Friday, December 11, 2009

NUR KASIH....BERAKHIR DENGAN 4.1 JUTA

Gambar kiri : Penerbit eksekutif, Mohd Frank Lewis bersama pengarah, Kabir Bhatia semasa menerima tropi Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009 (Kekasih Ku Seru) bagi pihak syarikat mereka, Filmscape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd.
Filmscape yang dimiliki Kabir bersama isterinya, Mira Mustaffa adalah anak syarikat kepada Juita Viden yang dimiliki oleh Francis Foo. Syarikat yang sama turut menerbitkan Nur Kasih.
Gambar di atas dipetik dari akhbar Kosmo yang menyatakan :
Menurut kajian AGB Nielsen Media Research, episod terakhir Nur Kasih mengumpulkan lebih 4.1 juta atau 59 peratus penonton di depan kaca TV.
Manakala kajian Alt Media mengatakan hits tontonan internet secara keseluruhan adalah 28 juta.
Sementara itu, ramai meramalkan Nur Kasih akan menang kategori Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin tahun depan. Saya letih hendak memberitahu hakikat bahawa banyak lagi drama yang bagus di kaca TV kita. Cuma tidak popular seperti Nur Kasih. Malah banyak yang disiarkan di saluran baru yang kurang penonton, menjadikan kehadiran karya berkenaan tidak disedari umum.
Apa pun, saya tetap membalas dengan ungkapan, "kata-kata itu satu doa".

6 comments:

Hafiz Abe said...

Sudah terang lagi bersuluh. Drama rantaian Nur Kasih akan dinobatkan sbg Drama Terbaik tahun depan. Tiada ragu lagi!!!

Anonymous said...

kak maizura,

kalau nur kasih tak menang memang saya rasa sangat pelik. Ramai peminat nur kasih adalah seperti saya, yang hanya menonton cerita melayu 'as the last option'. Apa taknya, tengok first episode dah boleh tahu apa 'ending'nya atau malas terus nak tengok lagi. TETAPI NUR KASIH AMAT BERBEZA. Hidup tak keruan jadinya memikirkan apa yg akan terjadi minggu seterusnya. Jumaat 9 malam adalah temujanji yang tak boleh diganggu. Banyak juga perkara yang saya lakukan disebabkan penangan nur kasih. Apapun, banyak pengajaran, kata- kata hikmah yang saya dapat dari cerita ini. Terima kasih banyak-banyak.

juliana1903 said...

cite yg sgt menarik

Bukan Sepet said...

Hek eleh.. cover line ke kak long?

Toksahlah. Memang menang tahun depan tu. Konpom. :)

Just ingat ajalah.
Tinggi mana, jauh mana, terbang melayang, getahnya titik ke perdu jua.

Balance balik kak long. Dah start nak glamer tu. (ke glamer dah?)

Tapi kak long memang dari dulu maintain low profile. Saya percaya.

fadz said...

insya-Allah dapat.. Nur Kasih tu satu fenomena, bukan pop lagi.

BIlalah deme nak keluarkan DVD KekasihKu Seru? Nur Kasih dah keluar..hoho

Maizura Mohd Ederis said...

Ayie, penulis skrip tak glamor. Sbb kerjanya setiap hari berkurung dalam bilik mengadap komputer. Sendiri, sunyi dan sepi. Hanya bertemankan watak-watak tidak wujud yang hanya hidup, bergerak dan bercakap dalam minda semata.


Yang paling glamor pelakon sbb mereka tersiar di kaca TV ditonton oleh jutaan manusia.

Nombor 2 glamor ialah pengarah sbb masa shooting semua perhatian crew & cast tertumpu pada dia dan setiap arahan dia kena patuh.

Apa apa pun tks atas peringatan. Sangat menghargainya.

Fadz, Kekasih Ku Seru tak de DVD rasanya. Tengok dlm Youtube ajer lah ye.