua saluran itu adalah miliknya? Saya mendapat tahu ini idea salah seorang bos besar Media Prima (tak perlu sebut nama). Bagaimanapun, khabarnya, tidak lama lagi Media Prima akan mendapat pengerusi baru.
( Biasa lah...Perdana Menteri baru, menteri-menteri pun baru, dan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company) mesti lah baru juga!).
Dan khabarnya, pengerusi baru akan membawa masuk kroni-kroninya yang merupakan otai-otai media yang terbuang suatu ketika dahulu. Lalu akan "bungkus" lah bos-bos yang sedia ada sekarang. Kalau khabar angin ini benar, harap sangat lah agar bos-bos baru dapat mengembalikan TV9 ke konsep asalnya. Toloooong lah... Sementara itu, khabar angin di Bukit Jalil :
Astro Ria akan menjadi saluran hiburan semata-mata.
Lalu drama-drama yang sekarang mengisi slot DramaRia dan Layaria akan ditolak ke Astro Prima. Ini juga khabar tidak gembira. Selain itu, khabar yang sahih ialah kemunculan satu lagi saluran di Astro iaitu saluran komedi yang entah apa namanya belum diumumkan.

3 comments:

Ajami Hashim said...

byk btul kabar angin kannn? ahahaha!

Maizura Mohd Ederis said...

He...he..sekadar menyampaikan cakap-cakap orang...

naem kkk said...

oh tak rela kalo..nape sume jd di dunia kini..bukan tv9 tidak bagus dalam menarik penonton walopun pelbagai program berbentuk ilmiah dan mendidik ada kalanya penonton bandar atau remaja juga tetarik dengan program-program disiarkan...agak terkejut sye ble mendengar khabar ini..mintak-mintak tak jadi....


Dunia, dunia.....