Esok,
Jumaat 4 November 2011 akan berlangsung
Anugerah Skrin untuk tahun ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra. Dan
Nora Elena telah tercalon ke pusingan awal dalam kategori
Drama Rantaian. Pada peringkat ini, sebanyak
10 drama telah terpilih seperti :
Juvana [skrip Alfie Palermo]; Syurga-Mu Ramadan [skrip Azlina Pa'Wan & Shahrulezad Mohamaden]; Aki Nabalu [skrip Mira Mustaffa]; Asmara 2 [skrip Sharifah Abu Salem]; Lagenda Budak Setan [skrip Ahadiat Akasyah]; Trilogi Cinta [skrip Sharifah Abu Salem]; Tanah Kubur, Roda-Roda KL dan Dia Bukan Maryam. [Maaf, tidak pasti siapa penulis skrip untuk tiga drama yang terakhir]
Drama manakah yang akan melepasi pusingan akhir TOP 5 dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang? Berdasarkan ramalan, mungkin JUVANA atas dasar kelainannya. Ditambah pula dengan kehadiran pengarahnya,
Faisal Ishak ke studio
Malaysia Hari Ini, pada pagi tadi untuk wawancara.
Sama-sama lah kita nantikan keputusannya malam esok.