Wednesday, September 30, 2009

NUR KASIH FENOMENA INTERNET

Fakta rasmi membuktikan bahawa hits Nur Kasih melalui internet mencecah 600,000 - jauh mengatasi 'show' lain yang biasanya 20,000-30,000.
Berikut adalah SMS yang saya terima daripada penerbitnya, Filmscape Sdn Bhd :
Fyi, today, I had a mtg with Alt Media and made the below findings about Nur Kasih :-
1. The show is a phenomenon as far as they are concerned!!
2. For ep1-15, they have 1,734,793 unique users, of which 1,233,474 are from aug alone.
3. For 1 eps in aug, (don't know which one) there were 600,000 unique users!!
4. 25,000-30,000 per month is their normal hits, which works out for 6,000-7,000 per eps!
So CONGRATULATIONS!!!!
Berikutan SMS di atas, saya tiada komen melainkan "Alhamdulillah".

Thursday, September 17, 2009

DATIN WAN ABE RAYA VS NAK BALIK RAYA

Sempena musim Aidilfitri ini, dua karya saya tersiar iaitu BERAYA BERSAMA DATIN WAN ABE yang bakal mengisi slot satu jam (45 minit) di TV3 pada 23 September (raya ke-empat), jam 11 malam.
Manakala di RTM bakal menayangkan telemovie NAK BALIK RAYA yang idea asalnya datang dari Mohd Fairuz Padoli @ MF Kencana. Ia bakal bersiaran pada 18 September ini, jam 8.30 hingga 10.30 malam di TV2. Peranan saya hanya lah membantunya walaupun ketika itu saya teramat sibuk dengan pelbagai skrip drama lain. Sementara itu, Fairuz turut membantu saya menulis untuk slot khas Datin Wan Abe.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua pembaca blog ini, rakan-rakan penulis, kru produksi, saudara mara dan sahabat handai yang lain. Semoga ikatan ukhwah terus terjalin antara kita. Semoga segala usahasama dan sokongan akan berterusan hendaknya.

Thursday, September 10, 2009

PENONTON DRAMA MELAYU BERKURANGAN

Seorang penerbit eksekutif memberitahu bahawa AC Neilson mencatatkan penurunan penonton drama Melayu. TV3 yang dahulu mencapai tiga juta, kini sekitar dua juta. Ia turut berlaku kepada saluran lain.
Justeru, ke mana perginya penonton drama Melayu?
Bagaimanapun, NUR KASIH bertahan dengan 2.4 juta penonton sejak awal. Namun, dari segi kedudukan, melonjak ke tangga ke tujuh. Apa pun, angka tontonan NUR KASIH melalui platform TV kabel Astro memang tinggi iaitu 800,000. Drama Melayu popular di Astro biasanya sekitar 300,000-400,000 sahaja.
Hakikatnya, sejak dahulu lagi kebanyakan pelanggan Astro jarang menonton saluran berbahasa Melayu Astro, sebaliknya kerap memilih TV3 menggunakan platform Astro.
Sementara itu, BIO-NIK naik ke tangga kedua selepas BULETIN UTAMA apabila KELIWON tamat siarannya beberapa minggu lalu. Namun, ia tidak lah mencecah tiga juta seperti sebelum ini. Manakala siri seram TOWER 13 yang menggantikan KELIWON gagal mendapat rating yang baik.

Monday, September 7, 2009

JALAN MERDEKA...OPENING MONTAGE

AFDLIN SHAUKI DAN TANGGUNGJAWABNYA

Spontan, sebuah rancangan lawak baru di Astro Warna (Saluran 132). Ia diterbitkan oleh Afdlin Shauki.
Baru tadi saya menontonnya dan mendapati pelawak terkenal seperti Din Beramboi, Sathiya, Douglas Lim dan sebagainya menyanyikan lagu kelakar tentang cukai pendapatan. Rupanya, dalam melawak, Afdlin sempat membuktikan tanggungjawabnya pada negara.
Ini bukan lah sesuatu yang menghairankan. Pada Mac lalu saya ke Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) untuk tugas menulis skrip video korporat LHDN. Pegawainya telah menunjukkan iklan LHDN yang diarahkan dan dilakonkan oleh Afdlin Shauki.
Ia sudah tersiar di televisyen kalau tak salah sekitar April. Tentu kita masih ingat kisah seorang lelaki (Afdlin Shauki) membawa isterinya (Vanidah Imran) yang hendak bersalin ke hospital.
Kata pegawai itu, Afdlin tidak mengenakan bayaran ke atas lakonannya atas dasar mahu memberi sumbangan kepada negara. Pegawai itu cukup tersentuh dengan pendirian Afdlin. Malah katanya, dalam perbincangan mereka, semangat patriotik Afdlin membara dan dapat dilihat dengan meremangnya bulu roma Afdlin. Begitu lah karyawan bernama Afdlin Shauki ini.
Berbalik kepada Spontan, ia turut menyentuh kewajipan agama Islam apabila Douglas Lim menyanyikan lirik yang lebih kurang begini bunyinya,"aku orang Cina tapi aku pun bayar zakat juga."
Akhir kata, tahniah Afdlin di atas kemenangan besar filem PAPADOM di Festival Filem Malaysia ke-22 baru-baru ini.
Dan salam Nuzul Quran kepada pembaca yang beragama Islam.