Ya, jadi. Ini lah jawapan kepada soalan tentang
Perjumpaan Penulis Skrip yang dirancangkan pada
29 Mei ini, Sabtu di
Rumah Pena, jam 3 petang. Agenda yang pertama:
Pembentangan draf kontrak antara penulis skrip dan penerbit. Pada masa ini, penulis skrip menggunakan kontrak yang disediakan oleh penerbit yang lazimnya ’berat sebelah’. Banyak perkara di dalam kontrak berkenaan lebih menguntungkan penerbit manakala penulis seolah dipaksa akur pada kontrak berkenaan.
Apa pun, kini, terdapat inisiatif untuk penulis memiliki kontrak tersendiri ketika berurusan dengan penerbit. Sejauh mana cadangan ini dapat dilaksanakan? Ya, memang ada yang meraguinya. Namun, jalan terbaik kita tunggu dan lihat sahaja lah. Cakap banyak pun tidak ada gunanya, kalau kita hanya berpeluk tubuh – tanpa melakukan sesuatu. Biasanya, orang yang berpeluk tubuh itu lah yang paling banyak bercakap. Bagi saya, lebih baik berbuat sesuatu daripada bercakap sahaja. Jadi, ini lah antara inisiatif kecil yang mula diambil oleh sekumpulan penulis.
Kumpulan ini terdiri daripada gabungan :
para penulis yang sudah lama (otai) dan baru (junior) bergiat dalam industri, penulis bebas (freelance) dan penulis residen (in-house), aliran arus perdana (mainstream) dan indie, SWAM dan bukan SWAM.
Kumpulan ini juga
tidak berdaftar secara rasmi.
Selain itu, perjumpaan ini turut membentangkan tentang :
MAJIKA dan SWAM. Tentu ramai yang kenal SWAM, tetapi belum kenal MAJIKA. Apa itu MAJIKA? Magic ke? Apa perlunya berbicara tentang SWAM sedangkan sebahagian besar daripada kita bukan ahli SWAM. Adakah SWAM masih releven dengan kita yang bergelar penulis skrip ini?
Mungkin sedikit sebanyak soalan ini terjawab dengan menghadiri perjumpaan pada Sabtu hadapan, InsyaAllah. Jumpa di sana.