Tuesday, September 21, 2010

LAGI KES PENULIS SKRIP TERANIAYA

Semalam, seorang rakan penulis skrip menelefon untuk mengadu nasib.
Memberitahu bayarannya dipotong setelah skripnya terkurang durasi [under-run]. Beliau sudah menyiapkan babak-babak tambahan seperti yang diminta oleh penerbit. Tetapi penerbit tetap memotong bayaran skripnya bagi tujuan menampung kos pengambaran babak-babak yang ditambah itu.
Ya, kes 'under-run' memang perkara biasa dalam mana-mana produksi. Masalah ini diselesaikan dengan meminta penulis yang sama atau penulis lain membuat tambahan babak dan seterusnya dibuat pengambaran babak-babak yang ditambah itu.
Namun, apa yang 'kurang biasa' berlaku ialah bayaran penulis dipotong bagi menampung kos pengambaran tambahan itu.
Selain pemotongan bayaran,penulis ini turut dibayar lewat. Apabila beliau menyuarakan tentang hari raya yang bakal disambut dua minggu lagi [sewaktu kes ini berlaku], sang penerbit tidak memperdulikannya.Sebaliknya menjawab,"pandai-pandai kau lah cari duit lain."
Kami pun berbincang beberapa 'mekanisme' yang mungkin dapat menangani kes-kes seumpama ini.
Beliau mencadangkan supaya penerbit-penerbit seperti ini di'senarai hitam' kan secara senyap di kalangan para penulis.
Sebelum ini, beberapa penerbit yang gagal menjaga kebajikan dan hak-hak penulis dengan adil, telah didedahkan namanya melalui thread tertutup Facebook yang hanya boleh diakses oleh beberapa penulis tertentu yang aktif di dalam industri. Ini mungkin satu perkembangan baharu. Memandangkan sebelum ini kebanyakan penulis memilih untuk tidak menceritakan pengalaman buruk mereka. Mungkin kerana ingin menjaga hati penerbit yang dilihat sebagai mempunyai 'kuasa' yang lebih di dalam industri. Sikap dan pendirian ini menyumbang kepada beberapa situasi membabitkan nasib sama terjadi kepada beberapa penulis lain yang berurusan kemudiannya.
Apa pun, kini penulis mula bertukar maklumat tentang layanan penerbit terhadap mereka. Penggunaan teknologi maklumat seperti Facebook, blog dan SMS banyak membantu proses pertukaran dan penyebaran maklumat ini. Secara tidak langsung, para penulis telah membentuk rangkaian tersendiri secara longgar dan senyap. Malah, pada awal tahun ini, seorang penulis 'otai' pernah mendedahkan nama satu syarikat penerbitan secara terbuka di blog ini sebagai pra-amaran kepada rakan-rakan agar berhati-hati apabila berurusan dengan penerbit berkenaan.
Ada lagi beberapa "mekanisme" yang kami bincangkan.
Beliau turut bertanya tentang perkembangan Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia yang dibentuk pada 21 Februari lalu di Wisma Bernama, Kuala Lumpur. Saya memaklumkan bahawa beberapa pelan tindakan sudah dirangka dan para penggerak akan berbincang lanjut sedikit masa lagi. Hemmm...mungkin saya kedengaran seperti ahli politik apabila menyebut "akan diadakan" atau "sedang berbincang". Namun, saya tetap berfikiran positif terhadap pelan tindakan berkenaan yang dirangka untuk meng'institusi'kan profesyen penulis skrip. Cuma masa - samada cepat dan lambat serta keizinan Allah jua yang akan menentukannya kelak, InsyaAllah.
Artikel ini akan disambung jika mempunyai kelapangan masa. Doakan...
Untuk topik berkaitan, boleh juga lawati blog penulis skrip Mazelan Manan di alamat di bawah :
http://mazelanmanan.blogspot.com

8 comments:

ryann said...

sedihnya dengan nasib penulis. sedangkan karya-karya yang terbit puncanya daripada penulis.

Anonymous said...

sedihnya dengan nasib penulis, masih lagi tidak memahami sepak terajang dunia penerbitan di malaysia ini.

ikhlas
Penchinta Ruang Gelap

Maizura Mohd Ederis said...

Ryan, tks krn respon.

Anon a.k.a. Penchinta Ruang Gelap, InsyaAllah keadaan akan berubah sedikit masa lagi kerana sudah ada beberapa usaha ke arah itu. Atau mungkin usaha ini memakan tahun, tapi saya percaya kepada meletakkan 'batu asas' utk perubahan. Doakan...

Rashidah Ibrahim said...

Penulis kat mana pun selalu teraniaya... kan?

Alfie Palermo said...

Salam Maizura,

Saya pun baru teraniaya (adoi sakitnya). Sebab producer cerita baru yang saya tulis (Crossings, ntv 7, 8.30 malam, setiap Jumaat) - langsung tak credit saya (dan co-writer saya, Cik AG Fadela). Berbeza dengan show-show lain yang saya pernah buat. Ini Press Conference tak dijemput, writing credit diberi pada orang lain, dan takde usaha untuk betulkan keadaan (malah macam-macam alasan diberi)

Maka saya telah cuba meninggalkan comment di website Crossings.

http://www.crossingstheseries.com/2010/10/star-1-october-2010.html

Saya tak harapkan diorang akan post-kan comment tu, jadi boleh baca di blog saya:

http://akulelakispa.blogspot.com/2010/10/open-letter-to-prakash-murugiah-and.html

Ya, saya marah bila ada orang melayan saya sebegini. Tapi saya takkan diamkan diri.

Thanks Maizura, nasib baik ada blog you, ada jugak tempat writer lain nak share pengalaman kena pijak.

As for meeting 17 haribulan ni, saya akan hadir. Dah sampai masa producer pulak kena sepak terajang dengan penulis (atau mana-mana krew lain yang tak puas hati)

Kepada Anonymous (Penchinta Ruang Gelap)..siapa yang tak faham?

Ikhlas lagi tulus,
Alfie Palermo

Alfie Palermo said...

Oh sedikit penjelasan, writing credit ada dekat opening credit show (namun selepas memberi comment saya, mungkin akan ditarik balik, biasalah tu) - tapi kerja saya dan co-writer saya langsung tak dikredit dalam media, sedangkan dalam show lain, nama saya sentiasa disebut. Itu yang saya angin pasal Crossings.

Ya, saya setuju dengan pendapat Faznita masa perjumpaan kat Rumah Pena hari tu. Duit memang penting. Tapi nama pun penting jugak.

Give credit where credit is due-lah. Itu pun susah nak paham ke? Tapi nak buek cam mano, ni kan Malaysia..

Maizura Mohd Ederis said...

Tks Alfie krn berkongsi pengalaman.

fadz said...

alhamdulillah tgk semangat penulis di Malaysia untuk bangkit terhadap kerakusan kuasa yang melampau..

saya amat2 menyokong semangat "Writer's Guild" sebegini!