Sunday, May 8, 2011

NORA ELENA...DI SLOT AKASIA, TV3

Ada banyak sebab untuk saya ‘sakit jiwa’ menangani skrip Nora Elena. Terasa bagaikan Gambir, watak utama dalam Pintu Terlarang – novel Indonesia yang diadaptasi ke filem menggunakan tajuk sama. Mujur saya tidak menjadi seperti Gambir – menyembelih kepala orang!!!
Mujur juga lah dibantu oleh Azril Hamzah dan Shida Zali. [Setelah percubaan untuk menarik diri, gagal!]
Nora Elena bersiaran mulai Isnin, 9 Mei, di TV3, jam 7.00 hingga 8.00 malam melalui slot Akasia, TV3, setiap Isnin hingga Khamis.
Ini merupakan adaptasi daripada novel, KASIH YANG SUCI karya Meen Zulaikha, terbitan Alaf 21 Sdn Bhd.

3 comments:

Faizal Sulaiman said...

wah!

selamat maju jaya kak mai!

ekyn said...

Semalam sy tgk Nora Elena. Mmg nampak mcm menarik cite ni..=) best

Maizura Mohd Ederis said...

Terima kasih Ekyn, Faizal.. teruskan menonton ya..