Saturday, June 25, 2011

NORA ELENA...BERAKHIR DENGAN 2.7 JUTA

Saya tidak mengharapkan apa-apa ketika dipanggil menulis untuk slot Akasia, TV3, sekitar November lalu. Lantaran pengisiannya bukan datang dari saya, sebaliknya telah ditentukan oleh pihak stesyen yang berkenaan.
Stesyen waktu itu menerangkan bahawa mulai tahun ini, mereka menukar konsep Akasia dengan menumpukan kepada pengisian yang diadaptasikan daripada novel-novel popular. Tajuk-tajuk novel itu dipilih oleh pihak MEREKA. [perkataan MEREKA sengaja ditulis dalam huruf besar dan dihitamkan pula.]
Selain itu, MEREKA mahukan pengisian yang ringan, santai dan mudah untuk slot ini, dengan menumpukan kepada penonton luar bandar.
Keghairahan saya tidak lah seperti ketika menulis siri TV Nur Kasih di bawah penyeliaan Mira Mustaffa sebagai ketua panel skripnya, dua tahun lalu. Namun, tugas menghasilkan skrip adaptasi ini tetap dilaksanakan.
Nora Elena kemudiannya menarik dua juta penonton, dengan episod terakhir, 2.7 juta. Sebelum ini, penonton slot Akasia sekitar 1.8 juta.
Secara peribadi, saya melihat Nora Elena sebagai kejayaan material [duniawi] untuk semua pihak yang terlibat :
Syarikat penyiarannya mendapat hasil iklan melalui 'rating'.
Pelakon dan tenaga kerjanya mungkin dicari untuk tawaran demi tawaran kerja selepas ini.
Novelisnya mendapat lebih royalti.
Reputasi penerbitnya meningkat.
Dan penontonnya mendapat hiburan yang mereka dahagakan.
Namun, siri ini masih boleh dipertikaikan dari aspek bukan-material atau 'ukhrawi', lantaran unsur hiburan keterlaluan melalui kegilaan penonton terhadap rupa paras dan khayalan yang tidak pasti samada memberi manafaat atau mudarat kepada pembangunan jiwa insani. [Islam melihat kepada sejauh mana mudarat atau manafaat sesuatu tugas itu kepada masyarakat. Sebaliknya, industri melihat kepada sejauh mana sesuatu tugas itu dapat menarik keuntungan material].
Setakat ini, belum ada pihak yang mengukur manafaat sesuatu siri TV kepada pembentukan jiwa dan minda ummah, melalui kaji selidik yang tetap dan terancang. Yang diukur secara tetap dan terancang ialah 'jumlah penonton', [bukan pengisiannya] melalui agensi 'rating' antarabangsa untuk tujuan pengiklanan.
Justeru, dari perspektif industri, Nora Elena telah berjaya.

9 comments:

Shaofie said...

wah! lepas ni boleh Nora Elena 2. tapi Nora Elena 2 tak diadaptasikan dari mana2 novel. boleh buat rekaan la kalau macam ni. hehe.

Nor Faznita Bt Mohd Noor said...

persoalan untuk kita penulis skrip - adakah kita akan terus menulis skrip-skrip yang memberi keuntungan dunia/material.

Maizura Mohd Ederis said...

Shaofie, Nora Elena 2...mungkin tak kot..saya lebih suka tulis cerita lain untuk kembangkan kreativiti. Kalau industri nak kan Nora Elena 2, biar mereka cari penulis lain ok.

mkriza said...

Saya bersetuju dengan pendapat puan. Daripada segi DUNIA drama ini berjaya. Namun bagi tujuan mendidik ia masih boleh dipertikaikan. Namun, tahniah untuk puan.

Maizura Mohd Ederis said...

mkriza,

Terima kasih atas komen.

Faz,

Bagi saya keuntungan material perlu diseimbangkan dengan keuntungan dari segi kerohanian. Penulis skrip perlukan rating untuk terus dapat job dari stesyen.

Dan bagi setiap job, mesti ada unsur pendidikan yang seimbang dengan hiburan supaya tugas kita lebih bermanafaat, selaras dengan bakat yang Allah bagi digunakan dengan baik untuk tujuan baik.

Kalau boleh, masukkan 50-50 ilmu dan hiburan. Terlebih hiburan, tiada makna..lagha semata. Jadi lah pekerjaan yang sia-sia menurut ulama Yusuf Qardawi.

Tapi kalau terlebih ilmu, penonton pula bosan. Kalau nak didik penonton, mungkin kena guna cara 'halus' dan 'berhikmah'...mungkin...

Anonymous said...

Saya petik kata-kata ini,

Namun, siri ini masih boleh dipertikaikan dari aspek bukan-material atau 'ukhrawi', lantaran unsur hiburan keterlaluan melalui kegilaan penonton terhadap rupa paras dan khayalan yang tidak pasti samada memberi manafaat atau mudarat kepada pembangunan jiwa insani. [Islam melihat kepada sejauh mana mudarat atau manafaat sesuatu tugas itu kepada masyarakat. Sebaliknya, industri melihat kepada sejauh mana sesuatu tugas itu dapat menarik keuntungan material].
Setakat ini, belum ada pihak yang mengukur manafaat sesuatu siri TV kepada pembentukan jiwa dan minda ummah, melalui kaji selidik yang tetap dan terancang. Yang diukur secara tetap dan terancang ialah 'jumlah penonton', [bukan pengisiannya] melalui agensi 'rating' antarabangsa untuk tujuan pengiklanan.


saya pelik dengan saudari, merungut itu ini, tapi bila org suruh buat skrip cintan-duniawi grab juga, kemudian merungut di blog, ada je bebelan.. sepatutnya tetapkan pendirian, nak tulis skrip yang penuh nilai moral, penuh islamik, jadi jangan buat perkara yang jiwa tak suka buat, then merungut je..

