Beberapa tahun dahulu saya ada menulis senaskah skrip yang dianggap sebagai ‘mala petaka’. Ia tentang
sekumpulan ahli arkeologi yang menemui ‘mumia’ seorang puteri kerajaan purba – sebuah kerajaan yang sudah lenyap 1,000 tahun lalu dari rantau nusantara ini (The lost civillazation).
Lokasi utamanya di
Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, Sabah. Di situ memang terdapat kubur purba di dalam gua. Dan menjadi tumpuan para pengkaji purba. Lokasi lain di
England iaitu tempat heroin dan si jahat (antagonis) menuntut ilmu arkeologi di sebuah unversiti. Ia juga lokasi untuk watak jahat - seorang pencuri artifek - menjual pelbagai khazanah berharga warisan negara di pasaran gelap.
Kurator Muzium Negara, Encik Yusuf yang merupakan anak jati Kampung Batu Puteh sendiri, sudi menjadi pakar rujuk untuk drama ini. Manakala konsepnya hasil idea seorang rakan wartawan, Azman Mohd Nawi.
Namun, semuanya ‘hampeh’ apabila ‘budget’ yang dikeluarkan oleh produksi itu tersangat kecil. Di tambah pula dengan masalah seperti penyelewengan wang pengambaran, kekurangan ilmu pengetahuan, pengalaman,kemahiran serta bakat , kelemahan pengurusan, ketiadaan budaya
‘research’ dan sikap sambil lewa, mahu
enjoy serta mengambil kesempatan ketika bekerja.
Drama ini siap dalam tempoh 18 bulan iaitu menyamai tempoh pengambaran filem Lord of The Ring. Ia membabitkan beberapa kali rombakan skrip, pertukaran lokasi, pelakon (cast) dan tenaga kerja (kru). Tidak terkecuali 'drama dalam drama' seperti pergaduhan sesama kru-cast-penerbit, missing in action, laporan polis dan sebagainya.
Memandangkan kualitinya teramat buruk, RTM menayangkannya pada pukul 12.00 tengah malam!