Wednesday, January 23, 2013

PANDUAN MENULIS SKRIP DRAMA BERSIRI...27 JANUARI 2013, KOMPLEKS ISLAM, BANGI.





Saya akan mengendalikan satu perkongsian pengalaman, bertajuk "Penulisan Skrip Drama Bersiri" pada 27 Januari ini, di Kompleks Pendidikan Islam, Bangi, Selangor Darul Ehsan.  Ia bernula pada jam 9 pagi sehingga 4 petang. Sesi ini berbentuk perkongsian pengalaman bersama mereka yang hendak "menerjun"kan diri dalam dunia penulisan skrip drama bersiri televisyen. Ia lahir atas hasrat beberapa penulis baharu dari grup Facebook, yang bersemangat hendak menambah pengalaman menulis.

Seorang lagi rakan penulis merangkap penerbit, Zaini Kosnin dari ZK Creative Production Sdn Bhd, turut berbesar hati menerima undangan ini. Semoga usaha ini memberi manafaat. Kepada yang berminat hendak menyertai tetapi belum mendaftarkan nama, sila in-box saya di FB. Kepada mereka yang sudah mendaftar, jumpa di sana Ahad ini, ya!

No comments: