Sunday, April 18, 2010

HARGA SKRIP

Rasanya bulan lepas, Alfie Palermo bertanya tentang harga skrip yang sepatutnya diperolehi. Beliau menyarankan para penulis mapan (establish) berkongsi harga masing-masing untuk rujukan penulis baru. Faznita segera memberi maklum balas di blog beliau. Sila klik di alamat di bawah :
http://faznitamdnor.blogspot.com
Nampaknya, Faznita bertuah kerana mendapat bayaran agak tinggi. Harga skrip saya jauh lebih rendah iaitu :
1. Bagi telemovie 90 minit, saya biasa mendapat antara RM3,500-RM 4,700.
2. Drama bersiri/rantaian 45 minit/1jam, antara RM1,000-RM1,500 bagi setiap episod.
3. Drama bersiri/rantaian 25 minit/setengah jam, antara RM500-RM800 bagi setiap episod.
4. Drama bersiri/rantaian yang melibatkan penyelidikan, cuma bertambah RM200 bagi setiap episod.
5. Kesemua harga di atas adalah sama untuk idea asal dari saya atau idea asal dari penerbit atau untuk skrip yang mempunyai isi kandungan berjenama (branded content) yang melibatkan banyak kali perbincangan dan rombakan berdasarkan permintaan penaja. Ini juga termasuk harga skrip yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat.
Untuk makluman, perbincangan tentang harga skrip juga ada di Kelab FB Penulis Skrip Malaysia. Bagi yang berminat, sila kunjungi laman itu jika ada masa.

2 comments:

JBGeezer said...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

I'm an aspiring writer, and would like to ask you some questions if you don't mind.

Lets say Ive already written a script, how do I go about selling it? Do I
a) Send the script to random producers in Malaysia or
b)Send only a sample of the script plus query letter to producers asking if they are interested in buying the whole thing?

Your reply will be highly appreciated.
Tima kaseh.hehe

Maizura Mohd Ederis said...

Salam JB Geezer,

Saya sarankan (b) - hantar sinopsis dan surat pertanyaan sahaja. Masukkan nama dan contact awak. Lepas tu, jangan lupa "follow-up" tanya mereka dah baca ke belum? Kebayakan penerbit sibuk, kadang-kadang tak ada masa nak baca. Dan kalau mereka dah baca dan minat, mereka akan panggil untuk bincang. Ingat, jangan bagi skrip penuh kerana bimbang skrip itu jatuh ke tangan penerbit yang tidak jujur. walaupun bukan semuanya tidak jujur, tapi kes skrip di "ciplak" biasa kita dengar kan?

Selamat mencuba.