Penonton drama
Halela

Maizura Mohd Ederis said...

Berbanyak terima kasih kepada saudari Halela atas komen yang sangat bermakna bagi saya.

Saya menulis skrip Nora Elena dengan seimbangkan “romance”
[jasmaniah] dan “life/kehidupan”. [insaniah]

Namun, apabila tersiar di TV, kegilaannya lebih kepada jasmaniah - rupa kacak, bentuk tubuh lelaki yang kekar sasa, rumah besar, kereta mewah, bunga, dan “romance” yakni pujuk rayu, goda menggoda, dukung, sentuh menyentuh antara hero heroin, etc.

Pada pendapat orang lain..."alaah, tu kan biasa bagi gadis-gadis tengah naik" Yang ‘mak-mak gadis’ pula mahu layan nostalgia.

Tapi pada pendapat saya, “Hei, you all patut fikir tentang…LIFE! ”

Justeru, saya KECEWA dan TERTEKAN apabila aspek “kehidupan” yang ditulis secara “under-tone” itu tidak ditangkap oleh penonton . [fakta ini diketahui berdasarkan maklumbalas di blog, forum internet, FB, tweeter, etc.]


Mungkin saudari telah salah faham pendirian saya. Saya tidak cenderung menulis skrip dakwah Islamiah yang penuh Islamik kerana genre itu bukan bidang yang saya arif lakukan. Ada banyak syarat untuk membolehkan sesuatu drama itu diiktiraf sebagai "penuh Islamik".

Setakat ini saya BELUM PERNAH DIBERI PELUANG MENULISNYA DAN TAKUT HENDAK MENULISNYA SEBAB TAKUT TERSILAP. PERKARA AGAMA TIDAK BOLEH DIBUAT SAMBIL LEWA OLEH ORANG YANG BUKAN AHLI.

Nur Kasih The Series bukan lah genre “Islamic” atau “Religion” seperti yang sesetengah orang sangka.

Genre Nur Kasih adalah “love story” tetapi jenisnya [type of story] lebih kepada ‘kehidupan’. Di Hollywood, jenis ini disebut "IT'S LIFE".

Kalau kita lihat saluran Hallmark, kita dapati pelbagai filem orang putih yang nyata bukan Islam tetapi filem-filem itu bermanafaat untuk kita ambil pengajaran dalam kehidupan kerana filem-filem itu... "talk about life" secara mendalam dan tajam kupasannya. Manafaat yang saya maksudkan dalam entry di atas bukan lah dari segi "fully Islamic", tetapi memadai dengan mengangkat isu kehidupan seperti filem orang putih yang sangat mendalam dan tajam kupasannya.

Seperti Nur Kasih, Nora Elena juga dalam genre “love story” tetapi jenisnya [type of story] berbeza iaitu lebih kepada “ROMANCE”.

Cuma semasa menerima tugasan ini, saya tak sangka penonton akan menjadi sebegitu ‘asyik’ pada romance, rupa, tubuh lelaki. Faktor Aaron Aziz!

Mungkin kalau yang menjadi heronya si pelakon yang hodoh, hitam legam, gemuk, penonton pasti tidak akan ‘stim’ melihat babak –babak ‘romance’ itu, malah terus tutup TV!

Kalau saya tahu penonton akan leka dan khayal seperti ini, ‘wajib’ saya tolak tugasan ini terlebih awal. Masalahnya, saya pun tak sangka. Banyak kali juga terkedu depan internet, membaca reaksi penonton. Rasa bersalah pun ada. Ini tak dapat dinafikan lagi.

Saya merungut dan membebel dalam blog sendiri kerana saya TERTEKAN.

Selain itu, ada lagi satu cara untuk hilangkan tekanan ini, berkemungkinan saya akan menghasilkan satu genre PARODY untuk Nora Elena. Saya nampak Johan Raja Lawak berpotensi jadi Seth Tan versi kelakar. Mungkin sebuah siri yang sarat dengan sindiran tajam dan kritikan untuk menyedarkan gadis-gadis dari 'angau' yang sia-sia itu.

Alamak, panjang pulak balasan ini! Pohon seribu kemaafan kepada saudari Halela…

Sila lah menjenguk kembali ke sini...

mawar said...

setelah membaca blog ini saya rasa terharu kerana sebenarnya saya juga telah hanyut dibuai perasaan apabila menonton NE.Saya hanya menonton online stlh sebulan disiarkan di TV3.Memang ramai yg 'meroyan' setelah menonton NE.Secara peribadi saya katakan kekuatan NE memang terletak pada hero dan heroin nya.Kalau diletakkan dgn pelakon lain saya rasa NE tak meletup seperti ini.Ya, lumrah manusia yang sukakan hiburan,keseronokan sehingga lupa diri (saya nasihatkan diri sendiri sebenarnya).Sebagai penulis skrip tentu agak sukar hendak mengimbangkan kehendak drama dan kehendak peribadi bukan? Saya ucapkan selamat berjaya kpd Pn.Terima kasih krn menyedarkan saya drpd lena NE.

Maizura Mohd Ederis said...

Mawar,

Terima kasih atas komen. Selalu lah menjenguk ke sini walaupun saya jarang ada masa update blog ini.