Sabtu lalu, ahli-ahli
Gabungan Bebas Penulis Skrip Malaysia [GBPSM] telah hadir ke Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan
Persatuan Penulis Skrin Malaysia [SWAM] di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Kehadiran itu atas dasar ingin membuat perubahan dalam SWAM. Bagaimanapun, hasrat ini tidak kesampaian apabila bilangan mereka yang hadir amat kecil berbanding ahli SWAM sedia ada - yang masih mahu SWAM kekal dipimpin oleh barisan Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada ’warga-warga tua’ yang langsung tidak pernah menulis skrip.
GBPSM merupakan badan tidak berdaftar yang memperjuangkan hak dan kebajikan setiap insan bergelar penulis skrip.
Ia ditubuhkan oleh segelintir penulis skrip yang aktif dalam industri untuk manafaat semua penulis skrip secara keseluruhannya.
GBPSM memandang usaha ke AGM SWAM sebagai sesuatu positif dalam membawa angin perubahan yang kecil. Akan tetapi, GBPSM tidak mampu melaksanakan misi perubahan ini jika masih ramai penulis skrip tidak berada dalam bahtera perjuangannya.
Justeru, GBPSM akan meneruskan usaha mendekati semua penulis skrip bagi mendapatkan angka yang mencukupi untuk membuat perubahan samada melalui SWAM atau tanpa SWAM, bergantung kepada mana yang lebih releven untuk difikirkan secara bersama.
InsyaAllah, GBPSM akan bersidang lagi dalam masa yang terdekat ini. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan GBPSM, tunggu maklumat lanjut melalui blog, FB, SMS, email dan sebagainya.