Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) akan menganjurkan taklimat mengenai keperluan, gaya, kandungan dan corak persembahan dua saluran iaitu Hikmah di platform internet dan Sahara di platform digital.
Taklimat ini akan diadakan pada 29 Mac ini (Ahad) di Pawagam Mini P Ramlee, Finas, Hulu Kelang, pada jam 9.30 pagi.
Hikmah sudah bersiaran sejak beberapa tahun dahulu dan kini sedang melalui proses penjenamaan semula dengan isi kandungan yang baharu dan lebih segar. Hikmah ditawarkan percuma kepada pelanggan Hypp TV (Internet Protocol Television) yang menggunakan talian Unifi milik Telekom.
Sahara pula saluran percuma yang akan bersiaran di platform digital terestrial, MYTV mulai tahun hadapan. Sebagai saluran percuma, Sahara memerlukan kandungan yang berbeza dengan kandungan yang sedia ada di saluran percuma lain seperti RTM, TV3, TV9 dan TV al-Hijrah.
Apakah kelainan yang dicari oleh saluran ini? Semua akan terjawab melalui taklimat pada hujung bulan ini.
Selain itu, PENULIS turut membawakan seorang penulis skrip yang berpengalaman selama 20 tahun di dalam industri, Zarihah Hassan. Ini lah nama di sebalik drama-drama bersiri yang popular di pelbagai saluran tempatan.
Kenali Zarihah dalam entri akan datang, ya.
Sementara itu, tandakan tarikh 29 Mac di kalender anda untuk temujanji dengan persatuan PENULIS.
Jumpa di sana!
Monday, March 16, 2015
Friday, March 13, 2015
"PITCHING' TERBUKA TV3 & TV9
Tahun ini merupakan tahun kedua pihak TV3 dan TV9 membuka peluang kepada orang awam dan penulis baharu untuk menjual idea drama kepada kedua-dua saluran berkenaan. Acara pitching terbuka ini diadakan sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) tahun ini. Keutamaan diberikan kepada penulis skrin baharu yang belum pernah menulis di TV3 dan TV9.
Ayuh, ini lah peluang untuk mencuba bakat menjual idea, mana tahu ia berhasil?
Ayuh, ini lah peluang untuk mencuba bakat menjual idea, mana tahu ia berhasil?
Pitching terbuka ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini (14 hingga 15 Mac) di bangunan The New Straits Times Press (M) Berhad, Jalan Riong, Kuala Lumpur. Tidak perlu mendaftar lebih awal. Peserta hanya perlu datang antara jam 9 pagi sehingga 5 petang, mendaftarkan nama dan kemudian…pitch!
Pada hari yang sama dan di tempat yang sama juga, akan berlangsung bengkel-bengkel seni oleh penggiat industri berpengalaman (sila rujuk entri tentang DFKL sebelum ini untuk nama-nama pembimbing bengkel)
Sementara itu, undian di atas talian untuk Anugerah DFKL 2015 juga masih dibuka. Manakala siaran ulangan drama rantaian Cinta Pandang Ke-2 di Slot Aurora TV9 sempena DFKL telah ditukar ke hari Ahad, jam 8.30 malam. (Sebelum ini, bersiaran pada setiap Khamis waktu yang sama)
Kepada mereka yang menyukai Cinta Pandang Ke-2, jangan lupa mengundi karyawan drama ini (termasuk penulis skrip nya!) di laman sesawang DFKL iaitu di pautan ini - UNDIAN DFKL 2015
Selamat maju jaya kepada semua.
Labels:
DFKL 2015,
DRAMA MELAYU,
DRAMA TV,
IDEA PITCH,
KARYA MAIZURA MOHD EDERIS
Saturday, March 7, 2015
YB KJ @ IKAL MAYANG 2015
Esok, 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia. Tarikh ini sentiasa diingati biarpun sudah hampir dua dekad saya meninggalkan Meja Wanita Berita Harian. Dahulu, sambutan ini sering berkait rapat dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh aktivis wanita - yang releven pada waktu itu - untuk ditulis dan disiarkan. Sekarang, setelah berkecimpung dalam dunia filem dan drama, sambutan ini mengingatkan pula kepada Filem Pendek Ikal Mayang.
Filem pendek ini bermula pada 2013 dan kemudiannya menjadi acara tahunan. Idea ini tercetus oleh beberapa selebriti wanita yang prihatin tentang isu-isu kewanitaan, apatah lagi banyak isu tidak disiarkan di media arus perdana. Hasil tidak puas hati dengan paparan arus perdana tentang wanita, lahir lah 15 filem pendek pada awalnya. Saya mula mengetahui tentang ini daripada aktres Sofea Jane yang ketika itu sedang menyiapkan karyanya, 1-800-Baby.
Tahun ini, penyertaan bertambah kepada 18. Lebih menarik, penganjur mula membuka penyertaan kepada kaum adam. Lima lelaki terpilih telah mengarahkan karya masing-masing dan seorang daripadanya adalah menteri kabinet! Siapa lagi kalau bukan YB Khairi Jamaludin.
Acara anjuran badan bukan kerajaan WOMEN : girls ini, berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 6 hingga 8 Mac (esok) di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut boleh didapati di FACEBOOK dan LAMAN WEB organisasi berkenaan.

