Bengkel Penulisan Skrip Drama TV anjuran
ASTAKA VILA AKSARA [AVA] pada 25 April lalu berjaya menarik seramai 24 peserta. Kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berminat menyertai bidang penulisan skrip drama TV tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula.
Biarpun pada asalnya, penganjur menetapkan 15 orang sebagai jumlah maksima untuk bengkel berkenaan, saat akhir penganjur tidak dapat menolak permintaan yang cukup memberangsangkan. Dalam ruang yang sempit itu - yang mungkin tidak memberi keselesaan (akibat lebihan peserta), saya cuba mencurahkan sebanyak mana ilmu untuk mereka. Melihat kepada latarbelakang peserta, sengaja saya rancangkan agar isi kandungannya lebih berupa "pengenalan kepada penulisan skrip drama TV". Selain itu, ada juga di kalangan rakan penulis skrip yang berminat menyertainya atas alasan "mahu belajar dari saya". Namun saya melarang kerana isi kandungannya memang tidak sesuai untuk mereka yang sudah berada di dalam industri dan pernah menghasilkan beberapa skrip yang tersiar di televisyen.
Kini atas permintaan ramai, bengkel yang sama [siaran ulangan] kembali menemui khalayak pada :
30 Mei 2010, Ahad, jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Masih di tempat yang sama iaitu Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (berhadapan HUKM). Kepada sesiapa yang berminat, sila mendaftarkan diri di blog AVA di alamat berikut :
http://ejenmanuskrip.blogspot.com
No comments:
Post a Comment