Thursday, November 3, 2011

NORA ELENA KE ANUGERAH SKRIN 2011

Esok, Jumaat 4 November 2011 akan berlangsung Anugerah Skrin untuk tahun ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra. Dan Nora Elena telah tercalon ke pusingan awal dalam kategori Drama Rantaian. Pada peringkat ini, sebanyak 10 drama telah terpilih seperti :
Juvana [skrip Alfie Palermo]; Syurga-Mu Ramadan [skrip Azlina Pa'Wan & Shahrulezad Mohamaden]; Aki Nabalu [skrip Mira Mustaffa]; Asmara 2 [skrip Sharifah Abu Salem]; Lagenda Budak Setan [skrip Ahadiat Akasyah]; Trilogi Cinta [skrip Sharifah Abu Salem]; Tanah Kubur, Roda-Roda KL dan Dia Bukan Maryam. [Maaf, tidak pasti siapa penulis skrip untuk tiga drama yang terakhir]
Drama manakah yang akan melepasi pusingan akhir TOP 5 dan seterusnya dinobatkan sebagai pemenang? Berdasarkan ramalan, mungkin JUVANA atas dasar kelainannya. Ditambah pula dengan kehadiran pengarahnya, Faisal Ishak ke studio Malaysia Hari Ini, pada pagi tadi untuk wawancara.
Sama-sama lah kita nantikan keputusannya malam esok.

6 comments:

Semut Senyum said...

kak mai.. good luck utk Nora Elena...
Cerita yang sangat memberi kesan kepada masyarakat Malaysia...
=)..

Shaofie said...

goodluck kak mai!! saye doakan semuga kak mai dishortlisted dan menang, InsyaAllah.

Anonymous said...

saya jumpa blog ni melalui blog org lain, x ingat blog yg mana tp yg pasti masa saya google ombak rindu. sedikit kecewa dgn filem itu sebab terlampau terkejar2, alangkah bagusnya kalau didramakan mcm nora elena, agar lebih tersusun & rapi. memang tak dinafikan bila filem itu lagi sedikit dari novelnya tp bila filemnya tak rapi makin menambah buruk jln cerita.

saya puas belek2 blog ni tapi tak jumpa pun komen utk cerita stanza cinta. boleh bagi pendapat tak tentang drama itu. mungkin puan lebih maklum.

pendapat saya tentang drama itu, teruk, terabur & slow. sekejap watak ini, sekejap watak itu, byk sgt watak sampai tak nmpk peranan watak utama. ntah la, mungkin saya tak tau tulus drama, komen ikut sedap mulut. kecewa betul saya tengok, kalau tak kerana aaron aziz, malas nak tengok rasanya.

Maizura Mohd Ederis said...

Salam Shaofie,

Pembetulan, saya Maizura Mohd Ederis tidak dicalonkan untuk ASK 2011, tetapi yang dicalonkan adalah NORA ELENA.. he..he..he..

Maizura Mohd Ederis said...

Anon,

Terima kasih atas komen terhadap Ombak Rindu, Nora Elena dan Stanza Cinta. Ketiga-tiga tajuk ini adalah drama adaptasi daripada novel dan ketiga-tiganya melibatkan Aaron Aziz sebagai heronya.

Bagaimanapun, maaf kerana tidak dapat komen tentang Ombak Rindu kerana belum menontonnya. Manakala Stanza Cinta, saya hanya sempat menonton satu episod sahaja iaitu episod pertama.

Setuju dengan pendapat saudara, novel pop Melayu yang bertema cinta lebih sesuai didramakan di televisyen sahaja kerana ia memberi lebih durasi untuk golongan pembaca tegar novel 'melayan jiwang'. Ini kerana peminat novel memang mahukan aksi-aksi romantik itu yang sebenarnya di dalam novel ia adalah "selling point" atau faktor pelaris novel itu sendiri.

Apabila faktor pelaris itu dipendekkan, memang lah pembaca novel tidak puas.

Namun, harus diingatkan filem dan drama TV bukan dihasilkan untuk kelumpuk pembaca novel semata-mata. Terdapat berjuta penonton lagi [mungkin sekitar 2-3 juta untuk TV] yang mahukan lebih dari sekadar aksi-aksi romantik/jiwang yang meleret-meleret seperti mana kelazimannya di dalam novel pop.

Justeru, novel dan filem/tv adalah dua medium berbeza dan mempunyai selera khalayak yang berbeza juga. Terdapat ramai "kaki TV" dan "kaki wayang" yang langsung tidak boleh membaca novel cinta, baharu satu muka surat mereka baca, sudah pun menguap. Berbeza dengan "kaki novel" yang boleh khatam sesebuah novel cinta itu sebanyak 15 kali sampai lunyai!

Jadi, di pihak karyawan adaptasi, mereka perlu juga pertimbangkan selera kelumpuk "kaki TV" dan "kaki wayang" yang bukan dari kelompok "kaki novel" ini. Tidak semua "kaki novel" adalah juga "kaki wayang". Jadi, selera berbeza menyebabkan "kaki novel" selalunya menjadi golongan paling tidak puas hati bila novel kesayangan mereka masuk ke panggung. Ini kerana mereka menyangka filem mesti lah sama dengan novel, yang mana ini adalah mustahil untuk dicapai.


Terima kasih.

Maizura Mohd Ederis said...

Semut Senyum,

"...Nora Elena....Cerita yang sangat memberi kesan kepada masyarakat Malaysia.."

Terima kasih saja jawapan saya.