Wednesday, March 4, 2015
DALAM IRADAT-MU @ TV AL HIJRAH
Dalam Iradat-Mu bersiaran buat kali pertama pada Oktober lalu di TV Al-Hijrah sempena sambutan ulangtahun ke-4 rangkaian televisyen berkenaan. Drama rantaian ini kembali menemui penonton di rangkaian yang sama mulai 10 Februari lalu, jam 10 malam. Semalam, adalah episod yang ke-4. Bermakna ada lagi 10 episod untuk diikuti pada hari Selasa, setiap minggu.
Drama ini merupakan sebuah adaptasi longgar daripada novel Ya Maulana karya Hana Ilhami terbitan Karya Seni Sdn Bhd. Ia tentang seorang 'maulana' dengan madrasahnya dan seorang gadis dari bandar. Pelakon utama merupakan pasangan suami isteri yang tidak asing lagi, Zahiril Adzim dan Sheira Ayyob.
Karya terbitan Global Station Sdn Bhd ini ditulis bersama oleh saya, Zuli Ismail dan Eja Lorena manakala pengarahnya, Keoi Haji Khalid.
Bagi mereka yang terlepas episod 1 hingga 3 boleh mengikutinya di atas talian iaitu di link berikut :
Media.Khlstore.com

Monday, March 2, 2015
DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL 2015)
Tahun ini masuk tahun kedua pihak TV3 dan TV9 menganjurkan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Seperti tahun lalu, penganjuran kali ini juga menampilkan acara seperti bengkel, filem pendek, uji bakat dan anugerah drama-drama popular di saluran berkenaan sepanjang tahun lalu.
Cinta Pandang Ke-2 (CPK2) terbitan ZK Creative Production Sdn Bhd (ZKCPRO) turut tercalon.
Skrip saya ini, merupakan inspirasi daripada novel bertajuk sama karya Laila Kamilia terbitan Grup Buku Karangkraf (GBK). Penulisannya dibantu oleh Zuli Ismail manakala Laila turut menyumbang sebahagian kecil daripada skrip.
Sekarang, CPK2 sedang diulang siaran di Slot Aurora TV9, setiap Khamis, jam 8.30 hingga 9.30 malam. Sebelum ini, CPK2 turut tercalon dalam lima teratas (TOP 5) kategori drama adaptasi pilihan pembaca Anugerah GBK.
Penyampaian anugerah akan berlangsung pada 15 Mac ini dengan kategori seperti drama pilihan, pelakon lelaki pilihan, pelakon wanita pilihan, pengarah pilihan dan penulis skrip pilihan.
Bagi yang ingin mengundi, sila ke link DFKL 2015 - undi
Sementara itu, beberapa karyawan akan berkongsi pengalaman melalui bengkel lakonan, arahan, animasi dan komedi. Mereka adalah pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam, Mamat Khalid, Nik Amir Nik Mustafa, Jinggo, Khai Bahar, Nizam Razak, Faizu, Tariq Usamah Zaid, Shiela Rusly, Adi Putra, Remy Ishak, Ebi Yus, Didie Alias, Sharifah Shahira dan NorKhiriah.
Bengkel ini terbuka kepada orang ramai pada 14-15 Mac, dengan yuran RM100 seorang, di Balai Berita, The New Straits Time Press Berhad, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. (Harga pelajar RM60 seorang)
Bagi filem pendek pula, sila ke link ini untuk Undi Filem Pendek DFKL 2015
Semoga DFKL 2015 berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam usaha mengembangkan lagi industri drama televisyen dan perfileman tempatan.

KARYA MAIZURA MOHD EDERIS,
TV3,
TV9
Subscribe to:
Posts (Atom)